~Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum warahmatullah kawan-kawan semua. howdy-do? lama gilak aku menyepi kan? ke takde yang perasan…? T__T
kebelakangan ni aku dah makin jarang… atau bahasa kasarnya malas nak mati untuk mengemaskini blog aku. sebabnya… sekarang ni aku dah bertambah SATU lagi status dalam hidup aku… iaitu sebagai seorang pekerja a.k.a ‘research assistant’. kerja ni baru saja aku dapat… boleh kata lebih kurang dalam sebulan jugalah. atau kira-kira dua minggu dari tarikh entri sebelum ni.
mulanya aku harapkan bila bertambahnya skop kerja aku tu makanya akan bertambahlah idea aku untuk mengemaskini blog… kan? malangnya, untuk permulaan…. segalanya hanya tinggal harapan semata-mata. huhu~
tapi bila dah lebih kurang sebulan aku mula bekerja… bila aku renung-renungkan balik apa yang aku cakapkan tu, sebenarnya perkara tu bukanlah satu jawapan yang bernas. bukannya suatu sudut pandang terbaik untuk diri aku sendiri. sebabnya, segala apa yang terjadi di sekeliling aku boleh aku jadikan idea untuk mengemaskini blog aku yang bersawang dan bertukun tiruan ni. betul tak?
makanya, sekian saja untuk permulaan pekerjaan kerjaya aku. kemungkinan bakal menyusul perkembangan-perkembangan seterusnya selepas ini. in shaa Allah…
********
* ada gaya penulisan orang dah berkerjaya tak? (muahahaha… lawak gilak. baru sebulan kerja dah berlagak kan? memang dasar budak tak cukup perhatian betul.) sebenarnya aku sengaja tulis sebegini… nak mencari mood baru katanya. hehehehe~
* status aku yang lama iaitu seorang pelajar masih kekal. sebab itu aku katakan ‘bertambah’ lagi status hidup yang baru.
* bila kita bersemangat untuk menyelesaikan seseuatu pekerjaan, kita jarang merasa penat. (tapi mungkin kadang-kala kita merasakan masa mencemburui kita.) sebabnya, kita seboleh mungkin berusaha mencari jalan penyelesaiannya… betul tak?
* harapnya cara penulisan aku ni tidak lari jauh dari cara penulisan asal aku?
