Assalamualaikum warahmatullah geng-geng bas sekolah semua. oh salam sejahtera tak dilupakan juga. hoho…
entri kali ni mood menulis aku lebih mendesak untuk aku mereviu buku. sebenarnya memang dah lama sangat aku nak cerita pasal buku ni. tapi asyik terperap je dalam ‘Drafts’ folder, makanya sampai sekarang ni la baru terusik balik entri ni. (it’s normal for Phlegmatic people to procrastinate. haha…) ok, so now. let’s on with the show…
Skill . Motivasi . Inspirasi . Luar biasa . Elegan
mungkin ramai yang dah sedia maklum pasal kewujudan buku ni… betul tak? n mungkin jugak lagi ramai yang dah baca buku ni sampai dah khatam berkali-kali. cumanya bagi yang belum tau, ni aku nak kabor sikit. buku bertajuk SMILE setebal 128 muka surat ni adalah hasil karya saudari Irma Hasmie Ibrahim n saudara Zamri Mohamad. buku ni memuatkan pelbagai kisah (ada 16 + 1 kisah sebenarnya) rotibasi motivasi bagi memantapkan sahsiah diri serta memperkasakan peribadi yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdb Bhd. (rasanya cukup la eh intro setakat ni dulu?)
makanya dalam kesempatan kali ni, aku tetiba tergerak hati balik nak berkongsi sikit je komen yang aku dapat dari buku karangan kak irma ni. (nak kongsi banyak-banyak kena la baca sendiri buku ni. muohoho…) antara komen yang dapat aku tangkap muat dari buku SMILE ni adalah… jeng jeng jeng~
1. Tips yang ringkas, padat dan mudah untuk diaplikasikan
kebanyakan tips yang penulis ingin kongsikan adalah senang untuk kita apply dalam kehidupan seharian kita. contohnya, kerap tersenyum (pada masa dan golongan yang sepatutnya… bukannya sepanjang masa macam kerang busuk) dan memberi salam sesama ummat Islam. mungkin bagi sesetengah pihak, perkara ni hanyalah benda simple saja. tapi kadang-kadang, dengan perkara-perkara simple nilah yang membuatkan kita tampil ceria dan berkeyakinan diri sepanjang masa.
2. Penyampaian dalam bentuk penceritaan (story-telling)
pada pendapat aku, cara ni merupakan antara daya penarik untuk para pembaca lebih menghayati kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ni. olahan kisah dalam bentuk ‘story-telling’ mampu membuatkan para pembaca lebih memahami tips-tips yang ingin disampaikan oleh penulis berbanding penulisan karangan berbentuk ‘monotonous’ yang biasanya terdapat di pasaran sekarang. (nak tau apa tu monotonous, sila la tanya makcik gugel.)
3. Kit tindakan disediakan di akhir halaman setiap kisah
bagi memudahkan para pembaca mengaplikasikan setiap tips yang mereka perolehi, penulis telah menyediakan kit tindakan di akhir halaman setiap kisah yang dipaparkan. halaman ini bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tips yang bakal para pembaca aplikasikan dalam kehidupan mereka.
4. Gaya bahasa yang formal tetapi mudah difahami
mungkin bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab dan pihak penerbitan sendiri, gaya bahasa yang formal (bahasa baku) telah diguna pakai dalam penghasilan buku ni. (bagi aku, agak slack sikit mood membaca aku sebab penulisan dia terlampau agak skema. buatkan aku kurang feel untuk baca buku ni. sekadar baca untuk aku korek semua rahsia ilmu yang penulis cuba sampaikan.)
rasanya cukup la dulu sesi mereviu buku untuk kali ini. in shaa Allah, lain kali bila aku dah habis baca buku lain aku buat sesi reviu lagi. sekian, terima kasih.
********
* antara buku yang aku tengok sekali terus terpikat di hati. memang tak menghampakan untuk dimiliki… (bagi aku la. evendoh gaya penulisan dia yang skema sangat. tapi still berbaloi untuk dimiliki.)
* reviu aku ni takde dapat apa-apa royalti dari pihak penulis dan bukannya reviu rasmi untuk buku ni. aku hanya sekadar berkongsi info semata-mata. n kalau ada komen-komen negatif, harap maaf. tu sekadar pendapat aku saja. (no heart feeling.) huhu…
* finally…! akhirnya… berjaya jugak aku siapkan entri aku ni. hoho… (tepuk tangan ramai-ramai.)
13 comments :
tepu tepu tepuk:)
irma hasmi pun dah ada buku la..wah..
well,bahasa baku dalam setiap terbitan pts rasanya sangat bagus biar budak-budak mudew skunk new tak cakap mcam niew..
hehe
oh yeahh actually baru habis baca buku ni..hahaha..dah lama beli tp tu laa baca mcam budak tadika baca..
memey best pon..Cerita2 die pun bnyak memberi inspirasi kpada saya sikit2..hehe^^
kena senyum lah..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
@nazha anua
oh.. semua buku terbitan PTS ke guna bahasa baku? ok, baru tau. bagus gak camtu.
@FarhanahAdzlan
budak tadika la best. kan ada citer pasal budak tadika jugak. jadi la cam dorang.. ;D
@man
ye.. kena selalu senyum. baru la awet muda. hoho.. ;p
teringin nak beli...
ishhhhhhhh...haryz buat saya rasa nak beli buku ni je. selalu nampak kat kedai buku, tapi tak tergerak pun hati nak beli. takut tak habis baca. tapi rasa macam kena beli dan hadam sebab susah sangat nak senyum. bhahaha.
@Fendy, @Sunah Sakura
beli je. jangan segan2.. hoho. ;P
irma antara pengarangnya ya..
aku memang kurang malah mungkin terlalu kurang membaca buku bercirikan motivasi. terakhir, 6 tahun yang lalu, hanya buku Berani Gagal yang pernah dibaca.
@ghost writer
n aku lagi suka baca buku2 berkonsepkan motivasi ni compare to novel. tapi buku berani gagal aku x sempat nak khatam lagi.. ;P
Nice sharing :)
Irma Hasmie memang seorang yang positif :)
Yay! *clap clap clap*
Btw this is the one that every one should have :)
da ada buku nie :) tapi tak khatam lagi hee ;D sgt memotivasikan diri..
Post a Comment