October 18, 2012

Orang Kata Kucing Jantan 3 Warna Susah Nak Jumpa. Betul Ke…???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

malam-malam jumat macam ni korang tengah buat apa? (selain dari blogwalking) dah la tengah hujan lebat siap petir dentam-dentum lagi kat tempat aku ni. seronoknya la kan kalau baring-baring n guling-guling atas katil. nak pulak kalau ada katil king size. pergh…! musti syiok kan? hohoh…

(ok. dah fokus balik.) beberapa hari lepas, aku terbaca satu artikel pasal kucing jantan 3 warna. menurut sumber beliau, spesies kucing jantan macam ni sangat rare… sebab hanya 1:3000 je kat dunia ni. wallahu a’lam. (untuk mengetahui cerita selanjutnya sila klik di sini)

makanya, persoalan aku sekarang ni… adakah kucing jantan di rumah aku tu jugak termasuk dalam kategori spesies kucing jantan yang rare ini? adakah benar begitu…? atau sekadar suatu mitos di malam jumaat yang sedang dilanda hujan…?

kucing jantan 3 warna 1

inilah kucing jantan rumah aku. kitorang dah check dah. memang konfem kucing jantan. tiada keraguan padanya. cumanya, nama beliau unik sikit. tak macam nama kucing-kucing jantan lain. nama tu dipilih pon lepas dapat persetujuan dari beliau sendiri. panggil nama lain tobat taknak pandang. jeling pon tak. tapi bila kitorang panggil… eeerrrmmm… nak kena cakap ke…? kesian la nanti beliau kena gelak. kitorang panggil… eeerrrmmm… kitorang panggil…

.

.

.

.

.

kucing jantan 3 warna 2Baby, pandang la kamera ni. nak amik gambar jap…”

itulah nama beliau. memang unik lagi pelik kan nama beliau untuk sekor kucing jantan? abis tu dah nama lain semua beliau tak suka. nak buat lagu mana? tapi kadang-kadang bila kitorang dah geram sebab beliau suka sangat mencakar, dari ‘baby’ bertukar menjadi ‘ba**’. (maunya tak geram… sakit woo beliau gigit + cakar. beliau ingat tangan n kaki kitorang ni daging panggang ke?)

makanya, adakah beliau jugak termasuk dalam kategori spesies kucing jantan yang rare? (walaupon nama beliau sangat rare untuk kucing jantan. itu sudah semustinya…)

sekian.

********

* yang menyakitkan hati pasal kucing aku ni, beliau tersangatlah garangnya. pandang diusik sikit, pantang tersentuh sikit, asyik nak menggigit je kerjanya. tak buleh nak bermanja langsung, memang kena cakar n gigit la jawabnya. kekadang tu tak usik pon beliau, tetiba je beliau datang serang kitorang. (tapi kalau ada tetamu datang melawat, pandai pulak beliau berkelakuan baik. tidur je sampai dorang tu balik. pandai berpurak-purak. ‘bertuah’ punya kucing…)

* tapi beliau jugak adalah sekor kucing yang pembersih. pantang kalau kitorang cakap beliau busuk or kotor, musti beliau akan jilat badan beliau. bersih ke tak wallahu a’lam.

Haryz Khairuddin sign (3)

11 comments :

shafiqabdshukor said...

owh.. ad ye.. aku pun baru tau..
comel gak kucing tu... huhuhu

Ana Farhana said...

sukaaa kucing sgt2!

Haris Khairuddin said...

@shafiqabdshukor
comel..?? tunggu time dia menggila + mengganas. waktu tu rasa nak racun je.. hoho. ;p

@Ana Farhana
saya suka kucing manja je.. kucing garang + gila saya x suka.

Zie Madini said...

rasanya jarang kot kucing jantan 3 warna :)

bukankosong said...

padanla kucing jantan aku ada 2 warna je

huda jamil said...

omege, jantan tapi cantinya mengalahkan betina. bangsa nong poy eh kucing tu? hehe

Haris Khairuddin said...

@Zie Madini, @bukankosong
memang..sebab mana2 kucing jantan 3 warna musti kena bunuh dgn mak kucing.. sebab ada problem dgn gen dia.

@huda jamil
nong poy? kucing apa tu??
cantik memang cantik.. tapi garangnya mengalahkan singa. pendendam pulak tu.

Nick Nashram said...

kat tempat aku pun selalu hujan.
time hujan ade la 2 3 ekor kucing duk lepak depan rumah aku.
tumpg berteduh kot..hahaha

Cik PensiL said...

baby ~ alolo comelnye namanya tapi garang macam tuannye jugak kan ?

eh , kucing tu nampak gemuklah korang bagi dia makan apa ?

daging paggang ? owhhh .. patutlah ~ haha

nih sediakan satu kayu besar yang panjang panjang batal pun ok , letak dalam rumah suruh dia cakar . haha . cuba try


wawa .. anti kucing -_-

Tengku Puteri said...

hahaha.. baby?? aku rasa lawak lak... btul eh kucing jntan susah nk jumpa 3 warna? nnti aku nk belek2 lah kucing aku..

Haris Khairuddin said...

@Tengku Puteri
sebab katanya baka dorang x elok. so mak kucing akan hapuskan dorang ni..