October 22, 2012

Honeydew Bukan Tembikai Susu… Betul Tak?

Assalamualaikum geng bas sekolah semua.

salah ke tajuk aku tu? salah ke? apa kata survey? apa kata korang semua? salah ke betul? kalau bagi aku, memang tak salah pon… tapi tu kalau korang baca sampai abis la entri aku ni.

citer yang aku nak kabor ni pasal pengalaman aku beberapa tahun lepas sewaktu berkunjung ke sebuah restoran mamak untuk dinner.

lokasi kejadian : kedai mamak area universiti aku.
pelakon
pelakon tambahan
:
:
aku dan mamak waiter amik order.
member aku.
     
aku : (angkat tangan. sorang waiter datang ke meja nak amik order. member aku order dulu. lepas beliau abis order, tibalah giliran aku mengorder pulak…)
boss. kasi saya nasi goreng pattaya satu. air bagi honeydew juice sama air suam.
waiter : sori boss. air apa?
aku : ho-ney-dew-sa-tu.
(sebutir-sebutir aku sebut dengan suara yang agak kuat, jelas dan terang. kira hukum izhar halqi gamaknye. kasi betul-betul loud n clear kat gegendang telinga beliau.)
(‘mungkin orang baru kot…’ pikir aku.)
waiter : (sambil buat muka pelik n dahi berkerut.)
honeydew tu apa?
aku : (“bangkai… takkan honeydew pon taktau? ko duduk planet mana sebelum ni?” kata hati aku dengan geram. dah la tengah lapar masa tu.)
ala… honeydew? takkan tak tau?
waiter : (buat muka serius konfius taktau benda pelik apa aku mintak sambil buat muka untuk aku jelaskan.)
aku : (fine!) tembikai susu tau?
waiter : (si waiter angguk kepala tanda tau… atau purak-purak tau.)
aku : ok. bagi satu.
waiter : (lepas siap amik order, terus blah dengan sepantas kilat dari meja kitorang.)

here comes the best part. order kitorang pon sampai lepas beberapa purnama menunggu. (gila hiperbola sungguh…) tiba-tiba bila si waiter tu letak air aku, aku dah mula konfius… abis beliau letak semua order kitorang, beliau blah cepat-cepat.

aku masih lagi tergamam tengok air aku tu. kenapa tergamam? cuba korang ingat balik air apa yang aku mintak tadi??? air honeydew atau dalam bahasa melayunya tembikai susu… kan? tapi kat depan mata aku tu air…

.

.

.

.

.

tembikai   susu air tembikai + susu pekat manis lemak berkrim disukai ramai

memang la beliau letak air tembikai susu. tapi TEMBIKAI + SUSU. gila apa dorang ni? nak termuntah aku minum. (memang tak abis la aku minum air tu. lain la kalau aku nak kena diabetes di usia muda remaja… kan?) cumanya… kalau korang nak try jugak rasa kelazatan dan keenakan air ‘tembikai susu’ tu, korang buleh la buat segelas. (apa-apa side efek, korang tanggung sendiri. aku tak terlibat. muahahaha…)

memang lepas dari peristiwa tu, aku tak order dah air honeydew a.k.a tembikai susu dari kedai mamak lagi. tobat aku… dah la pekat, likat, melekat… tapi manis yang amat. blueerrkk… (muntah hijau + merah)

Haryz Khairuddin sign (7)

32 comments :

new hope said...

tembikai susu mmg literally mean tembikai susus di kedai mamak, pekerja tu mungkin baru dtg untuk mengundi UMNO pru nnt.

KLIK rasuah, tamak punca agenda Melayu gagal

Hami Asraff said...

Sama macam kes teh letak susu :D

Nick Nashram said...

hahah..gelak aku baca entri ni..pekerja kat kedai mamak memang camtu..kemarin aku mintak megi goreng..15 minit jugak la tggu..tgk2 dia bwk mee goreng..adoii..susah betol nak gtau.

haryzkhairuddin said...

gilak.. teh letak susu? mau diabetes kalau seminggu minum air tu.. hoho. ;p

haryzkhairuddin said...

silap order aku angin gak..

Unknown said...

aku dulu penah konfiden mintak mountain dew gelas besar. tenang je tak buang pun dapat benda tu. aku nak honew dew gak tapi ni salah sendiriii hahahahaa

haryzkhairuddin said...

tersalah mintak?? lol. aku pernah kena kat kepsi. dgn yakin mintak nak honeydew (padahal nak mountain dew).. nasib baik cashier tu x gelakkan aku.

Tengku Puteri said...

hahaha...weh...bleh aku pinjam idea ang buat kartun x? untung2 hntr kat G3 ke ujang ke...hehehehe...

haryzkhairuddin said...

@Tengku Puteri
silakan. lagi banyak hantar lagi cerah peluang dorang nak publish.. ;D

Abu Huzaifah said...

haha.. tembikai susu =..="

mieza said...

kedai mamak ni bukan boleh nk order yg len dr yg len skit..
dyorg bkn fhm sgt kdg2.
len mintak, len yg dpt..
frust!!
mintak teh tarik je sng. hahaha

haryzkhairuddin said...

@Abu Huzaifah
gelak la ko.. try ko rasa dulu air tu camne. hoho..

@mieza
sekarang ni mintak air milo je.. kadang2 neslo.

Jna marcello said...

ahaha sumpah lawak..tembikai susu kekekke carot susu kekekke nice entry!

Miss Volvo said...

O.M.G! ape rasa tembikai + susu tu? euwwww hehehe

Aesya Zealous said...

buekkkk tembikai + susu. peh mamak ni! nak kene flying kick nih

haryzkhairuddin said...

@Miss Volvo
memang euwwww sangat2.. camne la dorang buleh pikir buat air tu??

@Aesya Zealous
ok. aku pass kat ko flying kick mamak tu.. huhu. ;p

Lee-kun said...

haha..kalau kedai2 area aku study memg honeydew n tembikai susu 2 benda yg berbeza..so kalau nak honeydew memg kena cakap honeydew..kalau cakap tembikai susu memg kompem2 literally tembikai+susu dia bagi..haha..

haryzkhairuddin said...

@Lee-kun
tau xpe.. memang 'macam-macam ada' betul. ;p

Encik H said...

hahahaha..patut la tembikai susu bukan honeydew..mamak ni asal boleh jer..

semalam aku pegi minum kat mamak..nampak kat menu tulis omputeh..

>> chicken chop (breast)

aku dgn member2 aku gelak sakan..hahahaha

Korn Ahmad said...

hahaha... klakor citer ko weh.. aku kalo bab order makanan kat kdai ni memang aku demand sikit.. kalo salah, memang aku akan berkeras suruh buat lain...

haryzkhairuddin said...

@Encik H
janji ada bunyik kan?? lol.
prinsip dorang "macam2 ada." pelik ke x tu belakang citer.

@KorN
time tu dah tergamam..kelu lidah tengok air tu. mamak tu lak dah cabut awal2. nasib badan...

Unknown said...

haha.mamak tu baru kerja kot

4feet8 said...

haha..boleh? gila hape? tapi tak pernah order lagi air honeydew..

haryzkhairuddin said...

@Rozuan Ismail
ntah la.. mungkin kot. huhu.. ;P

@4feet8
tu la pasal. memang tobat dah nak order air tembikai susu kat kedai mamak. huhu.. ;P

Adie Zaff said...

hahaha...sabo jer le bro...nk wat gmane,org baru smp dari marikh la katekan..hahah

haryzkhairuddin said...

@azrul_azam
tu la pasal. dekat marikh mungkin orang minum camtu.. manis kaw kaw punye. huhu.. :P

Cik Jelly Chan said...

selalu org salah faham tembikai susu tu...dah la tak sedap..haha

haryzkhairuddin said...

@Cik Jelly Chan (CJC)
memang buleh muntah la kalau abiskan.. xpon buleh cepat dapat diabetes. huhu.. ;p

nazirulhazwan~ said...

Ok.ni kelakar.wakakaka

haryzkhairuddin said...

@nazirulhazwan~
kelakar la bagi ko. aku yang tension dengan mamak tu. huhu.. ;p

cerita best said...

haha.. tembikai susu

nini said...

hahaha....taktau cane nak explen kalu gtu...hahaha