Showing posts with label cetusan qalbu. Show all posts
Showing posts with label cetusan qalbu. Show all posts

June 4, 2017

Kes Buli : Tradisi Atau Tragedi?

assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga pembaca.

1. Kisah Tragedi Sang Kadet
berikutan kisah tragedi malang yang telah menimpa seorang kadet sebuah universiti tempatan tempoh hari sehingga menyebabkan kematian tragis beliau, kebanyakan rakyat Malaysia telah menyatakan rasa duka cita mereka terhadap peristiwa tersebut. tidak kurang juga terdapat segelintir daripada mereka yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan pembulian beramai-ramai (mass bullying) tidak bermoral tersebut.

2. Sisi Kebaikan dan Keburukan
adalah perlu diperjelaskan serta difahami bahawa tidak dinafikan setiap institusi pendidikan di Malaysia bahkan di seluruh dunia terdapat SISI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN masing-masing.
‘there’re pros and contras in every institutional and organization ever built.’ hal ini merupakan suatu fakta yang tidak boleh disangkal sama sekali.
namun demikian, apa yang menimbulkan isu dan persoalan di sini, mengapakah dan bagaimanakah tindakan tidak bermoral dan penuh kezaliman sebegitu rupa boleh terlepas daripada pengetahuan pengurusan atasan institusi terbabit? bahkan menurut segelintir pihak yang pernah bernaung di bawahnya, hal sebegini dianggap wajar dan telah menjadi budaya yang sudahpun berakar umbi dengan kukuhnya. sekali lagi ingin dinyatakan, fakta yang tidak diragui dan tidak dapat dinafikan bahawa institusi pengajian tersebut merupakan antara yang terhebat dalam menghasilkan barisan pejuang yang bakal menjadi perisai dan benteng kukuh dalam mempertahankan kedaulatan negara.

3. Perwira Negara Yang Tangguh dan Tahan Cabaran
oleh yang demikian, sudah menjadi adat dan tradisi dalam mana-mana program ketenteraan yang diperkenalkan dalam negara ini dengan mengaplikasikan dan melaksanakan modul-modul latihan fizikal serta mental yang keras dan lasak agar mampu menempa dan berjaya melahirkan para perwira negara yang sentiasa bersifat tangguh dan tahan akan cabaran. lagi pula, apa gunanya menjadi kadet atau tentera sesebuah negara jika tidak mampu menanggung perit-getir dalam setiap cabaran yang telah diberikan? dan apakah jaminan keselamatan mampu dipertahankan dan rahsia negara terhindar daripada kebocoran jika barisan pertahanannya sendiri lemah dan rapuh (vulnerability of the 1st line of defense)?

4. ‘Latihan Keras’ dan Pembantaian Berjemaah
akan tetapi menurut situasi yang berlaku, adalah tidak rasional sama sekali jika pembantaian beramai-ramai telah dilakukan selama DUA (2) HARI BERTURUT-TURUT oleh seluruh ahli skuad ke atas salah seorang daripada rakan 1 skuadnya hanya disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas sama sekali? dan lebih malangnya lagi, tidak cukup dengan itu, ‘LATIHAN KERAS’ tersebut terus ditambah dengan MENEKAP SETERIKA STIM PANAS ke atas tubuh mangsa sehingga menyebabkan 80% daripada tubuh mangsa MELECUR TAHAP KETIGA (3rd degree burn). kecederaan parah tersebut kemudiannya dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya (hanya dihantar ke klinik biasa) sehingga tertangguh hampir dua (2) minggu sebelum mereka bertindak untuk menghantar rakan mereka ke hospital (tanpa pemakluman awal kepada pegawai atasan mereka).

5. Murahnya Nilai Nyawa Seorang Manusia
apa yang mengejutkan sekali lagi, tindakan tidak berperikemanusiaan dan penuh kezaliman tersebut dilakukan hanya dek kerana mangsa dituduh secara semberono (tanpa bukti yang jelas – hanya berpandukan ‘ramalan’ seorang bomoh) telah mencuri dan menyebabkan kehilangan sebuah laptop milik suspek utama. adakah patut si mangsa akhirnya terpaksa menanggung dan membayar tuduhan tersebut dengan nilai nyawanya sendiri?

6. One For All, All For One
menurut beberapa alumni yang pernah dan bangga menjejakkan kaki di institusi berkenaan, bantuan kewangan yang diperoleh sepanjang program pengajian mereka teramatlah lumayan sekali sehinggakan mereka mampu untuk menyimpan hampir puluhan ribu ringgit seusai mereka menamatkan pengajian dan bergelar graduan. oleh itu, yang menjadi kemusykilan, apakah suspek utama tidak mampu untuk menukar ganti asetnya dengan yang baru sehinggakan menjadi gelap mata serta sanggup untuk membelasah dengan sadis dan menzalimi rakan 1 skuadnya sendiri yang dikatakan dan diikrarkan akan sentiasa menjaga kebajikan sesama sendiri; dan akhirnya menyebabkan kematian tragik beliau?

7. Dipaksa dan Terpaksa
menurut sebilangan daripada mereka yang telah ditahan, tindakan membelasah dan mendera mangsa adalah atas 'perintah' dan paksaan suspek utama. adakah relevan kenyataan tersebut andainya mereka berada di medan perang suatu ketika nanti? ketika mana terdapat rakan sepasukan mereka mengarahkan mereka untuk melaksanakan suatu tindakan yang bakal menggagalkan misi mereka malah mengorbankan nyawa keseluruhan ahli skuad mereka? adakah mereka masih ingin mengmabil risiko sedemikian?

8. Membelakangkan Pegawai Atasan
sepertimana yang telah diperjelaskan, tindakan mereka membawa mangsa ke hospital (setelah menyeksa dan menzalimi mangsa) adalah tanpa pemakluman terlebih dahulu dan persetujuan pegawai atasan mereka. bukankah menjadi suatu kesalahan fatal dalam polisi ketenteraan apabila pegawai atasan (commanding officer) tidak dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat mana-mana ahli skuad telah atau ingin melakukan sesuatu yang membabitkan kemaslahatan rakan sepasukannya yang lain? dan sepanjang tempoh 2 minggu mangsa ‘dizalimi’, adakah tiada seorangpun yang mengesaki atau melaporkan keadaan mangsa kepada pegawai atasan mereka? mungkinkah terdapat kebarangkalian (walaupun tipis) mangsa masih mampu diselamatkan sekiranya keseluruhan ahli skuad yang telah berkomplot untuk menzalimi hidupnya telah mengambil tindakan yang lebih matang dan berkesan, seperti memaklumkan dengan kadar segera kepada pihak pengurusan dan memberikan bantuan perubatan dengan kadar segera?

9. ‘Bonding’ Yang Lebih Kuat
analogi mudah : andai kata anda dipilih dan disenarai-pendekkan untuk menyertai suatu program bina diri dalam tempoh masa yang panjang, di mana segala aktiviti yang telah disusun-atur serta segala hukuman mahupun ganjaran yang bakal diberikan wajib dilaksanakan secara kolektif, tanpa seorangpun daripada ahli kumpulan akan diberikan pengecualian. adakah berkemungkinan di akhir atau sepanjang tempoh program tersebut dilaksanakan, jalinan ikatan di antara setiap ahli kumpulan akan bertambah erat dan kukuh?

10. Pemilihan Yang Terbaik di Kalangan Yang Terbaik
memang sudah menjadi lumrah dalam menghasilkan sesebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang; setiap ahlinya perlulah terdiri daripada kalangan yang terbaik dalam segenap aspek juga.
namun begitu, walaupun setiap ujian kelayakan berjaya diatasi, hal itu masih tidak menjamin ‘produk’ yang terpilih tersebut melengkapi kesemua aspek yang telah ditetapkan. di samping itu, mentaliti sebegini hanya akan melahirkan kelompok manusia yang akan merasakan merekalah ‘the cream of nation’. kesan langsung daripadanya bakal melahirkan warga organisasi yang tidak berkualiti (creating havoc and catastrophic) dan sentiasa ego kerana sering merasakan dirinya serba hebat dan penuh bergaya (egotistical behaviour).
dan yang lebih menduka-citakan lagi, walaupun golongan ini dikatakan terbaik di kalangan yang terbaik, perkara-perkara berkaitan agama (fardhu ain dan menjauhi syirik – dikatakan sanggup mempercayai ‘ramalan’ bomoh sepenuhnya) yang menjadi teras dalam nilai-nilai peradaban dan akhlak manusia sejagat tidak diambil serius dan hanya dipandang enteng semata-mata.

apabila telah rosaknya agama, maka hilanglah integriti dan moraliti.


sebagai konklusinya, amatlah tidak wajar sama sekali apabila kita yang berada di luar sesebuah institusi bertindak dengan menghukum secara pukal dan total keseluruhan institusi terbabit sebagai rosak dan gagal hanya disebabkan oleh segelintir kecil daripada kalangan warganya yang bermasalah. jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. sedangkan dalam setandan pisang, ada juga yang tidak baik.
namun, janganlah juga kita sekadar memejamkan penglihatan, menulikan pendengarkan dan membisukan pembicaraan dalam menyatakan isu-isu tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan sebegini wujud dalam sesebuah institusi bahkan dalam kalangan masyarakat setempat. hal seumpama ini sekiranya tidak dibendung bakal menjadi barah yang akan merosakkan sistem kehidupan yang telah dibina kukuh serta bakal dianggap tradisi yang selayaknya dipertahankan dan diwariskan dari generasi ke generasi.

apabila hilangnya adab, maka hilanglah akhlak.


rentetan daripada kisah ini : | Link 1 | Link 2 | Link 3 | Link 4 | Link 5 |

November 13, 2016

Rindu Bayangan…

assalamualaikum & salam sejahtera guys… howdy do?

dah lama aku tak bermonolog dalam dunia aku ni. bukan sebab sibuk atau kerja yang menimbun-nimbun mengalahkan perdana menteri. tapi… tapi… tapi… entahlah. sebenarnya banyak je benda yang aku nak tulis. memang mencurah-curah idea dan isu yang aku nak ketengahkan dalam blog ni. tapi semakin lama aku rasakan jiwa aku macam dah dibawa terbang melayang jauh dari jasad aku yang ohsem dan marveles kerdil ni.

makanya kemunculan mengejut dan singkat aku kali ni lebih kurang untuk berkongsi rasa dan nak mintak pandangan dengan kawan-kawan dunia maya aku yang super ohsem dan budiman ni… (ayat bodek kena power. hahaha)

“pernah tak korang terlalu rindukan seseorang sampaikan hanya dengan mendengar namanya boleh buatkan korang mengalirkan air mata kerinduan…?”
“pernah tak korang terlampau sayangkan seseorang sampaikan kau cuba untuk sorok bayang-bayangnya sebab taknak dia jauh dari kau…??”
“dan kalau seseorang tu jauh dari kau, hanya dengan membalas mesej-mesejnya buatkan korang rasa untuk terbang hampir kepadanya…???”

mungkin bunyinya terdengar cliché, tapi kadang-kadang ada yang merasakan lebih daripada itu. ternanti-nanti dan terus mengharapkan kemunculan seseorang yang sangat dikasihi, disayangi dan dicintai melebihi dirinya sendiri. mengharapkan kepada sebuah penantian yang tidak pasti bilakah penghujungnya.

p/s :
1. jika seorang manusia biasa mampu disayangi sebegitu rupa, bayangkan betapa hebatnya rasa kasih dan sayang para sahabat radhiallahu anhum ajma’in di saat mereka merasai kehilangan yang sangat mendalam ketika baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk kembali bertemu dengan kekasihnya.
2. jika seorang manusia biasa mampu dicintai sedemikian rupa, gambarkan kepiluan hati para sahabat ketika mereka tidak lagi mampu menatap wajah mulia Sang Kekasih Allah?

========================================================
"Selemah-lemah manusia adalah mereka yang tidak mampu mencari sahabat dan manusia yang lebih lemah dari itu adalah mereka yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."
- Saidina Ali bin Abi Talib radhiallahu anh -

February 16, 2015

Ketam Melayu

[107th]

assalamualaikum dan salam sejahtera.

kehadiranmu akan disenangi,
percakapanmu akan didengari,
tingkah lakumu akan dipuji,
kekhilafanmu akan dimaafi,
andai saja kau tidak cuba memperbaiki diri,
tidak berusaha keluar dari kepompongmu sendiri,
dan hanya berlegar dalam kelompokmu yang asli,

namun pasti,
kau akan dibenci,
kau akan dikeji,
kau akan dimaki,
kau akan dipinggiri,
dan kau akan diumpati,
jika kau bukan dirimu sendiri,

kau hanyalah ketam melayu,
tidak mungkin untuk bergerak sendiri,
tidak mungkin untuk menjadi dirimu sendiri,
tidak mungkin berjaya untuk mengorak langkah kaki.

September 7, 2014

Berkata Yang Baik Atau Berdiam Diri

assalamualaikum dan salam sejahtera.

lepas berkurun lama aku menghilangkan diri dari dunia maya blogger, akhirnya baru sekarang aku memunculkan diri semula. sebab musababnya… aku terlupa untuk update blog aku sebenarnya ada blog. (dah amnesia stage 5 ke apa? melampau sangat alasan tu. hohoho…)

ekceli bukan takde benda aku nak kabor… banyak sangat sebenarnya. tapi setiap kali jari-jari aku mula nak menaip atas papan kekunci… segala macam benda datang melintas dalam kepala otak ni. contohnya;
* betul ke apa aku tulis ni?
* aku ada terfitnah orang lain ke dalam entri aku ni?
dan yang paling membantutkan selera menulis  bila aku terfikir camni…
* ada ke yang sudi nak baca?
* entri aku ni tak semeriah dalam blog-blog lain kot? blogger-blogger lain siap ada yang lukis kartun lagi.

makanya, setiap kali aku mula nak menulis, aku akan termenung lama. pastu bila nak start tulis balik, aku mula termenung lama balik. berulang-ulang sampailah dah hampir tersiap menulis 1 entri. tapi… bila nak tekan button ‘Publish’ je, aku termenung lama lagi. at last, instead of aku tekan button ‘Publish’, aku ‘ter’tekan dengan sengaja button ‘Exit’. makanya terperap jugaklah draf isi-isi entri dalam memori otak aku saja.

*ok, tamat mukaddimah. sambung cerita sebenar*
(panjang gilak intro bak hang? awat tak tulis sampai buleh buat karangan spm je?)

dalam hidup aku, ada beberapa perangai yang susah aku nak kikis. (normallah, dah namapun manusia biasa kan?) antaranya, kemalasan tahap dewata raya peringkat keseratus lima puluh ribu yang bertapa dalam diri aku. tapi bukan topik ni yang aku nak ceritakan.
yang jadi persoalan dalam entri ni… susahnya untuk aku mulakan perbualan dengan orang lain. ye, kalau ada aktiviti ice-breaking, orang lain dah cair lama (siap berpom-pom bagai)… aku masih lagi keras membeku. tak kiralah orang yang aku baru kenal (especially) ataupun yang dah berzaman aku kenal diorang. punca sebenarnya adalah aku xtau isu apa yang nak aku buat topik borak kosong kitorang. seriously awkward isn’t it?

pernah waktu universiti dulu ketua jabatan aku cakap, dia sangat hairan dengan golongan-golongan macam ni. golongan yang xde idea nak buat borak. sebab kata beliau, “punyalah banyak topik kat dunia ni… punyalah banyak kejadian yang berlaku dalam dunia setiap hari. alih-aih boleh golongan ni kata xtau nak borak apa?” memang sampai sekarang rasanya ketua jabatan aku tu masih dalam kehairanan dan kemusykilan beliau.

I’m not sure why or how to explain it. but maybe, up to a certain level, being a pure introvert makes me having difficulties mingling with others well.

February 6, 2014

Nak Cari Kayu… Nak Cari Kayu…

Camera 360kayu.
ada banyak jenis kayu.
ada kayu yang mahal harganya dan ada jugak sebaliknya.
ada jenis kayu yang berkualiti.
ada pulak yang kurang kualitinya.
ada kayu yang duduknya di tempat sejuk.
ada pulak yang letaknya di bawah terik mentari.
ada kayu yang mampu diperoleh sendiri.
ada kayu yang perlu bergantung dengan pihak lain untuk mendapatkannya.
ada kayu yang susah dicari.
ada kayu yang bertaburan di tepi jalan.
ada kayu yang memerlukan modal yang besar untuk mendapatkannya.
ada kayu yang memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk mendapatkannya.
ada kayu untuk kelas atasan.
ada kayu untuk kelas bawahan.
ada kayu yang memberi pulangan yang lumayan.
ada kayu yang sekadar cukup makan hasilnya.

walau apa keadaan sekalipun, usaha mencari kayu tetap memerlukan ilmu, kemahiran, kesungguhan dan pengorbanan yang berbeza-beza.

dan perlukah usaha mencari kayu menjadi agenda utama hidup?

apa jenis kayu yang sesuai dengan citarasa korang??

 

 

 

 

 

 

 

p/s : sekarang tukarkan istilah ‘kayu’ dengan ‘kerja’.

November 19, 2013

First Impression…

assalamualaikum warahmatullah geng. hawau yu?

“ko haris, x sangka banyak cakap jugak rupanye. ingatkan pendiam…” (n*n*)

itulah antara komentar awal seorang rakan ketika baru berkenalan denganku. bermulanya perkenalan kami ketika dia ingin menanyakan sesuatu mengenai aplikasi Android. (sangat cliché bunyinye… kan? huhuhu.)

tidak dinafikan, kebiasaannya kita cuba untuk membina ‘karakter’ seseorang yang ingin kita dekati terlebih dahulu sebelum kita mula mengenali mereka secara lebih dekat. setiap penilaian tersebut selalunya berdasarkan pada apa yang kita perhati, dengar dan rasakan… betul tak?

begitu juga halnya dengan rakan-rakan yang baru mengenaliku. ada di antara mereka yang mendiamkan sahaja penilaian yang dibuat terhadap aku. dan tidak kurang juga yang menyuarakannya. tapi ada kalanya, penilaian yang mereka buat agak berbeza dari karakter sebenar aku. bukan saja mereka, malah aku sendiri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut. (ofkkos la… dah nama pon manusia biasa kan?)

cumanya bagi aku, penilaian tersebut kebiasaannya akan dipamerkan dalam bentuk reaksiku terhadap mereka. ada kalanya aku bersikap bersahaja ketika mereka menegurku. ada masanya aku menjadi seorang yang peramah. biasa juga aku sekadar diam membisu seribu bahasa seperti seorang pemerhati lagaknya. (biasa la… introvert person katakan.) berkelakuan pelik dan kebudak-budakan jugak pernah diperlihatkan… walau tidak selalu. segala reaksi atau ‘penilaian’ yang aku pamerkan adalah berdasarkan intuisiku (baca: gerak hati) terhadap mereka.

be concerned

so… apa first impression korang tentang aku??? care to share…???

 

Notahujungkaki:
1. my 1st come back! akhirnya…!! berusik jugak blog aku ni lepas sekian lama penuh dengan habuk & sawang lelabah.
2. hidup dah mula nak tenang sikit. dah mula nampak ‘pulau’ di hujung pengembaraan… walaupun masih berkabus tebal lagi. etlis lagi ok la dari sebelum ni yang tak tentu hala tuju.
3. kali ni hanya 'short update' je dulu. in shaa Allah dalam masa terdekat aku kasi story lagi. dah lama tak panaskan ‘enjin’ kan? kena la pelan-pelan kayuh dulu.

June 3, 2013

Sepi

I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and I walk alone

love yourselfSepi… walau dalam kebisingan suara dunia,
hanya kesunyian yang menyelubungi hidup ini.
Sepi… walau diri ini dikelilingi manusia,
namun tetap sahaja dunia ini seakan bisu dan tuli.
Sepi… walau diri ini bergerak bebas menongkah arus dunia,
namun jiwa ini seakan-akan terperangkap kaku di dalam kurungan realiti.
Sepi… hidup ini terasa kosong, kelam dan sunyi;
serasa hidup ini ibarat berseorangan di dunia yang terlalu asing sekali.

Apakah puncanya diri ini berkeadaan sebegini?
Apakah yang menghalangi suara-suara luar dari mengisi kebisuan diri?
Apakah yang membatasi sinaran cahaya dari menerangi seluruh pelusuk dunia kecil ini?
Apakah mungkin segalanya berpunca dari diri yang kerdil ini?

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone up there will find me
'til then I walk alone

May 16, 2013

The Road Not Taken…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah korang semua. apa khabar orang kampung? hawau yu?

wrong & right

“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula; maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang asing itu?” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (hadith riwayat Muslim)

alone in crowded

“…Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as-Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (10)

March 10, 2013

Why Do You Have To Be So Negative…?

kenapa perlunya engkau sentiasa bersikap negatif? kenapa perlunya engkau merasakan manusia seluruhnya membencikan dirimu? kenapa perlunya engkau bermain-main dengan perasaanmu yang entahkan betul entahkan tidak… sehingga memburukkan persepsimu sehari-harian? kenapa perlunya semua itu?

bukankah dirimu merupakan ‘magnet’ terkuat untuk hidupmu? segala sesuatu yang melekat padamu berpunca dari pemikiranmu sendiri. dan jangan kau lupa akan kekuasaan yang mengatasi segala kekuasaan. bukankah DIA juga mengingatkan supaya menjernihkan persangkaanmu terhadapNYA? ‘Sesungguhnya AKU sesuai dengan persangkaan hambaKU.’

juga jangan dilupa segala yang berlaku telah terlebih dahulu ditetapkan di dalam kitab induk di sisi Penciptanya. segala yang tersurat pasti ada yang tersirat. yang mana hanya dengan menggunakan mata hati sahajalah perkara-perkara tersebut kelihatan jelas dan terang hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

jangan engkau gusar akan keadaan dirimu. jangan engkau ragu tentang matlamat hidupmu. dan jangan pula engkau bersedih menjalani liku-liku kehidupanmu. sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah membebankan dirimu dengan perkara-perkara yang tidak mampu dipikul olehmu. percayalah! tiada suatu perkarapun yang berlaku dalam hidupmu secara sia-sia. segalanya merupakan natijah dari perlakuanmu yang terkandung hikmah di sebaliknya. hanya saja mampukah dirimu sebagai hamba dan makhluk yang lemah lagi dhaif menggapai maksudnya ataupun tidak?

yakinlah pada Penciptamu. yakinlah pada kekuasaan Tuhanmu. yakinlah padaNYA. sesungguhnya DIA tidak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNYA. TIDAK AKAN PERNAH WALAU SEKALIPUN. yakinlah dan bersangka baiklah padaNYA walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

dan hormatilah serta bersangka baiklah juga pada hamba-hambaNYA yanga berada di sekelilingmu… walau berkali-kali engkau disakiti. walau bermacam-macam cubaan yang ditimpakan ke atasmu. bersangka baiklah engkau pada manusia. kerna dikhuatiri musuh-musuhmu akan bersorak gembira sekiranya engkau akhirnya terpengaruh dengan hasutan dan terjebak dengan percaturan mereka. yakinlah! sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu. tidak pernah membiarkan bersendirian. tidak pernah membiarkan keseorangan terkapai-kapai di dalam kegelapan dan kebingungan. melainkan dikurniakan kepadamu petunjuk untuk mengikuti jalan yang lurus serta dikirimkan penolong-penolong yang ikhlas menjalankan tugas mereka menolongmu melepasi setiap cabaran dan mehnah di sepanjang perjalanan kehidupanmu.

jangan menyesal

bergembiralah wahai diri… sesungguhnya engkau sentiasa berteman. tidak pernah walau sedetikpun dibiarkan engkau keseorangan.
bergembiralah wahai diri… tetapkanlah matlamat hidupmu, kerna sesungguhnya hidupmu hanya untuk Tuhan yang menciptakanmu.
dan bergembiralah wahai diri… kerna itulah sumber kekuatanmu yang abadi.
janganlah engkau khuatir dan jangan pula engkau bersedih. sesungguhnya Tuhanmu akan sentiasa bersamamu…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (1)

February 7, 2013

Apa Salah Saya Inche…??

Assalamualaikum geng. salam sejahtera… apa kabor? howdy-do?

pernah tak korang tengah syok2 bawak kereta, sekali tu ada pak polisi (tengah naik kereta peronda jugak) tak semena2 tahan korang suruh ke tepi? apa perasaan korang time tu? apa reaksi yang korang tunjukkan? hepi? selamba? bangga? relax? tenang? kool? marah? takut? gelabah? nerves? cuak? bengang? bengong? gabra? jadi gilak? atau takde perasaan macam Najwa kosong… kosong… kosong. dan yang paling penting… adakah korang akan ikut arahan pak polisi tersebut untuk memberhentikan kereta korang? atau terus memecut tanpa mempedulikannya…?

why am I asking? kenapa aku tanya? ekceli aku baru je mengalami situasi ni pagi tadi. buat pertama kali dalam sejarah hidup aku pulak tu. tanpa sebarang asbab yang munasabah aku ditahan oleh pak polisi. nak tak nak terpaksa la aku stop kat tepi jalan kan? (tu pon dah ada niat nak pecut bila pak polisi tu nak sampai ke kereta aku. muohohoho…)

kejadian tu lebih kurang macam ni la bunyik dia… mula2 aku perasan kereta polis tu follow belakang kereta aku. sampai area NPE dia dah potong duduk lane sebelah aku. pastu time dari NPE nak naik ke Jalan Templer, aku perasan macam drebar kereta kat sebelah aku buat isyarat tangan kat aku. bila tengok rupanya pak polisi tu bagi signal suruh ke tepi. time tu ekceli aku nak potong depan dia. sebab nak masuk simpang ke PJ. (so paham2 je la kalau nak masuk lane kiri or kanan, memang la kena pandang ada kereta kat sebelah ke tak… kan?) tapi malang tak berbau… tak pasal2 aku kena tahan pulak. jadi, jom sama2 kita terjah~

scene 1

scene 2

scene 3

scene 4

scene 5

so… korang paham tak kejadian dia? aku masih tak paham sampai sekarang… apa sebab aku kena tahan? dan konfem la waktu tu aku agak nerves kan? tak pernah2 kena tahan kot. rasa macam pesalah criminal la pulak. muka aku ni ada nampak macam muka banduan terlepas ke…?

blogger profile

sekian, wassalam.

********

* apa salah aku sebenarnya? (soalan tu menari2 dalam kepala otak aku sepanjang hari. adakah pak polisi tu ingat aku nak race dengan beliau? atau ada masalah dengan lampu kereta aku? hurm… segalanya diselubungi misteri.)

* adakah aku akan jadi fobia untuk drive bila sebelah aku ada mobil polisi? hurm… nanti aku nak try test.

Haryz Khairuddin (8)

January 24, 2013

Blackout Di Rumah Tahu Puncanya. Blackout Di Hati Apa Sudahnya…?

Assalamualaikum warahmatullah kawan2. salam sejahtera. howdy-do?

‘blackout’? korang tau apa tu blackout? rasanya selalu je dengar istilah blackout ni… kan? tapi kenapa aku perlu bangkitkan isu blackout hari ni? sebabnya malam tadi kawasan perumahan aku baru je terputus bekalan elektrik… atau lebih mudahnya kita panggil blackout. so… dah nampak kaitan dia? huhu… T___T

pitch black hey guy… where are you? am I alone in here…? errr… help…!

bila kita mengalami situasi macam ni, segelintir daripada kita akan mengalami ‘sudden panic’ (bagi yang tak biasa atau memang beliau dilahirkan dengan tahap kepanikan yang tinggi). tapi ramai jugak yang dengan tenang dan pantasnya pergi mencari lampu picit, lilin atau seumpamanya dan terus bergegas memeriksa kotak suis utama. jika kotak suis utama tersebut takde masalah, makanya duduklah korang sekeluarga dalam keadaan gelap yang hanya diterangi oleh cahaya sebatang lilin birthday.

nak dijadikan citer (tadi tu mukadimah je), tengah aku duduk dalam kelam malam sepi melamar kerinduan dan diterangi oleh sebatang lilin birthday tersebut, membuatkan minda aku mula memproses data2 dan berpikir… “kalau rumah kita blackout, kita sibuk mencari lilin untuk terangkan balik rumah kita. tapi… kalau hati kita yang ‘blackout’, kita akan bersusah-payah jugak ke untuk mencari ‘lilin’ yang buleh menerangi hidup kita?”

kadang2 ada segelintir dari kita yang tak berapa nak menghargai nikmat Islam dalam diri kita sebabnya… sejak lahir kita memang dah otomatik Islam. walaupon nikmat Iman masih perlu kita gosok sampai berkilat dan tertanggal semua karat, tapi sekurang-kurangnya nikmat Islam dah tertanam dalam jiwa sanubari kita. bandingkan dengan saudara-saudara kita yang baru menjumpai cahaya Islam setelah mereka puas jatuh tersungkur dan tergolek2, tersesat dalam kegelapan dan kejahilan? dan bandingkan pulak dengan cara mereka mengekspresikan kesyukuran mereka? tidakkah sepatutnya kita yang lebih dahulu rasa bersyukur dengan nikmat2 tersebut…?

selawat ke atas nabi [kredit]

bercakap soal mensyukuri nikmat terbesar dalam hidup ni, apa yang penting cara untuk kita mensyukurinya mustilah tepat dan selari dengan sunnah2 Rasulullah SAW yang shahih. agak menguciwakan hati bila ada segelintir hamba ALLAH yang mengatakan mereka sangat mensyukuri nikmat Islam dan Iman, tetapi cara mereka mengekspresikannya bercanggahan dengan sunnah2 Rasulullah SAW. bukankah Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik sepanjang zaman?

makanya dalam kita seronok mengadakan sambutan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW ke dunia ni, moh kita pakat ramai2 menghidupkan sungguh2 sunnah Rasulullah SAW dalam sepanjang jalur kehidupan harian kita. jika kita tak mampu untuk menghidupkan sunnah2 Rasul SAW yang besar, apa kata kita bermula dengan menghidupkan sunnah2 Rasul SAW yang kecil terlebih dahulu. jika kita tak mampu untuk mengerjakan kesemuanya dalam kehidupan kita, maka jangan sampai kita mengabaikan keseluruhannya. amat rugilah diri kita andai di akhir kehidupan kita sebagai seorang manusia bergelar Muslim, kita gagal untuk meraih syafaat Rasulullah SAW yang dikhususkan hanya untuk ummatnya yang telah berjaya menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan mereka. ‘memang manusia takkan pernah terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan, tapi itu bukan bermakna kita langsung tidak berpeluang untuk berubah ke arah yang lebih baik’… betul tak?

sekian, wassalam.

********

I love Muhammad SAW [kredit]

* antara bukti kita mencintai kekasih kita Rasulullah SAW adalah dengan berselawat ke atas baginda setiap hari sebanyak-banyaknya. sedangkan ALLAH SWT dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Rasul SAW, takkan kita yang mengaku sebagai ummatnya nak ‘malu’ untuk berselawat ke atas baginda…?

* sekali lagi diperingatkan, hanya sunnah2 Rasulullah SAW yang shahih (atau hassan) dan jelas kualiti dalilnya (setelah disepakati dan dipersetujui oleh pakar ilmuan hadith) saja yang selayaknya kita jadikan panduan. sebabnya sepanjang sejarah peradaban dunia Islam sejak dari kewafatan Rasulullah SAW hinggalah ke hari ni, telah muncul ramai musuh2 Islam yang cuba mengelirukan ummat Islam dengan agama Islam itu sendiri. maka, apakah kita hendak membiarkan musuh2 Islam bersorak gembira dengan kejayaan mereka?

* manusia sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (9)

January 1, 2013

Meminta Maaf & Memberi Kemaafan… Adakah Semudah Yang Dilafazkan?

Assalamualaikum geng. salam sejahtera jugak diucapkan. howdy-do?

bersempena dengan kedatangan tahun baru 2013 ni, ada baiknya kalau aku mulakannya pengembaraan blog aku dengan perkara-perkara yang baik lagi mulia… betul tak? dan dalam pikiran aku sekarang, antara banyak-banyak perkara baik lagi mulia yang buleh aku pikirkan dan laksanakan adalah meminta maaf dan memberi kemaafan. sebabnya aku bimbang sepanjang penulisan aku yang lepas, mungkin ada benda yang aku tulis tu menyakitkan hati orang yang membaca. dan mungkin jugak ada entri-entri perasan bagus yang dah aku tulis. (harap-harap takde la… kot. hehe~) makanya, sekali lagi aku nak mintak maaf pada korang semua. harapnya tahun baru ni kita bukalah lembaran baru dalam kehidupan kita…

meminta & memberi maafmeminta maaf dan memberi kemaafan… antara perkara yang berat dilakukan tetapi meringankan perhitungan.

dalam kita hidup kat atas dunia ni, terbuat salah tu memang perkara normal. memang benda yang takkan mungkin buleh kita elakkan. tapi bukannya aku nak cakap buat salah tu tak salah. dan bukannya aku suruh korang lagi banyak buat salah. cumanya… kita diberi peluang untuk menebus balik kesalahan-kesalahan kita tu. salah satu caranya adalah dengan meminta maaf pada pihak yang kita dah buat salah tu. setuju?

maafkan kesalahan kawan maafkan kesalahan sesama insan… agar menjadi penawar yang melapangkan perasaan. [kredit]

jadi kesimpulannya, aku benar-benar mengharapkan selepas ni aku dapat mengaplikasikan perkara yang aku sebut ni dalam kehidupan realiti aku sekali. bukan setakat aku hanya mampu tulis dalam blog aku semata-mata. dan bukan ke lebih indah dunia kita kalau saling memberi maaf dan meminta maaf…? tak ke?

forgive them & holding onto anger

sekian… assalamualaikum. hingga ketemu lagi. doakan aku sama-sama kawan.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (9)

December 8, 2012

Nak Tinggalkan Benda Maksiat Lagi Payah Sebenarnya Daripada Nak Buat Kebaikan…

Assalamualaikum. salam sejahtera jugak diucapkan. biar fair n square.

apa pendapat korang pasal tajuk kat atas tu? adakah korang setuju? ke tak setuju?? atau duduk atas pagar buluh kat tepi sawah yang dimakan beruang panda…??? errr… bincangkan.

bagi pendapat aku sendiri, memang aku takkan nafikan. sebabnya… nak cegah diri dari buat perkara maksiat tu lagi payah sebenarnya dari nak suruh diri buat benda-benda kebaikan. nak pulak kalau-kalau kejahatan yang kita buat tu dah lama berakar umbi dalam diri kita. yang dah sebati dengan darah daging kita. (even yang baru terjebak sekali dua pon dah buleh ketagih, inikan pulak yang dah bertahun berkurun kerjanya… kan?) kiranya, amat sangatlah payahnya nak tinggalkan makhluk planet gundala bernama dosa zaman berzaman tu. perlukan keazaman dan kesabaran yang maha super tinggi lagi kuat la untuk nak halang diri dari terjun masuk balik ke kancah kezaliman tu. kalau setakat niat untuk dapat pahala je memang tak jalan der…

tips hijrah diri

sekian saja short entri yang tak berapa nak short dari aku. untuk sambungan dia, korang buleh terjah artikel ni : Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

********

* walau banyak mana sekalipon term yang aku guna, walaupon berbeza-beza bunyik dia, ekceli benda yang aku nak fokuskan sama je.

* kalau ada yang berbesar hati nak sharing is caring tips-tips yang korang rasakan bermanfaat, sila jangan teragak-agak untuk jatuhkan komen anda (please don’t hesitate to drop your comment.)

* syaitan dan nafsu lagi suka kalau kita buat banyak benda baik tapi bajet bagus (baca : ujub, riak, takabbur) daripada tinggalkan satu benda maksiat walau dengan terpaksa. (ni sekadar pendapat aku SAHAJA. sila jatuhkan komen anda juga jika sependapat ataupon tidak sependapat dengan aku.)

* antara amalan anak Adam yang disukai oleh ALLAH SWT adalah amalan yang sedikit tapi istiqamah dan ikhlas keranaNYA.

* kalau niat nak buat benda baik (asalkan ikhlas keranaNYA) pon dah dapat pahala, inikan pulak kalau buat sungguh-sungguh… ye tak?

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (10)