September 15, 2012

Kau Ni Skematik Diagram Betullah…!

Assalamualaikum geng bas sekolah sekalian. hawau yu?

alkisahnye… beberapa hari lepas tengah aku dok bersembang2 dengan kawan aku, tetibe je beliau tercakap lagu ni… “aku tengok kau ni skema sangat la. tengok orang lain, xde la skema sangat cam kau ni. bla bla bla…” aku terdiam jap dengarkan dia cakap camtu. (lari kejap dari tajuk yang kitorang tengah diskas waktu tu.) tapi siyesly, benda yang beliau cakapkan tu buatkan aku berpikir masak2 pasal diri aku.

tapi bila dipikir2 balik, kadang2 tu tak semua cakap2 orang sekitar kita ni betul. tak semestinya apa yang kita dengar kita kena terima bulat2 n ikut. sebabnye kita kena kaji dulu cakap2 orang sekitar kita kan? timbang tengok logik n relevan ke pendapat dorang tu untuk diri kita?

dan hasilnya… lepas puas aku serabutkan kepala pikir pasal ni (walaupon aku rasa tak berbaloi pon pikirkan benda camni), aku dapat buat satu kesimpulan. bagi aku la kan secara personally…

be concerned with your character

paham kan? maksudnya kat sini, aku bukan taknak berterima kasih kat kawan2 aku yang suka menegur aku untuk kebaikan aku. aku tersangat-sangat-sangat berterima kasih sebenarnya. especially kawan2 aku yang jenis mulut takde insurans. (at least dorang jujur kan?)

cumanye, aku akan tapis setiap benda yang aku dengar or perhatikan. kalau benda tu baik untuk KARAKTER aku, aku akan ikut dan praktikkan. kalau tak, jawabnye aku akan right click –> delete –> pastu klik ikon recycle bin –> empty recycle bin. sebabnye, tak guna pon kalau benda tu hanya untuk naikkan reputasi aku. untuk aku dapat diterima orang lain. betul tak?

summary of the entry :- kawan aku cakap aku skema. aku teliti betul2 cakap beliau. tapi aku rasakan benda tu tak membantu pembentukan KARAKTER aku. so, aku masukkan dalam shredder pendapat beliau. sekian.

********

* “B-S-U-S-I-C-U-B-4” kata2 penuh makna dari sorang sahabat yang aku masih pegang sampai sekarang.

* walau aku tak kisah dengan orang yang mulut takde insurans sekalipon, tapi hormatlah perasaan orang lain jugak ye. manusia ni diciptakan dengan perasaan. hati dorang tu mudah terasa. bukannye macam patung tanah liat yang takde perasaan.

* I was born original, I don’t think I’m going to die as a copy.

HK sign (6)

2 comments :

nazha anua said...

B-S-U-S-I-C-U-B-4

nice quote

Haris Khairuddin said...

@nazha anua
tu kawan aku yg ckp. aku kopi pes je.. huhu. ;p