assalamualaikum warahmatullah n salam sejahtera.
hari ini bersamaan dengan 21/04/2014, bermulanya sebuah lagi episod baru dalam kehidupan aku. permulaan yang diharapkan bakal membuahkan hasil yang positif dalam perjalanan hidup aku. walaupun aku tidak punya pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut, namun berbekalkan keyakinan bahawa segala sesuatu yang telah ditakdirkanNYA punya hikmah dan rahsia yang tersendiri, aku cuba untuk berusaha mengorak langkahku satu persatu dalam dunia baruku ini.
eiceh… ayat nak skema la pulak kan? terasa seperti sasterawan negara pula. hikhikhik… #gelak gatal# ekceli esok aku secara rasminya kot bakal bergelar guru sandaran a.k.a cikgu ganti kat salah sebuah sekolah menengah area rumah aku. memang jujurnya aku tak pernah ada experience dalam bab2 mengajar budak ni. tapi entahlah… aku akan try bagi yang terbaik untuk bakal anak2 murid aku tu nanti. in shaa Allah. sebab aku tau setiap yang terjadi dalam hidup aku telah ditetapkan olehNYA terlebih dulu. betul tak? huhu… (waktu datang sekolah tu ari tu memang cuak gak aku. ye la, dah la takde experience kan? pastu dengan keadaan bebudak sekarang ni lagi… tapi apapon aku try positifkan persepsi aku. harap2nya berjaya la nanti.)
so kepada kawan2 aku yang bergelar cikgu kat luar sana tu, kalau korang sudi… kongsi2 la idea atau pengalaman korang mengajar bebudak ni. tak kisah la pengalaman macam mana sekalipon. pertolongan korang semua amat2 aku harapkan n aku sangat la berbesar hati untuk mendengarnya. doakan aku mampu menjadi sorang pendidik yang baik.
* waktu inteviu ari tu dengan pihak sekolah dorang ada tanya, “awak memang minat ke nak jadi cikgu ni?” jawab aku, “honestly, minat mengajar tu memang ada. cuma pengalaman je yang takde. jadi harapnya ada la yang sudi bagi tunjuk ajar dan bimbingan pada saya nanti.”
* bertukar bidang ni ada buruk baiknya. baiknya kita dapat belajar benda baru. buruknya pulak, kita kena start dari awal dengan takde experience dari kerja sebelumnya.
* tengah berdebar2 jantung aku sekarang ni. entah macam mana la first impression aku nanti. hopefully semuanya akan berjalan lancar. in shaa Allah… Amin~
p/s : [Pekerja Sambilan Harian]
Assalamualaikum. Ada sesiapa yang berminat untuk mencari pengalaman sebagai guru ganti? SMK Pusat Bandar Puchong 1 tengah mencari beberapa orang guru ganti sebab ada cikgu yang sedang cuti sakit. Kalau berminat, boleh PM. URGENT! (sesi petang : 12pm – 7pm)
Sekian, terima kasih.
========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
- Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh -
1 comment :
mcm mana nk mohon yer??? Terima Kasih,,, :)
Post a Comment