Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan semua. howdy-do?
Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
ekceli bukanlah kenangan apa sangat pon. saje je nak bagi gempak efek bunyi dia. hohoho… cumanya, tarikh 17 Januari ni sangat ‘bermakna’ kerana for the very first time aku berjaya buat birthday prank dekat kawan2 aku. (nampak sangat aku noob dalam bab2 camni. ye… aku sedar.) dan yang lebih epiknya (kot?)… kawan aku tu tak percaya langsung yang ‘kepala setan’nya (baca : mastermind) adalah… AKU. (si panda warrior yang ‘psychomaniac’.) muahahaha… uhuk uhuk… muahaha~
birthday prank yang dirancang tu takdelah gempak mana pon. biasa-biasa je. sekadar serangan bertalu-talu molotov cocktail (baca : belon berisi air) dan bom fosforus (baca : tepung). tapi yang seghonoknya sebab salah sorang dari kawan aku tu pernah dengan bangganya bagitau aku yang kawan2 beliau dari dulu lagi tak pernah berjaya buat birthday prank dekat beliau. (kata beliau la. taktau betul ke tak.) tapi aku mungkin percaya sebab pernah jugak aku dan beberapa kawan beliau berpakat untuk mem‘birthday-prank’kan beliau beberapa tahun sebelum tu… tapi GAGAL. makanya bila aku berjaya mem‘birthday-prank’kan beliau sekali lagi, dapat tak korang bayangkan berapa seghonoknya aku dan angkatan perang aku kerana rekod tanpa di‘birthday-prank’ beliau sudah tercalar? (muahahaha… gelak syaiton kepala dongga sekali lagi.) dan birthday prank tersebut merupakan the first and the last birthday prank yang akan aku organize. maybe… and just maybe. (cause I made a promise.) oh… yang sorang lagi kawan aku tu hanyalah mangsa kejadian yang tak berdosa. (maafkan diriku wahai sobat.)
detik-detik gumbira sebelum ‘perang’ meletus.
walaupon perkara ni dah lama berlalu (nama pon kenangan kan?), lebih kurang 3-4 tahun yang lepas, tapi tetap akan aku ingat sampai bila-bila. (selagi aku tak kena alzheimer.) bukan disebabkan ‘kejayaan’ aku tu, tapi mungkin kerana kawan2 aku tu antara kawan paling OHSEM pernah aku miliki. sahabat2 yang paling aku percaya dan aku hormati… dan paling sporting. (walaupon semua tu hanya kekal dalam kenangan je.)
dan yang terakhir kalinya, buat sahabat2 yang menyambut hari kelahiran masing-masing pada hari ni, 17 Januari 2013 bersamaan 5 Rabiul Awal 1434H, aku dengan BANGGAnya ingin melaungkan…
harapnya takde la antara kawan2 aku tu yang terbaca entri ni. puh kiri puh kanan puh depan puh belakang. sekian. wassalam.
********
* seronok kan bila kadang2 tu teringat balik memori zaman muda belia dulu. (bajet macam sekarang ni dah tua je…?)
* kenangan ni antara yang paling sukar nak dilupakan. sebab sekarang ni dah tak macam dolu2 lagi.
* aku reupload cerita ni sebab entri yang pernah aku buat dulu hilang ghaib entah ke mana. mungkin aku terdelete… kot.
* keyword hari ini : birthday prank.
9 comments :
dulu mase dekat u, batch aku selalunye bile smpai birthday, birthday boy akan kene campak dalam satu tasik dekat blakang hostel ktorang, termasuklah aku.haha.tasik tu air die agak stagnant, so, bau die pehhhh!!
nway, tu kenangan birthday aku..:)
ya... ankel po masih muda... kita geng...
@Anak Pak Muin
ada gak yang buat camtu kat U aku dulu. memang depan kolej kitorang tasik varsiti. ramai gak la budak2 yang kena lempar dalam tu. x kisah apa2 celebration, semua memang kena heret pastu lempar dalam tu..
@Uncle Jonni
masih muda?? stetmen meragukan.. haha~ ;P
kte pn tak pernah kena prank dgn kawan2~~ heee ~~
suka gila prank orang. tapi aku sendiri tak suka kena prank.
kalau birthday, memang jadi total paranoid. hahahaha
alhamdulillah setakat ni aku x penah kena birthday prank dan x pernah jugak organize birthday prank..haha..
kalau birthday prank yang kene baling2 telur tu sume tak penah lalui lagi huhu
tapi teringat masa besday ss tahun lepas. budak2 ni nak buat surprise lah kononnya. tapi, misi gagal haha
@sea_lavender
syukur la kan takde kawan2 yang suka prank. ;D
@Razil Tahir
memang perangai orang yang suka prank orang lain camtu eh? ;P
*padahal aku pon paranoid jap bila birthday aku. sebab xnak orang revenge.. hoho~ XD
@Lee-kun
tu la hostel life kalau nak tau. hehe.. ;P
tapi bagus gak takde yang prank. kalau melampau sangat takut ada yang sampai dendam..
@Siti Safiyyah
misi gagal? xpe.. try lagi this year. hehe.. ;D
hahah..aq pernah buat sekali prank masa befday kwn..siap record lg guna video cam..pastu suruh buat ucapan..masa bg ucapan tu satu kelas pecahkan telur kat kepala dia..huhu
Post a Comment