September 16, 2012

Kids Say the Darndest Things…

Assalamualaikum. geng bas sekolah semua. SELAMAT HARI MALAYSIA~ esok korang cuti tak? selamat berlibur bagi yang bercuti. kepada yang bekerja tu, sila kerja rajin2. tingkatkan keuntungan syarikat banyak2. hoyeah~!

kids say the darndest things

kat sini sape yang pernah terdengar, terbaca atau tertengok siri lawak dalam bentuk talk show ni suatu ketika dulu? cer kabor sikit. nak la jugak aku dengar korang kongsi2 citer sikit. tapi kan… yang aku nak kabor sebenarnye kat sini bukan pasal talk show tu, tapi lebih kepada pengalaman sendiri yang baru aku alami kejap tadi.

al kisahnya… tadi sedara aku datang. sebabnye…? jangan tanya sebab apa. mak aku just cakap sedara aku nak datang. sekian. dan bila sedara mara datang, normal la dorang musti ada bawak kanak-kanak ribena dorang sekali kan? ntah camne tengah aku syok buat keje aku, tetiba je bebudak ribena tak cukup umur tu datang masuk bilik aku sebab nak main game. tak elok la rasanya kalau aku halau bebudak tu. apa pulak kata mak bapak mereka… kan? nanti siapa yang malu. bukan ke aku dan keluarga aku jugak yang malu? jadinye, akupon biarkan je la dorang melepak atau lebih tepat lagi mengambil alih bilik aku.

nak dijadikan citernye, jeng… jeng… jeng… tengah dorang syiok main game kat laptop aku tu, buleh pulak mulut dorang yang super jujur tu dengan takde insuransnye mengutuk aku. mulanye aku takde la nak perasan sangat kan. sebab aku duduk kat belakang dorang. tapi bila dorang pandang2 aku, pastu bisik2 kat telinga walaupon orang lain buleh dengar dengan jelas, pastu gelak2 kecik, aku dah mula rasa lain macam. ‘dorang ni sah2 tengah mengutuk aku ni…’ kata hatiku. pastu dengan selamba badak takde angry pandainsuransnye lagi, dorang siap ‘announce’ pulak kat aku apa benda yang dorang kutuk2 aku tu. pastu siap ketawa besor pulak lagi. Damn…! ni yang buat darah aku mendidih di atas tahap didih ni. aku dah mula pandang dorang kecik besar kecik besar je. dah la pinjam harta orang, pastu siap kutuk2 pulak tu. ni sudah lebih ni. (apa yang dorang kutuk tu biarlah rahsia. nanti kang korang pulak yang bahan aku… hahaha.)

tapi, nasib baik la akal sihat aku masih dapat berfungsi dengan baiknye. evendoh ada gak fius yang dah terbakar n wayar yang dah putus. hohoho… makanye, aku pon amik keputusan tinggalkan je la dorang mengambil alih dan menjahanamkan laptop aku dengan game2 takde makna yang dorang main tu.

sampai dorang dah nak balik pon, masih lagi dorang pandang2 aku pastu gelak2 kecik. damn it…! tak abis2 lagi rupanye budak2 ‘terencat’ ni nak bahan aku. memang nak kena tibai sekor2 ni. ggggrrrrrr…~

********

* kalau tak pikirkan dorang tu masih kanak-kanak ribena lagi, memang dah lama aku swing tangan aku kat kepala dorang sekor2. tapi kenangkan mulut dorang yang super jujur tu la buatkan dorang ni nampak kiut je evendoh tengah kutuk aku. jadi sabar je la banyak2… kanak2 ribena belum akil baligh lagi kan? tapi kalau yang buat tu orang tua yang dah akil baligh n tumbuh bulu satu badan, aku memang tanpa segan silu dan kompromi lagi akan hayun laju2 tangan aku kat muka dorang. hohoho…

* sebenarnya takde la teruk sangat kutukan dorang tu, cumanye agak keterlaluan bila dah besar nanti… tu pon kalau tak dikawal mulut dorang sejak dari kecik lagi. dan kalau aku layankan perangai dorang tu, maknanye aku pon sama level je la dengan budak2 tu kan? sungguh tak matang aku nampaknye nanti.

HK sign (4)

 

 

 

p/s : apa dorang kutuk aku tadi? “bang, tangan abang ni penuh bulu la. dahtu hidung kembang je. pastu misai (janggut sebenarnye) panjang sampai ke telinga. pastu mulut (bibir sebenarnye) abang pink macam pakai lipstik. macam dot dot dot.” mana aku x bengang gila dengan dorang.

2 comments :

z* said...

anak sape ni weh??? tgn abg mmg byk bulu kan... hahaha :p tp kecik2 dah pandai komplen mcm2... besor nnt camne la perangai

haryzkhairuddin said...

@z*
anak kak ayut yg kecik tu. jujur gile cakap beliau.. huhu. ;p