March 10, 2013

Why Do You Have To Be So Negative…?

kenapa perlunya engkau sentiasa bersikap negatif? kenapa perlunya engkau merasakan manusia seluruhnya membencikan dirimu? kenapa perlunya engkau bermain-main dengan perasaanmu yang entahkan betul entahkan tidak… sehingga memburukkan persepsimu sehari-harian? kenapa perlunya semua itu?

bukankah dirimu merupakan ‘magnet’ terkuat untuk hidupmu? segala sesuatu yang melekat padamu berpunca dari pemikiranmu sendiri. dan jangan kau lupa akan kekuasaan yang mengatasi segala kekuasaan. bukankah DIA juga mengingatkan supaya menjernihkan persangkaanmu terhadapNYA? ‘Sesungguhnya AKU sesuai dengan persangkaan hambaKU.’

juga jangan dilupa segala yang berlaku telah terlebih dahulu ditetapkan di dalam kitab induk di sisi Penciptanya. segala yang tersurat pasti ada yang tersirat. yang mana hanya dengan menggunakan mata hati sahajalah perkara-perkara tersebut kelihatan jelas dan terang hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

jangan engkau gusar akan keadaan dirimu. jangan engkau ragu tentang matlamat hidupmu. dan jangan pula engkau bersedih menjalani liku-liku kehidupanmu. sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah membebankan dirimu dengan perkara-perkara yang tidak mampu dipikul olehmu. percayalah! tiada suatu perkarapun yang berlaku dalam hidupmu secara sia-sia. segalanya merupakan natijah dari perlakuanmu yang terkandung hikmah di sebaliknya. hanya saja mampukah dirimu sebagai hamba dan makhluk yang lemah lagi dhaif menggapai maksudnya ataupun tidak?

yakinlah pada Penciptamu. yakinlah pada kekuasaan Tuhanmu. yakinlah padaNYA. sesungguhnya DIA tidak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNYA. TIDAK AKAN PERNAH WALAU SEKALIPUN. yakinlah dan bersangka baiklah padaNYA walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

dan hormatilah serta bersangka baiklah juga pada hamba-hambaNYA yanga berada di sekelilingmu… walau berkali-kali engkau disakiti. walau bermacam-macam cubaan yang ditimpakan ke atasmu. bersangka baiklah engkau pada manusia. kerna dikhuatiri musuh-musuhmu akan bersorak gembira sekiranya engkau akhirnya terpengaruh dengan hasutan dan terjebak dengan percaturan mereka. yakinlah! sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu. tidak pernah membiarkan bersendirian. tidak pernah membiarkan keseorangan terkapai-kapai di dalam kegelapan dan kebingungan. melainkan dikurniakan kepadamu petunjuk untuk mengikuti jalan yang lurus serta dikirimkan penolong-penolong yang ikhlas menjalankan tugas mereka menolongmu melepasi setiap cabaran dan mehnah di sepanjang perjalanan kehidupanmu.

jangan menyesal

bergembiralah wahai diri… sesungguhnya engkau sentiasa berteman. tidak pernah walau sedetikpun dibiarkan engkau keseorangan.
bergembiralah wahai diri… tetapkanlah matlamat hidupmu, kerna sesungguhnya hidupmu hanya untuk Tuhan yang menciptakanmu.
dan bergembiralah wahai diri… kerna itulah sumber kekuatanmu yang abadi.
janganlah engkau khuatir dan jangan pula engkau bersedih. sesungguhnya Tuhanmu akan sentiasa bersamamu…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (1)

7 comments :

Khir Khalid said...

Sesungguhnya didlm setiap kesukaran pasti ada kemudahan.. Aku yakin kepadaNya. Terima kasih diatas entri indah yg membina ini.

Unknown said...

ayat yang indah lagi tenang saat membacanya.. syukran di atas entri yg cukup menyedarkan ini..

suria lekatlekit said...

tiada kehidupan tanpa dugaan & tiada dugaan jika tidak ada bersamanya jalan penyelesaian

4feet8 said...

Haris, nanti balik, beli majalah solusi isu 53. kat dalam tu ada share sesuatu yg mungkin boleh memotivasikan haris. mukasurat 28.
insyaAllah.
err mehnah tu apa..?

Hans Hanis said...

yups
setuju :-)

blog-tips-kurus said...

La tahzan..

Encik H said...

majalah apa tu 4feet8? apa yg ada dalam tu? share pls..