January 9, 2012

The True Meaning of Friendship…

assalamualaikum guys.

1    untuk bacaan lebih lanjut, klik link di sebelah… (9gag – friendship).

*kalau ada problem dgn gambar tu, klik terus link tu. sekian.*

********

* seronok kan bila ada kawan camni? tak kisah la walau teruk bergaduh macam mana sekalipon, pasti akan berbaik semula. tapi untuk dapat kawan camni, kita sendiri kena jadi camtu dulu… betul x?

* ‘Family n Friends’. dua golongan ni yang sentiasa ada dengan kita masa susah n senang. jadi hargai mereka… ;D

HK sign (5)

January 1, 2012

2012 Membuka Tirai Baru. But… I’m Still Me

assalamualaikum.

sebelum terlambat, aku nak wish jugak “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2012!!!” harapnye korang malam semalam sambut dengan bende berpekdah la ye… contohnye macam pergi dengar tazkirah dari ostad2 dan ostazah2. takpon dari imam2 mude ke… kan? (macam malam semalam Ustazah Siti Norbahyah datang kat tempat aku n Imam Mude Asyraf kat Dataran Shah Alam kan.) so, happy new year guys. tapi yang tengah nak final exam tu ingat2 jugak kat paper2 korang tu. toksah nak celebret gempak2 sangat. pas abih final exam nanti kita celebret la puas2. (aku cakap camni sebab aku tengah nak final exam ni. lagi 2 minggu. so takleh nak main tembak2 bunga api cam kat klcc tu. waaaa…!!!)

celebrate with friend

aku bile masuk tahun baru (tak kira la tahun masihi atau hijrah), aku selalunye akan terkenang balik peristiwa2 yang berlaku dalam hidup aku. (ekceli tak tahun baru pon aku selalu pikir gak natang alah ni. dah takde bende nak pikir kot…) tak kesah la yang manis atau pahit, yang suka atau duka, yang menyakitkan hati or yang menggumbirakan hati… semuanya akan rewind balik dalam otak aku ni. tapi kan… yang tak berapa nak bestnye, dalam banyak mase dan keadaan aku lebih banyak flash back bende2 yang sedih, pahit or menyakitkan hati. mungkin dah personaliti aku macam ni… kot.

jadi dalam blog berhabuk n bersawang aku yang tak berapa nak fames ni, aku nak susun jari2 tak berapa nak runcing aku ni nak mohon maaf banyak2 kat semua orang yang aku ada dan pernah buat salah. tak kesah la salah kecik ke salah besar. yang gaduh2 mesra sampai yang putus2 kawan n dah tak bertegur sape. kiranye dengan sumorang la aku nak mintak maap ni. (hopefully ada yang sudi maapkan aku. n kalau ada yang aku mintak maap face-to-face, bring it on! muahahaha…!! sila PM aku. kite wat apoinmen. n satu lagi, sebarang surat-menyurat takkan dilayan. hohoho.)

I KNOW I’M NOT BEING THE BEST THAT I COULD TO ALL MY FRIENDS. SO I SINCERELY HOPE FORGIVENESS FROM MY FRIENDS OUT THERE…

********

* aku ade dengar sabda Nabi SAW, “mana2 umat Islam yang bergaduh n tak bertegur sape lebih dari 3 hari, solat mereka tergantung2 di langit. tak kira la sape salah n sape betul, solat dua2 orang tu akan tergantung2. n kalau mati, dua2 tak cium bau Syurga.” nauzubillah. (takutnye. buat amal banyak2 n penat2 tapi Allah SWT tak terima sikit pon.)

* WARRRGGGHHH!!! aku tak caye aku dah masuk tahun baru!!! TIDAK!!!! nehi nehi… kabinehi…!!! kejap gile aku rase dok dalam 2011 ari tu…! this just a dream rite…??? rite??? rite guys…??? (lol. mode takleh terima kenyataan dah makin tua… hahaha~ sila jangan gelak.)

HK sign (6)

December 26, 2011

I Shouldn’t Have Said That…

assalamualaikum. semenjak dua menjak bermenjak-menjak kebelakangan ni kalau korang perasan aku dah tak updet blog aku. sampaikan stat counter pon dah tunjukkan nombor ‘0’. haih… bukannye taknak updet, tapi minggu lepas aku memang betul-betul bizi. sungguh. tak bohong. packed giloz jadual aku dengan testnye, group esaimennye, individual esaimennye, presentationnye, kelas gantinye… kiranye betul-betul packed la aku minggu lepas. jadi, nak taknak terpakse la aku korbankan blog aku sekejap. kita kena utamakan yang lebih utama (tapi one utama tak termasuk dalam list), betul tak?

evendoh sekarang ni aku dah chillex sekejap, tapi tu tak bermakna ke‘chillex’an aku tu berpanjangan. sebab aku tengah dalam mode minggu belajar (study week) pulak, which mean my final exam is just around the corner. n I’m not gonna say much about this topic. biar la takdir yang menentukan segalanye… (cam haram!)

apa yang aku nak share kat korang semua ialah benda yang terjadi after my last presentation ari tu. waktu tu aku n kawan aku tengah borak kosong pasal presentation kitorang. so… ikuti conversation kitorang dengan kartun kat bawah ni. (important reminder: link borak kosong tu bukan link blog kawan aku tu. saje je aku letak link. nak kasi kalerful. hahah???)

i shouldn't have said that(tang mana sama ntah burung antu ngan setan. jauh sangat bezanya kot…)

so? paham tak korang semua? “sometimes the same joke with slightly different word used can give different meaning and totally different impact.” rasanye la… kot. tapi apepon aku nak mintak maap banyak-banyak, nak mintak ampun siap-siap kat semua kawan-kawan n ahli family aku kalau ada kata-kata aku yang buatkan korang terasa hati. sometimes I’m not meant to say those thing… tapi benda tu automatik terkeluar dari mulut ni… nak buat camane kan? (mungkin aku dapat dari genetik bapak aku kot… kot la kan? huhu. dah salahkan genetik pulak.)

sorry

********

* kadang-kadang kita tak sedar ada kata-kata kita yang buat orang terasa hati. n kadang-kadang ada tingkah laku kita yang buatkan orang tersinggung. walau banyak mana kesalahan kita sekalipun, jangan malu untuk mintak maap. moga hati kita akan tenang dengan kata maap dari orang sekeliling kita. peace…

* tapi aku sorang yng pemalu. so how? what to do? (pemalu la sangat… blah~)

HK sign (5)

December 11, 2011

Abu Bakar Al-Siddiq : The Successor

“Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamanNya, jika di Madinah ini sudah tidak ada lagi orang selainku yang bersedia memerangi para pengingkar zakat, tentu mereka akan kuperangi sendirian!”

========================================================

di saat umat Islam kebuntuan dan hilang arah tujuan dek kerana wafatnya kekasih hati yang paling mulia, berdirilah beliau menenteramkan hati para sahabat dengan sepotong Kalamullah.

di waktu Kota Madinah diancam oleh golongan murtad dan golongan pengingkar zakat, bangkitlah beliau memimpin umatnya bagi memerangi mereka, menuju kemenangan besar yang mutlak.

walau tempoh pemerintahan hanya sekejap cuma, akan tetapi jasa dan pengorbanan beliau berjaya menyatukan seluruh jazirah Arab di bawah kedaulatan Islam. sekaligus menyebarkan cahaya Islam yang terang-benderang ke seluruh dunia.

beliaulah sahabat yang paling mulia budi pekertinya, imannya yang terlalu mantap hinggakan tiada manusia sebelum dan sesudahnya yang berupaya menandingi, yang paling kasih dan yang paling khuatir akan keselamatan kekasih hatinya, serta paling utama martabatnya di sisi Rasulullah SAW.

pada hari meninggal dunianya beliau, bumi Madinah bergetar kerana sedu-sedan para sahabat. dalam kesenduannya, Ali bin Abi Talib KW berkata; “Engkaulah orang yang imannya paling sempurna. Engkaulah orang yang keyakinannya terhadap Islam tidak pernah goyah. Engkaulah orang kaya yang paling dermawan. Engkaulah orang paling berjasa terhadap keselamatan Rasulullah SAW. Engkaulah orang yang paling mencintai agama Islam. Engkaulah orang yang paling mirip dengan Rasulullah SAW dalam budi pekerti, kemuliaan dan hidayah. Engkaulah orang yang percaya kepada Rasulullah SAW ketika semua orang menganggapnya dusta.”

sesungguhnya beliau adalah…

Abu Bakar As-ShiddiqAbu Bakar as-Siddiq, sahabat paling utama dan bapa mertua Rasulullah SAW.

********

x) ok. I’ve to admit, I'm not an excellent reviewer. but one thing for sure, this book is worth reading.

x) betapa mulianya pekerti sahabat Nabi SAW, Abu Bakar as-Siddiq RA. tak pernah meragui n tak pernah mempertikaikan sedikitpun keputusan Nabi SAW. tingginya peribadi beliau yang hampir menyerupai peribadi Nabi SAW, kekasih hatinya.

x) sayang seribu kali sayang (ceyh… berpuitis lak aku), ada jugak golongan-golongan yang mengaku dirinya Islam tapi sanggup mengkritik para sahabat Nabi SAW. apa punya ‘mental’lah dorang ni. (yang non-Muslim aku tak berapa bengang sangat. sebab dorang non-Muslim… kan?)

sekian, wassalam.

 

“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (10)

December 10, 2011

Eleh… Nampak Je Baik, Tapi Buat Jahat Jugak.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

pernah tak or selalu tak korang terdengar, tak kisah la kat mana-mana pon. kat tibi ke, radio ke, manusia-manusia sekeliling korang ke… ayat-ayat or sketsa-sketsa macam kat bawah ni;

“eleh si Mamat tu, cakap macam alim sangat, macam warak sangat… tapi dia tu kaki botol jugak dulu. ingat bila dia bajet alim camtu orang tak tau la kisah silam dia. boleh jalan la…” (sindir Amin ketika ditegur sikapnya yang suka mengunjungi kelab-kelab malam.)

ataupun;

“takyah nak cakap banyak la Peah oii… kau suruh orang berhijrah bagai sempena tahun baru ni, tapi perangai kau masih tak berubah-ubah jugak. masih sama jugak aku tengok…” (komen Bedah kerana sikapnya yang suka menangguhkan kerja sampai dateline.)

ataupun;

“korang tau si Minah tu, nampak je baik. jaga aurat bagai, semayang tak pernah tinggal, tapi dia tu dah takde dara. selalu buat dengan balak dia time dorang kapel dulu-dulu…” (gosip terbaru Joyah yang disebarkan kepada rakan-rakan sekerjanya.)

ataupun;

“weyh Apit! kau kalau dah penagih tu memang sampai mampos pon penagih jugak la. takyah nak tunjuk baik sangat. bajet dah insap la konon!!! ptuih…” (jerkah Badrol ketika terserempak dengan Apit di tangga surau.)

memang ada banyak lagi senario yang hampir sama macam kat atas ni. cuma aku malas keberatan je nak listkan satu-persatu. tapi aku harap korang paham apa yang aku nak sampaikan kali ni.

********

so, moral of the story :-

1. betul ke nilai seseorang individu Islam ditentukan oleh sejarah silamnya? adakah ini mentaliti yang dibawak n diajarkan oleh Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad SAW? cer jawab sikit…

2. kalau jawapan korang ‘YA’, aku nak tanya korang; rasa-rasanye Saidina Umar al-Khattab RA akan dilantik ke menjadi khalifah Rasulullah SAW yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakr as-Siddiq RA? dan diangkat menjadi sahabat kanan Rasulullah SAW?

3. apa bezanya manusia dengan makhluk terkutuk Iblis laknatullah kalau kita merasakan diri kita lebih mulia dari orang lain (terutamanya golongan-golongan yang pernah buat kesalahan besar dalam hidup diorang)? bukan ke Iblis pon rasa diri dia lagi mulia dari Nabi Adam AS? so, korang fikir-fikirkan…

4. kita kadang-kala mengamuk gila n siap melaknat golongan yang buat kesalahan-kesalahan besar ni, tapi… apa tindakan kita bila diorang dah insaf n cuba untuk perbaiki diri? adakah kita bantu diorang atau kita kutuk diorang kaw-kaw lagi? n apa tindakan kita untuk tarik diorang bagi paham Islam dengan erti kata yang sebenar-benarnya (tiada yang benar melainkan benar-benar belaka)?

don't judge me by my past

*We always be the best lawyer for our faults and the greatest judge for other’s mistakes.* (rulduff van lys)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

 

 

 

P/S :- alhamdulillah… terpublish jugak idea tak seberapa aku ni lepas berminggu-minggu terperap kat sudut bilik aku. hehehe…

HK sign (9)