assalamualaikum dan salam sejahtera semua. bagaimana kisah ramadhan tahun ni? adakah begitu menarik sehingga dipenuhi dengan seribu satu kisah yang seronok untuk dikongsikan bersama… ataukah sebaliknya?
pernahkah terdetik di fikiran kita tentang aqidah yang selama ini kita anuti? kita senantiasa merayu dan mengharap pada Yang Empunya Seluruh Kerajaan agar ditunjukkan ke jalan (aqidah) yang lurus. namun, benarkah segala amalan yang kita laksanakan semenjak kita baru mengenal dunia sehingga detik dan ketika ini telah bertepatan dengan kehendak syariat yang telah diwahyukan? ataukah kita mungkin hanya sekadar meng’kopi-pasta’kan sahaja (baca : mengikut jejak langkah golongan-golongan sebelumnya tanpa kita fahami atau pertikaikan sedikitpun) amalan-amalan yang kita perolehi untuk diteruskan kesinambungan legasinya untuk diwarisi pula oleh generasi berikutnya?
semakin hari dan semakin menjangkau usia matang, seringkali tercetus pertanyaan demi pertanyaan yang tidak pernah terhenti muncul di minda dangkalku akan keaslian dan ketulenan ajaran dan amalan yang sedang aku anuti sekarang ini.
bukannya niatku untuk menafikan dan mempertikaikan kehebatan serta kegigihan para asatizah dan para cendikiawan muktabar yang pakar dalam bidang masing-masing. mereka telah bertungkus-lumus siang dan malam berusaha keras bagi memudahkan kaedah penyampaian serta menjernihkan tahap kefahaman masyarakat berkaitan anutan aqidah yang syumul ini.
mungkin saja semakin bertambahnya usia kita, maka semakin berbeza pula sudut pandang kita terhadap setiap perkara. hal yang suatu ketika dahulu hanya kita terima sahaja bulat-bulat tanpa mampu untuk kita persoalkan selanjutnya mulai berlegar-legar dan menjengah kembali ke dalam akal yang kerdil ini untuk mengkaji sedalam-dalamnya dan mendapatkan semula penjelasan sewajarnya.
persoalan-persoalan inilah yang bakal menyemarakkan sumber cahaya ilahi dalam kehidupan bersyariat atau berkemungkinan juga menjadi pemadam api lantera sepanjang kehidupan manusiawi… segalanya mungkin?
‘The world is still the same. The way we look at it is different.’
==============================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku.
Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
- Saidina Abu Bakr as-Siddiq radhiallahu anhu -
No comments :
Post a Comment