Assalamualaikum geng. salam sejahtera jugak diucapkan. howdy-do?
bersempena dengan kedatangan tahun baru 2013 ni, ada baiknya kalau aku mulakannya pengembaraan blog aku dengan perkara-perkara yang baik lagi mulia… betul tak? dan dalam pikiran aku sekarang, antara banyak-banyak perkara baik lagi mulia yang buleh aku pikirkan dan laksanakan adalah meminta maaf dan memberi kemaafan. sebabnya aku bimbang sepanjang penulisan aku yang lepas, mungkin ada benda yang aku tulis tu menyakitkan hati orang yang membaca. dan mungkin jugak ada entri-entri perasan bagus yang dah aku tulis. (harap-harap takde la… kot. hehe~) makanya, sekali lagi aku nak mintak maaf pada korang semua. harapnya tahun baru ni kita bukalah lembaran baru dalam kehidupan kita…
meminta maaf dan memberi kemaafan… antara perkara yang berat dilakukan tetapi meringankan perhitungan.
dalam kita hidup kat atas dunia ni, terbuat salah tu memang perkara normal. memang benda yang takkan mungkin buleh kita elakkan. tapi bukannya aku nak cakap buat salah tu tak salah. dan bukannya aku suruh korang lagi banyak buat salah. cumanya… kita diberi peluang untuk menebus balik kesalahan-kesalahan kita tu. salah satu caranya adalah dengan meminta maaf pada pihak yang kita dah buat salah tu. setuju?
maafkan kesalahan sesama insan… agar menjadi penawar yang melapangkan perasaan. [kredit]
jadi kesimpulannya, aku benar-benar mengharapkan selepas ni aku dapat mengaplikasikan perkara yang aku sebut ni dalam kehidupan realiti aku sekali. bukan setakat aku hanya mampu tulis dalam blog aku semata-mata. dan bukan ke lebih indah dunia kita kalau saling memberi maaf dan meminta maaf…? tak ke?
sekian… assalamualaikum. hingga ketemu lagi. doakan aku sama-sama kawan.
========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-
23 comments :
saling memaafkan antara 1 amalan yg mulia. ayuh audit diri kte agr menjadi seorang pemaaf :) selamat tahun baru 2013~
semoga kita boleh jdi manusia pemaaf seperti nabi. dan tahun baru ni, kita perbaiki kekurangan diri.
kita sering merasa peritnya terluka, tapi siapa tahu kita yang terlebih dahulu melukakan. bukankah memaafkan itu lebih baik dari berdendam? :)
mintak maap hairy salah silap aku selama ni T__T heh heh
eh silap nama..maaf ya silap nama haryz:)
@sea_lavender
jom kita panggil 'internal auditor' untuk check 'balance sheet' kita. wee~ ;P
@misz aisya
betul. dendam2 ni x best.. menyakitkan hati n badan je. cuma kadang2 mulut kita kata maaf, tapi hati...? apapon kena berusaha jadi lebih baik.
@nazha anua
apa da.. nama pon silap. haha.. xde hal bro, 0-0 la kita. hehe.. ;p
(dah macam hari raya lak..?)
yer..memaafkan berbeza dgn melupakan..slalunya kt melupakan bukan memaafkan
selamat hari raya maaf zahir batin :P
em, betul. mmaafkan org lain sblom tidor tu ada kbaikannya. tatkala kta diberi nyawa lg utk bangun keesokkannya, hati kan berasa lapang n tenang. ketenangan dlm jiwa tu yg tak mampu dibeli dgn duit
@Tuan Cimot
mungkin betul. sebab kadang2 ada yang boleh memaafkan.. tapi xkan melupakan.
@kopi pasta
pergh.. syahdu gilak ayat ko. dah macam skrip nak salam tangan mak ayah time raya je. hoho.. ;P
tapi ketenangan jiwa memang takkan dapat dibeli.. walau sekaya manapon kita. ;)
perkara yang mulia namun sukar diselia. tapi boleh usaha.
meminta maaf dan memberi maaf sukar untuk dilaksanakan,, tpi kalau mampu buat,,tu dah ckup bgus,,
@محمد رازيق, @Poi Blogger
sebab tu Islam galakkan ummat dia jadi pemaaf. benda yang susah di dunia tapi menyenangkan kita di akhirat nanti. in shaa ALLAH.. ;D
maafkan sy jugak.... =)
Assalam. Memaafkan orang lain adalah perkara yang sangat mulia. In shaa Allah perbetulkan diri masing-masing. Done follow !
terima kasih byk2 sbb sudi follow blog arepnakbebel.com :)luqman follow blog nih jgk..hepi blogging.
Bhai Haryz...
Gua maafkan lu.... hahaha...
Thanks sebab singgah kat blog gua...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
maaf kadang senang buat kita , susah buat org lain .
memaafkan dan meminta maaf......amalan yg mulia...biarpun sekecil perkara.....
memang sukar nak memaafkan orang...
Tp, kalau kita nak orang maafkan kita... Maka belajarlah memaafkan orang dulu....
My recent post : Jom Serta : Projek Bloglist 2013 MQ-Network
teruskan menulis dan berkongsi..:)
memaafkan, tp bukan melupakan.. :D
forgive and forget..
kena ajar diri dan latih diri..
selagi itu, susah nak rasa bahagia... :)
setuju.kadang2 kita mudah nak cakap..'ala maafkan je la' tapi bila terkena batang hidung sendiri..kita ngan orng lain takde bezanya.
hati kena kuat,kita buka fikiran,terima kenyataan yang setiap org biasa melakukan kesalahan dan ada kalanya mereka terlupa dan mengulanginya kembali..
Jadi maafkan lah ye :)
Assalamualaikum..
sy mohon izin share ya..
tq..☺
Post a Comment