February 3, 2013

Nasi Ayam ‘The Movie’… Well Sort of.

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah. hola everyone… howdy-do?

siapa kat sini yang tak pernah tau pasal kewujudan nasi ayam? ye, nasi ayam. atau dalam bahasa femesnya chicken rice shop? evendoh aku yakin memang ada segelintir yang tak pernah tau pon pasal menatang ni, tapi bukan topik tu yang aku nak citer. al kisahnya, aku ada terserempak dan tertengok satu short film hasil usahasama vloggers kat mesia… katanye. short film tentang sekor sorang hamba Allah yang sedang berpuasa di bulan puasa dan berhajat untuk beriftar (baca : buka puasa) dengan nasi ayam.

maka apakah hamba Allah tersebut berjaya mencapai hajatnya? jom sama2 kita tonton.com.my short film tersebut…

ada sesape yang ada problem untuk ‘menghayati’ short film kat atas? mungkin kelajuan internet korang tahap siput tenuk khinzir barangkali? nak aku bagitau sinopsis dia ke? nak ke? nak ke? erm… ok. citer dia bermula camni. hamba Allah tu berhajat nak bukak puasa dengan nasi ayam. (macam yang aku kabor kat atas nun.) tapi disebabkan keadaan tertentu, beliau meminta tolong kawannya untuk membelikan nasi ayam tersebut untuk beliau. malangnya, kawannya yang dah bersetuju untuk menolong beliau jugak ada hal yang tak dapat nak dielakkannya. makanya beliau meminta tolong pulak kawannya yang lain untuk membantunya.

seterusnya… err… err… penat la pulak nak tulis panjang2. buleh kena white finger aku camni. so kesimpulannya, kepada yang berjaya menonton short film tersebut sampai tammat, sila la korang dengan berbesar hatinya menyambung sendiri sinopsis yang aku buat tu. dan kepada yang kurang bernasib baik, erm… mungkin korang buleh main teka2 kot apa yang bakal terjadi kat hamba Allah tersebut. huhuhu~

sekian, dari hamba Allah yang kurang rajin. wassalam.

********

* aku dapat belajar semangat setia kawan yang takkan terputus. sentiasa berantai dan bersambung2.

* bersyukur dengan segala rejeki yang dikurniakan dan bersabar dengan segala dugaan yang menimpa. lebih2 lagi di bulan puasa.

* selagi terdaya, gunakan segala kudrat yang ada untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. jangan bergantung harap dengan orang lain semata-mata.

* frasa yang aku suka dalam short film ni; “NIMAAAANN!!” Steaming mad

Haryz Khairuddin (11)

25 comments :

Nick Nashram said...

hahah,,berapa banyak nasi ayam da.
besa la bulan posa.
sume mls nak kuar.
buka posa ngan roti je la.

Aien Not Alien said...

HAHAHA. nasi ayam...nasi ayam...nasi ayam....sekali roti jelah buat santapan iftar.

Aieda Adnan said...

hahaha...mmber die bgos, mls nk bli nsik aym pon tp still nk tlg...atau lepas tgn?..haha..

Encik H said...

hahaha..aku tengok sampai habis..dua org vlogger femes pun ada dalam ni..

aku suka part: AKU TENGAH EXAM!!

haryzkhairuddin said...

@Nick Nashram
hajat di hati memang besar, tapi apakan daya.. last2 bukak dengan roti n air kosong je la.

haryzkhairuddin said...

@Aien Alien
tu la.. berapa banyak punya nasi ayam. last2 telan roti je la..

haryzkhairuddin said...

@Anak Pak Muin
buleh kata tolong ke tu? mungkin la kot.. haha~

haryzkhairuddin said...

@Encik H
ha'ah.. kelakar gak part tu. n part yang inche anwar gayakan lepas tu. hoho~

Aimacomel said...

hahaha, comel giler.. Nasi ayam lah sangat kan.. Sian dia =)

cydayf said...

owh.. tak dapat tengok sebab utube di block di opis...

fwehhh..

4feet8 said...

ala..kat opis tokleh view youtube..nanti balik rumah, sambung tgk semula..

WZulhilmi said...

I couldn't watch that video, thus i assumed that person was having a cirit birit because of that nasi ayam.

haryzkhairuddin said...

@baby comel
tu semua 'jasa' kawan dia.. hoho~ ;P

haryzkhairuddin said...

@Cik Syida, @4feet8
semoga terhibur dgn aksi vloggers mesia tu.. ;D

haryzkhairuddin said...

@WZ
worst than that actually.. he couldn't even taste that nasi ayam. all thanks to his friend.

Liyaa Mf said...

Sedappnya nasik ayam! Tapi kalau membe tu buat air milo, pastu bukak puasa roti cecah milo pun sodapp. Hahah! Apa yg bagusnya dea mintak tlg membe ni, maybe taknak tergoda ngan macam2 juadah laen kat bazar kut. Nafsu puasa kan? Drpd umah niatnya nak beli nasi ayam je, takut2 sampai kat bazar macam2 pulak yg terbeli :D

4feet8 said...

ok, br tengok.. akhir sekali sampai kat dia balik.. yg bagusnya, masing2 tak menolak pun bila diminta tolong.. siap carikan kwn lain minta tolong.. hehe

NAL said...

sangat comel...haha

haryzkhairuddin said...

@Liyaa Mf
nafsu pon ye jugak. dari rumah plan 1 benda je.. balik je dari bazar, nah hambik ko.. penuh 2 tangan. hoho~

haryzkhairuddin said...

@4feet8
yup.. semangat setia kawan tu penting. result x penting.. yang lagi penting usaha nak tolong kawan tu. huhu.. betul ke?

haryzkhairuddin said...

@NAL
haha.. kan?

mieza said...

bln2 puase tgah mls, gni laa jdiknye..
kirim kat member2.
so far x prnah lg laa kne mcm ni. haa

Luqman Zulkifli said...

hahaha terbaik. pasni buat itik pulak. nasi itik xD

haryzkhairuddin said...

@mieza
bersyukur la kawan masih sanggup belikan. ;D

haryzkhairuddin said...

@Luqman Zulkifli
best gak idea tu.. ;P