~Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum warahmatullah. hola everyone… howdy-do?
siapa kat sini yang tak pernah tau pasal kewujudan nasi ayam? ye, nasi ayam. atau dalam bahasa femesnya chicken rice shop? evendoh aku yakin memang ada segelintir yang tak pernah tau pon pasal menatang ni, tapi bukan topik tu yang aku nak citer. al kisahnya, aku ada terserempak dan tertengok satu short film hasil usahasama vloggers kat mesia… katanye. short film tentang sekor sorang hamba Allah yang sedang berpuasa di bulan puasa dan berhajat untuk beriftar (baca : buka puasa) dengan nasi ayam.
maka apakah hamba Allah tersebut berjaya mencapai hajatnya? jom sama2 kita tonton.com.my short film tersebut…
ada sesape yang ada problem untuk ‘menghayati’ short film kat atas? mungkin kelajuan internet korang tahap siput tenuk khinzir barangkali? nak aku bagitau sinopsis dia ke? nak ke? nak ke? erm… ok. citer dia bermula camni. hamba Allah tu berhajat nak bukak puasa dengan nasi ayam. (macam yang aku kabor kat atas nun.) tapi disebabkan keadaan tertentu, beliau meminta tolong kawannya untuk membelikan nasi ayam tersebut untuk beliau. malangnya, kawannya yang dah bersetuju untuk menolong beliau jugak ada hal yang tak dapat nak dielakkannya. makanya beliau meminta tolong pulak kawannya yang lain untuk membantunya.
seterusnya… err… err… penat la pulak nak tulis panjang2. buleh kena white finger aku camni. so kesimpulannya, kepada yang berjaya menonton short film tersebut sampai tammat, sila la korang dengan berbesar hatinya menyambung sendiri sinopsis yang aku buat tu. dan kepada yang kurang bernasib baik, erm… mungkin korang buleh main teka2 kot apa yang bakal terjadi kat hamba Allah tersebut. huhuhu~
sekian, dari hamba Allah yang kurang rajin. wassalam.
********
* aku dapat belajar semangat setia kawan yang takkan terputus. sentiasa berantai dan bersambung2.
* bersyukur dengan segala rejeki yang dikurniakan dan bersabar dengan segala dugaan yang menimpa. lebih2 lagi di bulan puasa.
* selagi terdaya, gunakan segala kudrat yang ada untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. jangan bergantung harap dengan orang lain semata-mata.
* frasa yang aku suka dalam short film ni; “NIMAAAANN!!”