February 21, 2014

Baik Buruk Bekerja Dari Rumah

sebuah sketsa petang di sebuah rumah kos sederhana di kawasan pinggiran bandar;

Mak Eton : kau ni Mat, asyik duduk depan laptop je. pergi la keluar cari kerja.
Mamat : saya tengah kerja la ni Mak. tak nampak ke?
Mak Eton : tengah kerja apa ke namanye? seharian terperap dalam rumah je Mak tengok. cuba jadi macam Mail anak Pak Majid sebelah rumah tu. dari pagi bawak ke malam keluar bekerja. ni kau asyik dengan laptop kau tu aje 24jam. haih… apa nak jadi la dengan kau ni?
Mamat : laa… dah saya memang kerja dari rumah. buat apa nak keluar pegi kerja pulak?
Mak Eton : banyak la kau punya kerja dari rumah tu?
Mamat : ala Mak… buat apa nak ikut orang? asalkan saya cari kerja halal cukup la.
Mak Eton : ada aje la jawapan kau tu. aku suruh cari kerja banyak pulak alasan kau bagi. haih… bertuah punya anak. =.="

kerja. bekerja. pekerjaan. siyesly ada macam-macam jenis pekerjaan kan? setiap orang pasti takkan terlepas dari fasa kehidupan ini, betul tak? tapi adakah definisi bekerja tu memerlukan kita untuk…

keluar pagi balik petang
kadang kala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang

betul ke dengan hanya kita keluar dari rumah baru dikatakan sebagai keluar bekerja? keluar mencari rezeki? perlu ke untuk kita mengikut arus kehidupan semasa untuk dikategorikan sebagai seorang pekerja?

bagi aku on one side, memang kita ‘diberi’ pilihan untuk bekerja makan gaji (x kira la dengan gomen ataupon swasta) kalau nakkan pendapatan yang stabil dan terjamin. but on the other side, sampai bila…? sampai bila perlu menjadi manusia yang bekerja makan gaji? sebabnye… dengan makan gaji manusia takkan mungkin jadi kaya-raya.

sampai bila…?
sampai bila… begini?

dan bekerja sendiri atau berniaga pulak punya risiko tersendiri yang berbeza. well, life is full of risk. you have to face it no matter what, when or how? agree? bertambah ‘risiko’nya pulak untuk golongan yang introvert dan procrastinate… macam aku ni kan? (hahaha… banyak betul alasan kau.)

3 typeso… which one is us???

as a conclusion pasal topik ni (tetiba dah conclusion pulak kan?), apa pandangan korang tentang bekerja dari rumah? is it something yang korang pernah lakukan? sudah lakukan? atau bakal lakukan? kongsi-kongsi la idea dan pengalaman (kalau sudi). sekian, wassalam.

4 comments :

Unknown said...

betol betol

haryzkhairuddin said...

x betol x betol.. hahahaha

Zam said...

gini ar.. sambil makan gaji, buat part time yg leh jana income beribu riban

haryzkhairuddin said...

oh..trimasih sifu. in shaa Allah dalam proses. cuma cepat atau lambat je la..