July 18, 2012

Stages of Sleepiness…

Assalamualaikum & good day to you guys.

stages of sleepiness

have you guys ever encountered this situation?

********

well, I do. but not till knock out though…

HK sign (5)

July 15, 2012

Mintak Nyawa… Mintak Nyawa…

Assalamualaikum kawan2 dan geng bas sekolah semua. apa khabar hari minggu korang?

diam tak diam, dah 2 minggu rupanye aku berpraktikal di syarikat giligasi (gergasi ker???) kat area shopping mall ni… kan? walaupon ada masa kerja datang tanpa hentinya n bertimbun2 (bukan untuk aku sorang je tapi kat semua pekerja2 senior team aku jugak), tapi… ada jugak masanya sampai takde kerja langsung. (membohong la takde kerja kan, bangkrap la jawabnya syarikat tu kalau dah takde kerja.) sampai aku jadi buhsan menghadap kat skrin kompite tapi tak tau nak buat apa. nak bukak fesbuk n twitter, dah kena blocked pulak. n bila tanya dengan supervisor, dia pon tak tau nak bagi kerja apa kat aku.

exhaustedtapi yang aku peliknya, even tak banyak kerja yang aku buat sampai ke petang, still aku tetap akan rasa penat yang melampau. walaupon tak sepenat masa time aku study dulu. dulu masa study memang la penat menghadap buku je kan…? kan…? tapi masih ada energy lagi nak berjimba sakan. nak berjogging ke. tapi time kerja ni aku rasa lain macam. rasa exhausted. penat sangat2. bila balik kerja je rasa nak terus pegi cari tilam, hempas badan sampai bunyik nak patah katil (bukan disebabkan badan aku yang makin tough)… pastu terus lena diulit mimpi.

makanya, walaupon idea dalam kepala otak aku agak banyak nak dikeluarkan n diisi dalam blog ni… tapi disebabkan kekurangan tenaga sebab tak makan biskut tiger biskuat, aku terpaksa memilih antara dua… tido @ mengupdate blog.

jadinya, sampai kita berjumpa lagi. sekian. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dapat terbang juga (sebab berkapel dengan sugar glider).

(marah la orang2 dpb dekat aku tengok peribahasa ni. hik hik hik…)

********

* aku bukannya tak bersyukur dapat tempat internship yang ohsem macam tu. aku seronok sebenarnya. ye la… mana nak dapat kan internship dekat dengan shopping mall. selalunya orang pergi shopping mall sekali sekala, tapi aku pergi haghi haghi… cumanya, mungkin badan aku masih tak dapat adjust lagi dengan kondisi sekarang ni. insya Allah, lama2 ok la kan?

* aku sangat respek dengan orang2 yang dah bekerja ni. (yang curik tulang, yang tak buat kerja, yang mengulor sepanjang hari dikecualikan. hohohoh…) sebabnya… evendoh dah seharian letih buat kerja, mana nak kejar datelinenya, kena marah dengan boss n customer, dengan traffic jammed lagi, but then esoknya diorang masih lagi gagah pegi kerja n mengahdap benda yang sama. bukan untuk sehari dua, but for the rest of their life. sampai diorang pencen. (n aku pon akan hadapi benda2 tu tak lama lagi… oh God.)

HK sign (9)

July 6, 2012

Minggu Pertama Di Tempat Baru…

Assalamualaikum n salam perpaduan geng… (peace) (=.=)v

working senang cerita, aku sebenarnya baru je start internship a.k.a praktikal n aku dimasukkan under logistics department. kat satu syarikat yang bertempat di area key ell jugak. di salah satu kompleks beli belah terbesar kat mesia ni. (musti korang pelik kan? boleh ke praktikal kat shopping mall??? haaaa… lu orang try carik sendiri. ;D)

dizzy sebab kenapa aku tak updet awal2 padahal aku dah janji ari tu? sebelum tu aku nak mintak maap dulu siap2. hal ini disebabkan baru first time aku berpeluang merasakan kehidupan orang2 yang dah bekerja. n baru aku faham sefaham-fahamnya kenapa setiap kali my brother n sisters balik rumah, muka dorang sangat kepenatan n keletihan. ada tu yang sampai2 rumah je terus tidur. penat gile weyh. siyesly, first day aku masuk kerja ari tu, balik2 rumah je aku dah rasa otak aku weng @ bengong jap. rasa cam bengong tahap gaban la kiranya. lagi teruk dari yang aku rasa setiap kali habis jawab exam paper aku.

sleepy lagi satu, yang kelakarnya… boleh pulak aku tertidur time kerja. ye la, biasa time student dulu aku musti akan tidur after zohor. boleh pulak terbawak2 dalam dunia pekerjaan. hoho…

n terkini, baru aku tersedar yang kebanyakan ‘seluar kerja’ aku dah makin mengecil. ada yang senak bila aku pakai. hehe… adakah seluar2 tersebut ada mekanisma yang boleh mengecutkan diri masing2? hurm… I wonder. (hoho… taknak mengaku dah gemuk tu. haha… bukan gemuk la, tapi makin membesar je.)

ate too much

sekian dulu dari aku. bila aku tak penat or… tak bizi aku tulis lagi panjang2. kalau tak terpaksa la aku biarkan bersawang blog aku ni. huhu.

doakan aku berjaya teruskan kehidupan bekerja a.k.a berpraktikal aku ni sampai ke hujungnya.

********

HK sign (10)

June 30, 2012

Bermulanya Episod Baru Dalam Hidupku…

Asslamualaikum warahmatullah kawan2… selamat malam semua. hangpa semua apa habaq??

hari ni merupakan last day dalam bulan jun. dan esok mai dah bulan baru. membuatkan aku teringat balik kenangan setahun yang lepas. kenangan yang amat bermakna buat kami sekeluarga. dan harapnya moga kenangan itu sentiasa berkekalan buat selama-lamanya… nak tau apa dia ni, kena la tunggu esok. hahaha~

ok. cukup la kot aku rasa dengan part mengimbau2 kenangan lama ni kan? setiap hari kita melangkah ke depan kan… bukan dok melanguk lagi pikir masa silam kita. so… cerita aku ni pon pasal masa depan aku jugak. saje taknak lari tema.

cerita yang aku nak kasi story ni memang hampir semua orang pernah alami. especially makhluk2 bernama manusia yang sedang menghabiskan masa muda dorang kat unibersiti. benda yang dorang buat time dorang dah nak dekat2 final year dorang. syarat untuk dorang dikatakan layak bergelar sorang graduan. haaa… aku rasa dah cukup kot clue yang aku bagi. banyak2 nanti korang senang nak teka. (so, dah tau jawapan dia tak? nanti hari isnin aku kasi tau jawapan dia.)

nantikan

sekian, arigato. moshi moshi… hahaha.

********

* insya Allah esok aku bagitau peristiwa yang berlaku setahun yang lepas. aku tak berani nak janji kat korang, nanti jadi munafik pulak. bukan orang yang bernama mun dan afik ye.

* tak tau la apa perasaan aku sekarang ni. tak pernah buat benda tu sebelum ni. harap semuanya berjalan lancar dekat tempat baru ni…

HK sign (2)

June 27, 2012

Sahabat Sejati? Siapakah Sahabat Sejati Itu?

Assalamualaikum n good morning guyzzz…

sahabat sejati

********

* bahagia sangat kan kalau kita dapat berjumpa dengan sahabat sejati? tak payah ramai pon takpe. biar sikit asal bermakna persahabatan kita. cumanya… yang jadi persoalan sekarang ni, adakah kita salah seorang sahabat yang sejati? untuk sahabat-sahabat kita?

* buat sahabat-sahabat aku kat luar sana, yang dah lama tak berhubung, yang mana dah lama lost contact, yang mana dah terputus n memutuskan hubungan persahabatan kita… selagi mana korang sahabat aku, secara jujurnya aku akan sentiasa hormatkan persahabatan yang kita bina buat selamanya. semoga persahabatan ini akan sentiasa berkekalan… ukhuwah fillah abadan abada. ;D

49-10

* ukhuwah itu bukan terletak pada sebuah pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir… akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya. (imam al-Ghazali)

* tiada perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangnya…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (3)