December 10, 2011

Eleh… Nampak Je Baik, Tapi Buat Jahat Jugak.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

pernah tak or selalu tak korang terdengar, tak kisah la kat mana-mana pon. kat tibi ke, radio ke, manusia-manusia sekeliling korang ke… ayat-ayat or sketsa-sketsa macam kat bawah ni;

“eleh si Mamat tu, cakap macam alim sangat, macam warak sangat… tapi dia tu kaki botol jugak dulu. ingat bila dia bajet alim camtu orang tak tau la kisah silam dia. boleh jalan la…” (sindir Amin ketika ditegur sikapnya yang suka mengunjungi kelab-kelab malam.)

ataupun;

“takyah nak cakap banyak la Peah oii… kau suruh orang berhijrah bagai sempena tahun baru ni, tapi perangai kau masih tak berubah-ubah jugak. masih sama jugak aku tengok…” (komen Bedah kerana sikapnya yang suka menangguhkan kerja sampai dateline.)

ataupun;

“korang tau si Minah tu, nampak je baik. jaga aurat bagai, semayang tak pernah tinggal, tapi dia tu dah takde dara. selalu buat dengan balak dia time dorang kapel dulu-dulu…” (gosip terbaru Joyah yang disebarkan kepada rakan-rakan sekerjanya.)

ataupun;

“weyh Apit! kau kalau dah penagih tu memang sampai mampos pon penagih jugak la. takyah nak tunjuk baik sangat. bajet dah insap la konon!!! ptuih…” (jerkah Badrol ketika terserempak dengan Apit di tangga surau.)

memang ada banyak lagi senario yang hampir sama macam kat atas ni. cuma aku malas keberatan je nak listkan satu-persatu. tapi aku harap korang paham apa yang aku nak sampaikan kali ni.

********

so, moral of the story :-

1. betul ke nilai seseorang individu Islam ditentukan oleh sejarah silamnya? adakah ini mentaliti yang dibawak n diajarkan oleh Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad SAW? cer jawab sikit…

2. kalau jawapan korang ‘YA’, aku nak tanya korang; rasa-rasanye Saidina Umar al-Khattab RA akan dilantik ke menjadi khalifah Rasulullah SAW yang kedua menggantikan Saidina Abu Bakr as-Siddiq RA? dan diangkat menjadi sahabat kanan Rasulullah SAW?

3. apa bezanya manusia dengan makhluk terkutuk Iblis laknatullah kalau kita merasakan diri kita lebih mulia dari orang lain (terutamanya golongan-golongan yang pernah buat kesalahan besar dalam hidup diorang)? bukan ke Iblis pon rasa diri dia lagi mulia dari Nabi Adam AS? so, korang fikir-fikirkan…

4. kita kadang-kala mengamuk gila n siap melaknat golongan yang buat kesalahan-kesalahan besar ni, tapi… apa tindakan kita bila diorang dah insaf n cuba untuk perbaiki diri? adakah kita bantu diorang atau kita kutuk diorang kaw-kaw lagi? n apa tindakan kita untuk tarik diorang bagi paham Islam dengan erti kata yang sebenar-benarnya (tiada yang benar melainkan benar-benar belaka)?

don't judge me by my past

*We always be the best lawyer for our faults and the greatest judge for other’s mistakes.* (rulduff van lys)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

 

 

 

P/S :- alhamdulillah… terpublish jugak idea tak seberapa aku ni lepas berminggu-minggu terperap kat sudut bilik aku. hehehe…

HK sign (9)

No comments :