Assalamualaikum… geng bas sekolah semua.
tadi tengah syok2 blogwalking… sekali tu terjumpa satu lagi blog kartun terbaru. nama blog beliau adalah are You a cErolian? (kalau salah tolong sesiapa betulkan? arigato) dan dalam entri terbaru beliau, ada dimuatkan kisah 6 super power yang beliau idam-idamkan. (klik sini)
jadi, bercakap soal super power ni… aku rasa semua orang musti ada cita-cita kan? if only this thing really exist. same goes to me. so… to make things short, aku nak perkenalkan beberapa super power yang aku idamkan dalam hidup aku.
1. Invisibility a.k.a halimunan. (hehehe… drooling.)
amat berguna time-time kritikal… di mana aku terpaksa bersembunyi dari ah long ceti haram. dalam masa yang sama dapat keluar jalan2 tanpa rasa takut ditangkap. hahaha~ (sesiapa yang dapat nampak orang dalam gambar tu maknanya korang pon ada kuasa invisible. huhu…)
2. Mata Mangekyou Sharingan & Rinnegan (nasib baik mata ada dua je. kalau ada tiga, dengan Byakugan aku nak sekali.)
sesiape yang ada kedua-dua jenis mata ni kira dah tahap unbeatable lagi. (ye ke?) dan aku mampu meniru semua teknik dalam dunia ni. termasuk jugak dapat meniru semasa exam tanpa dikesan. muahahaha…
3. Kage Bunshin No Jutsu (di mana pilihan bukan lagi satu keperluan…)
bila tersekat dalam multiple choices scenarios, aku hanya perlu summon klon-klon aku untuk buat semua kerja tu. jadi, tak perlu pening kepala pikirkan pasal ‘opportunity cost’.
op·por·tu·ni·ty cost
Noun : The loss of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen.
4. Self-Healing (sama ada macam Claire Bennet or Tsunade-sama)
senang, kalau luka ke cedera parah ke… teruk otomatik buleh heal diri sendiri. takyah kecoh2 nak carik hospital. jimat kos perubatan. (gambar tak disertakan sebab tak jumpa yang sesuai.)
.
.
.
.
.
ekceli ada banyak lagi… tapi tak elok la tamak2 sangat kan? kalau buleh aku nak ada kuasa psychic a.k.a telekinesis macam Jean Grey a.k.a Phoenix. pastu ada kuasa terbang or dapat teleport untuk memudahkan aku mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau kos pengangkutan. and banyak lagi…
nanti ada masa, aku kasi story sampai habis. cuma setakat ni, memang 4 kuasa ni yang aku paling suka. sama ada kuasa yang memang semula jadi dah ada atau yang kena belajar, yang penting keempat-empat kuasa tu memang awesome!!!
sekian.
********
* tapi bila difikir-fikirkan balik… itu semua hanyalah dongengan purba kala, makanya aku pon kembalilah berpijak ke bumi yang nyata. mana mungkin ada super power dalam dunia ni… kan?
* kita semua adalah istimewa dan hebat… dengan cara yang tersendiri. sama ada kita nak kembangkan kehebatan tu atau tak, itu semua terpulang pada diri sendiri.