December 8, 2012

Nak Tinggalkan Benda Maksiat Lagi Payah Sebenarnya Daripada Nak Buat Kebaikan…

Assalamualaikum. salam sejahtera jugak diucapkan. biar fair n square.

apa pendapat korang pasal tajuk kat atas tu? adakah korang setuju? ke tak setuju?? atau duduk atas pagar buluh kat tepi sawah yang dimakan beruang panda…??? errr… bincangkan.

bagi pendapat aku sendiri, memang aku takkan nafikan. sebabnya… nak cegah diri dari buat perkara maksiat tu lagi payah sebenarnya dari nak suruh diri buat benda-benda kebaikan. nak pulak kalau-kalau kejahatan yang kita buat tu dah lama berakar umbi dalam diri kita. yang dah sebati dengan darah daging kita. (even yang baru terjebak sekali dua pon dah buleh ketagih, inikan pulak yang dah bertahun berkurun kerjanya… kan?) kiranya, amat sangatlah payahnya nak tinggalkan makhluk planet gundala bernama dosa zaman berzaman tu. perlukan keazaman dan kesabaran yang maha super tinggi lagi kuat la untuk nak halang diri dari terjun masuk balik ke kancah kezaliman tu. kalau setakat niat untuk dapat pahala je memang tak jalan der…

tips hijrah diri

sekian saja short entri yang tak berapa nak short dari aku. untuk sambungan dia, korang buleh terjah artikel ni : Memang Susah, Tapi Kalau Tak Cuba, Tak Tahu!

********

* walau banyak mana sekalipon term yang aku guna, walaupon berbeza-beza bunyik dia, ekceli benda yang aku nak fokuskan sama je.

* kalau ada yang berbesar hati nak sharing is caring tips-tips yang korang rasakan bermanfaat, sila jangan teragak-agak untuk jatuhkan komen anda (please don’t hesitate to drop your comment.)

* syaitan dan nafsu lagi suka kalau kita buat banyak benda baik tapi bajet bagus (baca : ujub, riak, takabbur) daripada tinggalkan satu benda maksiat walau dengan terpaksa. (ni sekadar pendapat aku SAHAJA. sila jatuhkan komen anda juga jika sependapat ataupon tidak sependapat dengan aku.)

* antara amalan anak Adam yang disukai oleh ALLAH SWT adalah amalan yang sedikit tapi istiqamah dan ikhlas keranaNYA.

* kalau niat nak buat benda baik (asalkan ikhlas keranaNYA) pon dah dapat pahala, inikan pulak kalau buat sungguh-sungguh… ye tak?

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (10)

6 comments :

intanfirdaus247 said...

terima kasih saling peringat memperingati...

mieza said...

betul laa tu..
bnde buruk yg da biase buat, mmg payah nk tggl.
syaitan akan terus hasut utk kte terus buat..
nk buat baik, niat je da dpt pahala..
buat lg laa dpt pahala..
tggl nk motivasikan diri je..

Sunah Sakura said...

betul2...setuju sesangat dengan entri ni...sampai terbuat lak entri kat blog sendiri...jom singgah tengok apa kata kita tentang ni...

http://www.sunahsukasakura.com/2012/12/memang-susah-tapi-kalau-tak-cuba-tak.html

Hakimy Zamri said...

nice post bro hafiz !! :D

sea_lavender said...

gud entri :)
penghijrahan dalam kehidupan itu harus.. lebih lagi ke arah kebaikan.. moga Allah sentiasa menjaga diri kita smua utk meneruskan kebaikan kpd sesiapa sahaja.. teruskan perkongsian :)

nazrul ali said...

ok, thank for da tips:)