November 19, 2013

First Impression…

assalamualaikum warahmatullah geng. hawau yu?

“ko haris, x sangka banyak cakap jugak rupanye. ingatkan pendiam…” (n*n*)

itulah antara komentar awal seorang rakan ketika baru berkenalan denganku. bermulanya perkenalan kami ketika dia ingin menanyakan sesuatu mengenai aplikasi Android. (sangat cliché bunyinye… kan? huhuhu.)

tidak dinafikan, kebiasaannya kita cuba untuk membina ‘karakter’ seseorang yang ingin kita dekati terlebih dahulu sebelum kita mula mengenali mereka secara lebih dekat. setiap penilaian tersebut selalunya berdasarkan pada apa yang kita perhati, dengar dan rasakan… betul tak?

begitu juga halnya dengan rakan-rakan yang baru mengenaliku. ada di antara mereka yang mendiamkan sahaja penilaian yang dibuat terhadap aku. dan tidak kurang juga yang menyuarakannya. tapi ada kalanya, penilaian yang mereka buat agak berbeza dari karakter sebenar aku. bukan saja mereka, malah aku sendiri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut. (ofkkos la… dah nama pon manusia biasa kan?)

cumanya bagi aku, penilaian tersebut kebiasaannya akan dipamerkan dalam bentuk reaksiku terhadap mereka. ada kalanya aku bersikap bersahaja ketika mereka menegurku. ada masanya aku menjadi seorang yang peramah. biasa juga aku sekadar diam membisu seribu bahasa seperti seorang pemerhati lagaknya. (biasa la… introvert person katakan.) berkelakuan pelik dan kebudak-budakan jugak pernah diperlihatkan… walau tidak selalu. segala reaksi atau ‘penilaian’ yang aku pamerkan adalah berdasarkan intuisiku (baca: gerak hati) terhadap mereka.

be concerned

so… apa first impression korang tentang aku??? care to share…???

 

Notahujungkaki:
1. my 1st come back! akhirnya…!! berusik jugak blog aku ni lepas sekian lama penuh dengan habuk & sawang lelabah.
2. hidup dah mula nak tenang sikit. dah mula nampak ‘pulau’ di hujung pengembaraan… walaupun masih berkabus tebal lagi. etlis lagi ok la dari sebelum ni yang tak tentu hala tuju.
3. kali ni hanya 'short update' je dulu. in shaa Allah dalam masa terdekat aku kasi story lagi. dah lama tak panaskan ‘enjin’ kan? kena la pelan-pelan kayuh dulu.

June 3, 2013

Sepi

I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and I walk alone

love yourselfSepi… walau dalam kebisingan suara dunia,
hanya kesunyian yang menyelubungi hidup ini.
Sepi… walau diri ini dikelilingi manusia,
namun tetap sahaja dunia ini seakan bisu dan tuli.
Sepi… walau diri ini bergerak bebas menongkah arus dunia,
namun jiwa ini seakan-akan terperangkap kaku di dalam kurungan realiti.
Sepi… hidup ini terasa kosong, kelam dan sunyi;
serasa hidup ini ibarat berseorangan di dunia yang terlalu asing sekali.

Apakah puncanya diri ini berkeadaan sebegini?
Apakah yang menghalangi suara-suara luar dari mengisi kebisuan diri?
Apakah yang membatasi sinaran cahaya dari menerangi seluruh pelusuk dunia kecil ini?
Apakah mungkin segalanya berpunca dari diri yang kerdil ini?

My shadow's the only one that walks beside me
My shallow heart's the only thing that's beating
Sometimes I wish someone up there will find me
'til then I walk alone

May 16, 2013

The Road Not Taken…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah korang semua. apa khabar orang kampung? hawau yu?

wrong & right

“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaimana ia bermula; maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang asing itu?” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (hadith riwayat Muslim)

alone in crowded

“…Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as-Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (10)

March 26, 2013

Duniaku Kini Kian ‘Terisi’…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah kawan-kawan semua. howdy-do? lama gilak aku menyepi kan? ke takde yang perasan…? T__T

workingkebelakangan ni aku dah makin jarang… atau bahasa kasarnya malas nak mati untuk mengemaskini blog aku.  sebabnya… sekarang ni aku dah bertambah SATU lagi status dalam hidup aku… iaitu sebagai seorang pekerja a.k.a ‘research assistant’. kerja ni baru saja aku dapat… boleh kata lebih kurang dalam sebulan jugalah. atau kira-kira dua minggu dari tarikh entri sebelum ni.

mulanya aku harapkan bila bertambahnya skop kerja aku tu makanya akan bertambahlah idea aku untuk mengemaskini blog… kan? malangnya, untuk permulaan…. segalanya hanya tinggal harapan semata-mata. huhu~

tapi bila dah lebih kurang sebulan aku mula bekerja… bila aku renung-renungkan balik apa yang aku cakapkan tu, sebenarnya perkara tu bukanlah satu jawapan yang bernas. bukannya suatu sudut pandang terbaik untuk diri aku sendiri. sebabnya, segala apa yang terjadi di sekeliling aku boleh aku jadikan idea untuk mengemaskini blog aku yang bersawang dan bertukun tiruan ni. betul tak?

good daymakanya, sekian saja untuk permulaan pekerjaan kerjaya aku. kemungkinan bakal menyusul perkembangan-perkembangan seterusnya selepas ini. in shaa Allah…

********

* ada gaya penulisan orang dah berkerjaya tak? (muahahaha… lawak gilak. baru sebulan kerja dah berlagak kan? memang dasar budak tak cukup perhatian betul.) sebenarnya aku sengaja tulis sebegini… nak mencari mood baru katanya. hehehehe~

* status aku yang lama iaitu seorang pelajar masih kekal. sebab itu aku katakan ‘bertambah’ lagi status hidup yang baru.

* bila kita bersemangat untuk menyelesaikan seseuatu pekerjaan, kita jarang merasa penat. (tapi mungkin kadang-kala kita merasakan masa mencemburui kita.) sebabnya, kita seboleh mungkin berusaha mencari jalan penyelesaiannya… betul tak?

* harapnya cara penulisan aku ni tidak lari jauh dari cara penulisan asal aku?

Haryz Khairuddin (4)

March 10, 2013

Why Do You Have To Be So Negative…?

kenapa perlunya engkau sentiasa bersikap negatif? kenapa perlunya engkau merasakan manusia seluruhnya membencikan dirimu? kenapa perlunya engkau bermain-main dengan perasaanmu yang entahkan betul entahkan tidak… sehingga memburukkan persepsimu sehari-harian? kenapa perlunya semua itu?

bukankah dirimu merupakan ‘magnet’ terkuat untuk hidupmu? segala sesuatu yang melekat padamu berpunca dari pemikiranmu sendiri. dan jangan kau lupa akan kekuasaan yang mengatasi segala kekuasaan. bukankah DIA juga mengingatkan supaya menjernihkan persangkaanmu terhadapNYA? ‘Sesungguhnya AKU sesuai dengan persangkaan hambaKU.’

juga jangan dilupa segala yang berlaku telah terlebih dahulu ditetapkan di dalam kitab induk di sisi Penciptanya. segala yang tersurat pasti ada yang tersirat. yang mana hanya dengan menggunakan mata hati sahajalah perkara-perkara tersebut kelihatan jelas dan terang hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

jangan engkau gusar akan keadaan dirimu. jangan engkau ragu tentang matlamat hidupmu. dan jangan pula engkau bersedih menjalani liku-liku kehidupanmu. sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah membebankan dirimu dengan perkara-perkara yang tidak mampu dipikul olehmu. percayalah! tiada suatu perkarapun yang berlaku dalam hidupmu secara sia-sia. segalanya merupakan natijah dari perlakuanmu yang terkandung hikmah di sebaliknya. hanya saja mampukah dirimu sebagai hamba dan makhluk yang lemah lagi dhaif menggapai maksudnya ataupun tidak?

yakinlah pada Penciptamu. yakinlah pada kekuasaan Tuhanmu. yakinlah padaNYA. sesungguhnya DIA tidak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNYA. TIDAK AKAN PERNAH WALAU SEKALIPUN. yakinlah dan bersangka baiklah padaNYA walau dalam apa juga keadaan sekalipun.

dan hormatilah serta bersangka baiklah juga pada hamba-hambaNYA yanga berada di sekelilingmu… walau berkali-kali engkau disakiti. walau bermacam-macam cubaan yang ditimpakan ke atasmu. bersangka baiklah engkau pada manusia. kerna dikhuatiri musuh-musuhmu akan bersorak gembira sekiranya engkau akhirnya terpengaruh dengan hasutan dan terjebak dengan percaturan mereka. yakinlah! sesungguhnya Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu. tidak pernah membiarkan bersendirian. tidak pernah membiarkan keseorangan terkapai-kapai di dalam kegelapan dan kebingungan. melainkan dikurniakan kepadamu petunjuk untuk mengikuti jalan yang lurus serta dikirimkan penolong-penolong yang ikhlas menjalankan tugas mereka menolongmu melepasi setiap cabaran dan mehnah di sepanjang perjalanan kehidupanmu.

jangan menyesal

bergembiralah wahai diri… sesungguhnya engkau sentiasa berteman. tidak pernah walau sedetikpun dibiarkan engkau keseorangan.
bergembiralah wahai diri… tetapkanlah matlamat hidupmu, kerna sesungguhnya hidupmu hanya untuk Tuhan yang menciptakanmu.
dan bergembiralah wahai diri… kerna itulah sumber kekuatanmu yang abadi.
janganlah engkau khuatir dan jangan pula engkau bersedih. sesungguhnya Tuhanmu akan sentiasa bersamamu…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (1)