Assalamualaikum… geng.
pejam celik pejam celik pejam celik. tau tau… eh, dah 2 bulan la. biar betik betul dah 2 bulan? siyes ke sekarang ni dah bulan september??? bukan masih bulan julai ke? takkan la kot cepat sangat. mana mungkin… tak percaya la. someone tell me it’s a lie! please tell me, it’s a lie… right? please… please… pretty please…!!!
muahahaha… takde la. aku memain je. aku masih sedar yang sekarang ni dah pon masuk bulan sembilan a.k.a september. ekceli saje je aku nak kabor kat korang semua, yang aku baru je selamat menamatkan internship a.k.a praktikal aku jumaat lepas. maka, secara rasminya berakhirlah kisah hidup aku sebagai seorang budak praktikal di sebuah syarikat multinasional di bandar metropolitan Kuala Lumpur ni. eiceh ayat aku… takbleh blah. muohohoho~
kalau korang tanya apa plan aku lepas ni? hurm… mungkin… hurm… mungkin aku… hurm… mungkin aku akan rahsiakan. muahahaha. (ayat mintak penerajang sulung. berapa banyak hurm… daa.) tapi memang betul pon… aku tak pikirkan lagi. tengok je la mana hala tuju aku lepas ni. mana arus sungai nak bawak aku nanti. memang tak pikirkan lagi secara detail dan terperinci buat masa sekarang. (tak sama kan detail ngan terperinci???)
ok. tamat sudah sinopsis cerita untuk minggu ni. lain kali sambung lagi eh? tu pon kalau ada yang sudi baca la… (ayat mintak penerajang sekali lagi).
daa~
********
* mungkin ada masa nanti aku kabor pulak pengalaman2 aku sepanjang aku praktikal ari tu.
* aku tak kabor kat mana aku praktikal sebab dah ada dalam agreemenet yang kitorang memang tak boleh nak kaborkan. kalau tak nanti dorang boleh amik tindakan… hah gitew… (yo-oh je nak amik tindakan bagai kan?)
1 comment :
Memang cepat...kiamat makin hampir..
Post a Comment