October 26, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera semua. hawau yu ol? ada baik ka tada baik?

Dalam diam tak diam, rupanya dah setahun masa berlalu. Cepat betul sampaikan langsung tak terasa kita semua dah semakin matang... kan? Dan sepanjang setahun yang tak berapa nak produktif bagi aku, banyak jugak peristiwa-peristiwa 'bersejarah' yang terjadi dalam hidup aku. Cumanya bila tak direkodkan dengan bebaik, maka hilang lenyapnya 'tinggalan sejarah' tersebut. (Dah macam tulis esei sejarah je la pulak?)

Ekceli, perkara utama dan terutama yang menyebabkan aku menyepikan diri semenjak dua menjak kebelakangan ni disebabkan beberapa penyebab. Yang paling utama adalah laptop aku dah rosak. Ya, betul tu. Laptop aku tetiba je rosak. sobsob... 😭😭😭 Dan lebih malangnya lagi, semua draf entri aku telah selamat 'berkubur' bersama dengan laptop aku. Makanya dapat tak korang bayangkan perasaan aku pada waktu dan ketika itu? ('Itu' merujuk kepada waktu laptop aku tetiba rosak depan mata aku tengah aku syok-syok updet entri blog aku. Padahal tengah buat 'benda' lain. 😳)

Kalaupon ada yang tanya kenapa tak draf balik idea-idea untuk entri blog aku, jawapan aku "A man brilliant idea, once gone is lost forever." 😝
Tapi takpe, dengan azam dan semangat baru di tahun hijrah yang baru ni, semoga saja aku mampu untuk mengekalkan semangat yang jitu dan padu untuk terus mengarang dan mengupdet dalam blog aku yang tak seberapa adanya ini. (nampaknya harapan tinggal harapan je la... macam tahun-tahun lepas.)



Sekian dulu dari saya di tv sepuluhbelas (baca : tv20). Kembali ke studio.

posted from Bloggeroid

September 7, 2014

Berkata Yang Baik Atau Berdiam Diri

assalamualaikum dan salam sejahtera.

lepas berkurun lama aku menghilangkan diri dari dunia maya blogger, akhirnya baru sekarang aku memunculkan diri semula. sebab musababnya… aku terlupa untuk update blog aku sebenarnya ada blog. (dah amnesia stage 5 ke apa? melampau sangat alasan tu. hohoho…)

ekceli bukan takde benda aku nak kabor… banyak sangat sebenarnya. tapi setiap kali jari-jari aku mula nak menaip atas papan kekunci… segala macam benda datang melintas dalam kepala otak ni. contohnya;
* betul ke apa aku tulis ni?
* aku ada terfitnah orang lain ke dalam entri aku ni?
dan yang paling membantutkan selera menulis  bila aku terfikir camni…
* ada ke yang sudi nak baca?
* entri aku ni tak semeriah dalam blog-blog lain kot? blogger-blogger lain siap ada yang lukis kartun lagi.

makanya, setiap kali aku mula nak menulis, aku akan termenung lama. pastu bila nak start tulis balik, aku mula termenung lama balik. berulang-ulang sampailah dah hampir tersiap menulis 1 entri. tapi… bila nak tekan button ‘Publish’ je, aku termenung lama lagi. at last, instead of aku tekan button ‘Publish’, aku ‘ter’tekan dengan sengaja button ‘Exit’. makanya terperap jugaklah draf isi-isi entri dalam memori otak aku saja.

*ok, tamat mukaddimah. sambung cerita sebenar*
(panjang gilak intro bak hang? awat tak tulis sampai buleh buat karangan spm je?)

dalam hidup aku, ada beberapa perangai yang susah aku nak kikis. (normallah, dah namapun manusia biasa kan?) antaranya, kemalasan tahap dewata raya peringkat keseratus lima puluh ribu yang bertapa dalam diri aku. tapi bukan topik ni yang aku nak ceritakan.
yang jadi persoalan dalam entri ni… susahnya untuk aku mulakan perbualan dengan orang lain. ye, kalau ada aktiviti ice-breaking, orang lain dah cair lama (siap berpom-pom bagai)… aku masih lagi keras membeku. tak kiralah orang yang aku baru kenal (especially) ataupun yang dah berzaman aku kenal diorang. punca sebenarnya adalah aku xtau isu apa yang nak aku buat topik borak kosong kitorang. seriously awkward isn’t it?

pernah waktu universiti dulu ketua jabatan aku cakap, dia sangat hairan dengan golongan-golongan macam ni. golongan yang xde idea nak buat borak. sebab kata beliau, “punyalah banyak topik kat dunia ni… punyalah banyak kejadian yang berlaku dalam dunia setiap hari. alih-aih boleh golongan ni kata xtau nak borak apa?” memang sampai sekarang rasanya ketua jabatan aku tu masih dalam kehairanan dan kemusykilan beliau.

I’m not sure why or how to explain it. but maybe, up to a certain level, being a pure introvert makes me having difficulties mingling with others well.

April 21, 2014

Selangkah ke Dunia Baru…

assalamualaikum warahmatullah n salam sejahtera.

hari ini bersamaan dengan 21/04/2014, bermulanya sebuah lagi episod baru dalam kehidupan aku. permulaan yang diharapkan bakal membuahkan hasil yang positif dalam perjalanan hidup aku. walaupun aku tidak punya pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut, namun berbekalkan keyakinan bahawa segala sesuatu yang telah ditakdirkanNYA punya hikmah dan rahsia yang tersendiri, aku cuba untuk berusaha mengorak langkahku satu persatu dalam dunia baruku ini.

April 14, 2014

IMPORTANT REMINDER : Pertukaran Domain.

salam alaikum n salam sejahtera.

dua tiga menjak kebelakangan ni baru aku terperasan yang domain lama aku (http://www.haryzkhairuddin.my/) ada problem. sebab setiap kali bila aku klik ‘View Blog’ dia tulis ada error.

404.error.url not found

haa… natang ni la yang selalu keluar tiap kali aku nak tengok blog aku. jadi nak tak nak terpaksa la aku tukar balik ke domain lama (http://haryzkhairuddin.blogspot.com/). harapnya keadaan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya.

sekian, berita jam 2.

* takpon mungkin aku terus je guna balik domain blogspot ni. free pon free. aku bukannya selalu mengupdet ye tak?

* ada tak korang encounter problem yang sama macam ni? apa mau buat kalau jadi camni?? any suggestion???

haryz signature

April 10, 2014

Mental Age Test : How Mature Are You?

[100th]

assalamualaikum n good day peeps. hawau yu?

dah lama aku tak menjolok menjenguk sarang tebuan aku ni kan? kenapa dan di mana tu takyah la korang tanya… rasa-rasanya jawapan dia korang dah buleh teka. hohoho…

ok, dalam perjumpaan kita kali ni, aku tergatal tekak pulak nak bercakap pasal usia minda (baca : mental age) aku. sebabnya… aku ada terbuat satu ujikaji makmal test berkaitan usia sebenar minda aku ni. test ni dikatakan berasal dari negara matahari terbit. [link] korang taknak try ke??

#kelipmatagatal

ada lebih kurang 31 soalan yang aku perlu jawab. dan hasilnya akan menunjukkan ‘usia’ sebenar minda aku (menurut kata pereka test tu la kan?). nak dipendekkan citer yang tak berapa nak panjang ni, sebabnya soalan-soalan tu korang buleh jawab sendiri dari link yang aku bagi tu. makanya, result test yang aku dapat tu adalah (jeng jeng jeng…)

February 24, 2014

Ayat-Ayat Cliché Memerangkap

assalamualaikum dan salam sejahtera. hawau yu? apa citer br1m korang? br1m dah masuk bank belum? hohoho…

#citerpasalmalamsemalam
tengah aku dok baca komen dalam salah satu entri aku, tetiba tergerak hati nak baca balik entri yang aku tulis tu. dalam entri tu aku ada bagitau pasal ‘ayat cliché’ yang digunakan kawan aku untuk mulakan perbualan. perbualan yang akhirnya mencetuskan sebuah tragedi. muahahaha…

lepas perbualan kitorang tu, memang aku ada bagitau dia yang aku selesa berborak dengan dia (aku ada tulis ke dalam entri tu?), but deep down in my heart aku masih lagi skeptik dengan orang yang tetiba jadi sangat baik dan sangat peramah dengan aku (evendoh dia bagitau aku ekceli dia dah lama perhatikan aku. tu yang dia make a move untuk berborak dengan aku. ‘well... that's makes thing even creepier’). aku setuju kalau ada yang cakap ‘being skeptic adalah satu tindakan atau perasaan yang tak berapa elok’. but as normal human being, aku tetap perlu berhati2... ye x? sekali tak pasal-pasal dipukaunya aku. zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku.

turns out my instinct was right. there's something 'else' yang dia nak perkenalkan kat aku sebenarnya. mulanya dia nak introduce aku to a youth community. (kiranya macam NGO untuk para belia remaja macam aku la.) but, that’s just a cover. masa mula-mula tu dia ajak aku pegi satu health centre untuk buat terapi. later on, lepas dah puas menarik ‘umpan’ segala bagai, terserlah la tujuan sebenar beliau untuk introduce aku to a ‘network marketing’ and their business plan (or whatsoever terms they’re using for it) yang dia dah join. macam senario-senario biasa yang aku jumpa dan hadapi dolu-dolu, I'm trying to take precautious step untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam lembah-lembah ‘MLM’ seumpama ni.

*tapi sekarang ni aku buatkan dia nampak macam jahat la pulak? macam ada hidden agenda je kan? well, secara jujurnya kitorang still berkawan. dia hanya promote something yang dia rasakan bermanfaat untuk aku… tu je. takde hidden agenda pon.*
jap, before I go on any further.. aku nak tanya. korang tau kan apa tu MLM? or network marketing? or franchising? or should I elaborate on it? perlu ke?? xpon nak lebih senang kalau korang tanya je kat makcik gugel.

ok. back to our topic. being a multi level marketer, or networker, or entrepreneur, or whatsoever terms they're refering to themselves nowadays... it makes no different to me. sebabnye bila kita refer business plan masing2… there are similarities in one another. terms boleh ditukar-tukar mengikut kehendak pasaran dan syarikat masing-masing. and practically, I’m not saying that all companies are the same. all are scams. there are those who truly want to help those who are needed. even though they're bound under the same act. so, don’t get me wrong. apa yang penting adalah ‘business plan’ yang dorang gunakan. tu yang menentukan hala tuju dan pengagihan keuntungan sesebuah syarikat untuk ahli-ahli mereka.

lastly, for the time being I may not be going deep into this issue. dan aku pon sekarang ni tak berapa minat nak join mana-mana syarikat yang menawarkan 'peluang keemasan' macam ni…kot. and seriously, I'm also not going to wage a war against those who've been into this industries. sebab setiap orang ada hak dan prinsip masing-masing. ye la, Allah dah bagi akal dan petunjuk kat setiap orang kan? dah boleh bezakan antara baik dengan buruk. cumanya yang aku musykilkan, perlu ke untuk kita terima bulat-bulat setiap ‘fakta’ yang diperkatakan oleh orang-orang atasan (baca : upline) tentang produk masing-masing? even fakta sains pon masih banyak yang boleh dipertikaikan… ye x? if not, takkan la saintis keep on buat penyelidikan demi penyelidikan yang menelan kos bukannya sikit dan masa yang bukannnya sekejap.

sekian, wassalam.

***********

* aku agak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan kata-kata orang. makanya menjadikan aku sasaran yang mudah terjerat dan dimanipulasikan. haih…

* aku mungkin tak ditakdirkan menjadi seorang usahawan. ye la… setiap orang ada bidang kepakaran masing-masing. dan aku sendiri ada kepakaran-kepakaran yang perlu  aku polish lagi. macam para sahabat radiallahu anhum ajma‘in, tak semuanya jadi ahli perniagaan. ada yang jadi ahli politik, perladangan, penternakan, dan ada jugak yang kerja makan gaji.

* aku ada jumpa webpage yang dorang create untuk sebarkan info tentang produk-produk MLM yang menipu pengguna. kalau berminat, korang boleh terjah kat sini.

HK sign

February 21, 2014

Baik Buruk Bekerja Dari Rumah

sebuah sketsa petang di sebuah rumah kos sederhana di kawasan pinggiran bandar;

Mak Eton : kau ni Mat, asyik duduk depan laptop je. pergi la keluar cari kerja.
Mamat : saya tengah kerja la ni Mak. tak nampak ke?
Mak Eton : tengah kerja apa ke namanye? seharian terperap dalam rumah je Mak tengok. cuba jadi macam Mail anak Pak Majid sebelah rumah tu. dari pagi bawak ke malam keluar bekerja. ni kau asyik dengan laptop kau tu aje 24jam. haih… apa nak jadi la dengan kau ni?
Mamat : laa… dah saya memang kerja dari rumah. buat apa nak keluar pegi kerja pulak?
Mak Eton : banyak la kau punya kerja dari rumah tu?
Mamat : ala Mak… buat apa nak ikut orang? asalkan saya cari kerja halal cukup la.
Mak Eton : ada aje la jawapan kau tu. aku suruh cari kerja banyak pulak alasan kau bagi. haih… bertuah punya anak. =.="

kerja. bekerja. pekerjaan. siyesly ada macam-macam jenis pekerjaan kan? setiap orang pasti takkan terlepas dari fasa kehidupan ini, betul tak? tapi adakah definisi bekerja tu memerlukan kita untuk…

keluar pagi balik petang
kadang kala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang

betul ke dengan hanya kita keluar dari rumah baru dikatakan sebagai keluar bekerja? keluar mencari rezeki? perlu ke untuk kita mengikut arus kehidupan semasa untuk dikategorikan sebagai seorang pekerja?

bagi aku on one side, memang kita ‘diberi’ pilihan untuk bekerja makan gaji (x kira la dengan gomen ataupon swasta) kalau nakkan pendapatan yang stabil dan terjamin. but on the other side, sampai bila…? sampai bila perlu menjadi manusia yang bekerja makan gaji? sebabnye… dengan makan gaji manusia takkan mungkin jadi kaya-raya.

sampai bila…?
sampai bila… begini?

dan bekerja sendiri atau berniaga pulak punya risiko tersendiri yang berbeza. well, life is full of risk. you have to face it no matter what, when or how? agree? bertambah ‘risiko’nya pulak untuk golongan yang introvert dan procrastinate… macam aku ni kan? (hahaha… banyak betul alasan kau.)

3 typeso… which one is us???

as a conclusion pasal topik ni (tetiba dah conclusion pulak kan?), apa pandangan korang tentang bekerja dari rumah? is it something yang korang pernah lakukan? sudah lakukan? atau bakal lakukan? kongsi-kongsi la idea dan pengalaman (kalau sudi). sekian, wassalam.

February 6, 2014

Nak Cari Kayu… Nak Cari Kayu…

Camera 360kayu.
ada banyak jenis kayu.
ada kayu yang mahal harganya dan ada jugak sebaliknya.
ada jenis kayu yang berkualiti.
ada pulak yang kurang kualitinya.
ada kayu yang duduknya di tempat sejuk.
ada pulak yang letaknya di bawah terik mentari.
ada kayu yang mampu diperoleh sendiri.
ada kayu yang perlu bergantung dengan pihak lain untuk mendapatkannya.
ada kayu yang susah dicari.
ada kayu yang bertaburan di tepi jalan.
ada kayu yang memerlukan modal yang besar untuk mendapatkannya.
ada kayu yang memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk mendapatkannya.
ada kayu untuk kelas atasan.
ada kayu untuk kelas bawahan.
ada kayu yang memberi pulangan yang lumayan.
ada kayu yang sekadar cukup makan hasilnya.

walau apa keadaan sekalipun, usaha mencari kayu tetap memerlukan ilmu, kemahiran, kesungguhan dan pengorbanan yang berbeza-beza.

dan perlukah usaha mencari kayu menjadi agenda utama hidup?

apa jenis kayu yang sesuai dengan citarasa korang??

 

 

 

 

 

 

 

p/s : sekarang tukarkan istilah ‘kayu’ dengan ‘kerja’.

January 1, 2014

Handbook 2014

assalamualaikum n good day. hawau yu (read : how are you)???

last night, a buddy of mine messaged me about this particular handbook or ‘so-called guidelines’ to be implemented throughout this coming year and the years after. after reading it, I kept thinking… ‘wouldn’t it be wise to share it with my fellow blogger buddies’. don’t you guys think so…??? anyhow, let’s on with the show~

love yourselfHEALTH

1. drink plenty of water or at least 8 glass of water a day.
2. eat breakfast like a king, lunch like a prince n dinner like a beggar.
3. live with 3 E's -
   energy,
   enthusiasm,
   empathy.
4. make time to pray.
5. play more games. (outdoor games obviously)
6. read more books than you did in past years. (cause reading is the source of knowledge… right?)
7. sit in silence (meditation) for at least 10 minutes every day.
8. sleep for 7 hours each day. (depending on your age)
9. take a 10 - 30 minutes walk daily n while you walk… 'SMILE'.

PERSONALITY

1. don't over do yourself. keep your limits. (but don’t let life restrict you. you’re meant for something great.)
2. don't take yourself seriously. no one else does.
3. don't waste your precious energy on gossiping.
4. dream more while you're awake. (but don’t daydreaming. it isn’t good for your job.)
5. envy is a waste of time. you already have all you need. (be grateful!)
6. forget issues of the past. don't remind you partner with his/her mistakes in the past. this will ruin your present happiness.
7. life is too short to waste time on hating anyone. don't hate others... n especially don't hate yourself. (everyone is unique. treasure it!)
8. make peace with your past so it won't spoil your present.
9. no one is in charge of your happiness except you.
10. smile n laugh more. (just don’t act in  the wrong way.)
11. you don't have to win every argument. agree to disagree.

SOCIETY

1. call your family often.
2. each day give something good to others.
3. forgive everyone for everything. (just make sure they don’t repeat the same mistake twice.)
4. spend time with people over the age of 70 n below 6. (it’ll make you appreciate your life.)
5. try to make at least 3 people smile each day.
6. what other people think of you is none of your business.

keep positiveLIFE

1. do the right thing! (even if everyone try to say otherwise.)
2. ALLAH heals  everything.
3. however good or bad a situation is, it will change… through time. (so, give yourself time to heal.)
4. no matter how you feel…
   get up,
   dress up n
   show up.
   the best is yet to come.
5. when you’re awake in the morning, thank Allah for it.
6. your inner most is always happy. so, be happy... n have no worries (hakuna matata).

so… that’s it then. have fun in your coming year. may we be blessed by ALLAH Subhana wa Ta’ala in every step we take in our life. =D

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

*******

1. it’s been awhile since my last update. I think my writing skill have been a little rusty. need a lot of time to ‘clean’ it n make it as brilliant ‘shine’ as before. huhu…

2. the best n most perfect guidelines ever been pass down through generation are the verses of The Holy Qur’an. however, it will be meaningless unless we put an effort to understand the verses n apply it in our daily life. (al-Baqarah 2 : 2)