February 23, 2013

Kalau Semua Binatang Bulat Macam Belon…?

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah guys. howdy-do?

siapa kat sini yang pernah terlintas dalam pikiran korang apa akan jadi kalau binatang-binatang semua jadi bulat macam belon? pernah tak… even sekali je pon? sebabnya aku ada tertengok satu video pasal binatang-binatang yang jadi bulat macam belon. kat bawah ni video dia. jom kita terjah sama-sama… zass~

5…

4…

3…

2…

1…

chomel je kan semuanya bulat-bulat macam belon…?

so… camne korang rasa? kelakar ke tak? bagi aku sangat kelakar. especially part cheetah tengah kejar buruan dia tu. chomel je masing-masing jatuh bergolek-golek.

oh… jap. masih ada lagi ke yang berukbeng dia lambat mengalahkan siput khinzir? ada ke? kalau ada kengkawan aku yang tak dapat tengok, aku nak selitkan barang sehelai dua aksi-aksi kiut-miut binatang-binatang ni. nak ke? ok, tunggu jap eh… satu… dua… tiga… ta da~

cheetah hanging on tree

tak cukup ke? ok… aku tambah lagi… jap eh~

cheetah & antelope

dan yang last sekali pasal haiwan pemangsa dalam air… jeng… jeng… jeng…

crocodile surprising zebra

rasanye cukup la kot… eh? apa-apapon korang tengok la video kat atas tu kalau nak dapat feel yang sebenar-benarnya, tiada yang benar melainkan benar-benar belaka. hehe… sekian, wassalam.

********

* memang dah sempurna dah ciptaan Allah ni. setiap kejadian ada fungsi dan kebolehan masing-masing. tapi siyes kelakar kalau sungguh la binatang-binatang ni bertukar jadi belon.

Haryz Khairuddin (9)

February 16, 2013

Easy Guide To Understanding The Introverted… by Dr. Camella

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah guys. pekabo korang semua? howdy-do?

lama aku menghilang kan? rasanye takde yang perasan kot. hoho… ekceli aku dah siapkan rangka untuk entri terbaru aku sempena cuti CNY ari tu. (tu pon nak bagitau.) tapi tetiba aku terjumpa satu tips atau guideline camne nak memahami manusia2 ‘introvert’ ni. sebelum tu, korang tau apa tu introvert? atau dalam bahasa melayunya ‘pendiam’ atau ‘pemalu’ (kata pakcik gugel).

ok, taknak buang masa korang dengan tulisan merepek aku. baik kita semua terus masuk ke point utama entri ni. zass~

dr camella's guide to understanding the introverted (1)

dr camella's guide to understanding the introverted 1

dr camella's guide to understanding the introverted 2

dr camella's guide to understanding the introverted 3

dr camella's guide to understanding the introverted 4

dr camella's guide to understanding the introverted 5

dr camella's guide to understanding the introverted 6

dr camella's guide to understanding the introverted 7

dr camella's guide to understanding the introverted 8

dr camella's guide to understanding the introverted 9

dr camella's guide to understanding the introverted 10

so, harapnya korang buleh paham introvert people camne kan? mungkin ada yang kata dorang ni sombong atau pemalu atau pendiam atau apa saje la. tapi dari pembacaan aku, dorang bukannya pemalu atau pendiam. (pakcik gugel dah tipu kita selama ni.) sebenarnya dorang  just nakkan ‘space’ dorang sendiri… yang tak ‘dijajah’ oleh orang lain. untuk dorang dapatkan sumber ‘tenaga asli’ dorang balik.

sekian, wassalam.

********

* gambar aku dah edit balik. rupanya blur gilak gambar sebelum ni. sori2…

* kebarangkalian aku tergolong dalam katak golek (baca : kategori) ni adalah tinggi. tapi tu bukan bermaksud aku pemalu atau sombong, cuma lebih kepada I need my own ‘space’ (also known as ‘hamster ball’).

* being either introvert or extrovert people make society world in balance state. do you agree? can you imagine what would happen to our society if only either of them do exist?

* aku terjumpa satu artikel pasal 10 mitos mengenai ‘introvert people’ which I found very interesting to be shared with. [link]

* orang2 ‘introvert’ hanya ada kira2 25% – 40% je dari keseluruhan populasi masyarakat dunia tapi lebih kurang 60% dari kalangan manusia berbakat (baca : gifted population) adalah termasuk dalam golongan ni.

Haryz Khairuddin (4)

February 7, 2013

Apa Salah Saya Inche…??

Assalamualaikum geng. salam sejahtera… apa kabor? howdy-do?

pernah tak korang tengah syok2 bawak kereta, sekali tu ada pak polisi (tengah naik kereta peronda jugak) tak semena2 tahan korang suruh ke tepi? apa perasaan korang time tu? apa reaksi yang korang tunjukkan? hepi? selamba? bangga? relax? tenang? kool? marah? takut? gelabah? nerves? cuak? bengang? bengong? gabra? jadi gilak? atau takde perasaan macam Najwa kosong… kosong… kosong. dan yang paling penting… adakah korang akan ikut arahan pak polisi tersebut untuk memberhentikan kereta korang? atau terus memecut tanpa mempedulikannya…?

why am I asking? kenapa aku tanya? ekceli aku baru je mengalami situasi ni pagi tadi. buat pertama kali dalam sejarah hidup aku pulak tu. tanpa sebarang asbab yang munasabah aku ditahan oleh pak polisi. nak tak nak terpaksa la aku stop kat tepi jalan kan? (tu pon dah ada niat nak pecut bila pak polisi tu nak sampai ke kereta aku. muohohoho…)

kejadian tu lebih kurang macam ni la bunyik dia… mula2 aku perasan kereta polis tu follow belakang kereta aku. sampai area NPE dia dah potong duduk lane sebelah aku. pastu time dari NPE nak naik ke Jalan Templer, aku perasan macam drebar kereta kat sebelah aku buat isyarat tangan kat aku. bila tengok rupanya pak polisi tu bagi signal suruh ke tepi. time tu ekceli aku nak potong depan dia. sebab nak masuk simpang ke PJ. (so paham2 je la kalau nak masuk lane kiri or kanan, memang la kena pandang ada kereta kat sebelah ke tak… kan?) tapi malang tak berbau… tak pasal2 aku kena tahan pulak. jadi, jom sama2 kita terjah~

scene 1

scene 2

scene 3

scene 4

scene 5

so… korang paham tak kejadian dia? aku masih tak paham sampai sekarang… apa sebab aku kena tahan? dan konfem la waktu tu aku agak nerves kan? tak pernah2 kena tahan kot. rasa macam pesalah criminal la pulak. muka aku ni ada nampak macam muka banduan terlepas ke…?

blogger profile

sekian, wassalam.

********

* apa salah aku sebenarnya? (soalan tu menari2 dalam kepala otak aku sepanjang hari. adakah pak polisi tu ingat aku nak race dengan beliau? atau ada masalah dengan lampu kereta aku? hurm… segalanya diselubungi misteri.)

* adakah aku akan jadi fobia untuk drive bila sebelah aku ada mobil polisi? hurm… nanti aku nak try test.

Haryz Khairuddin (8)

February 3, 2013

Nasi Ayam ‘The Movie’… Well Sort of.

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah. hola everyone… howdy-do?

siapa kat sini yang tak pernah tau pasal kewujudan nasi ayam? ye, nasi ayam. atau dalam bahasa femesnya chicken rice shop? evendoh aku yakin memang ada segelintir yang tak pernah tau pon pasal menatang ni, tapi bukan topik tu yang aku nak citer. al kisahnya, aku ada terserempak dan tertengok satu short film hasil usahasama vloggers kat mesia… katanye. short film tentang sekor sorang hamba Allah yang sedang berpuasa di bulan puasa dan berhajat untuk beriftar (baca : buka puasa) dengan nasi ayam.

maka apakah hamba Allah tersebut berjaya mencapai hajatnya? jom sama2 kita tonton.com.my short film tersebut…

ada sesape yang ada problem untuk ‘menghayati’ short film kat atas? mungkin kelajuan internet korang tahap siput tenuk khinzir barangkali? nak aku bagitau sinopsis dia ke? nak ke? nak ke? erm… ok. citer dia bermula camni. hamba Allah tu berhajat nak bukak puasa dengan nasi ayam. (macam yang aku kabor kat atas nun.) tapi disebabkan keadaan tertentu, beliau meminta tolong kawannya untuk membelikan nasi ayam tersebut untuk beliau. malangnya, kawannya yang dah bersetuju untuk menolong beliau jugak ada hal yang tak dapat nak dielakkannya. makanya beliau meminta tolong pulak kawannya yang lain untuk membantunya.

seterusnya… err… err… penat la pulak nak tulis panjang2. buleh kena white finger aku camni. so kesimpulannya, kepada yang berjaya menonton short film tersebut sampai tammat, sila la korang dengan berbesar hatinya menyambung sendiri sinopsis yang aku buat tu. dan kepada yang kurang bernasib baik, erm… mungkin korang buleh main teka2 kot apa yang bakal terjadi kat hamba Allah tersebut. huhuhu~

sekian, dari hamba Allah yang kurang rajin. wassalam.

********

* aku dapat belajar semangat setia kawan yang takkan terputus. sentiasa berantai dan bersambung2.

* bersyukur dengan segala rejeki yang dikurniakan dan bersabar dengan segala dugaan yang menimpa. lebih2 lagi di bulan puasa.

* selagi terdaya, gunakan segala kudrat yang ada untuk dapatkan apa yang kita hajatkan. jangan bergantung harap dengan orang lain semata-mata.

* frasa yang aku suka dalam short film ni; “NIMAAAANN!!” Steaming mad

Haryz Khairuddin (11)