Assalamualaikum n good morning guyzzz…
********
* bahagia sangat kan kalau kita dapat berjumpa dengan sahabat sejati? tak payah ramai pon takpe. biar sikit asal bermakna persahabatan kita. cumanya… yang jadi persoalan sekarang ni, adakah kita salah seorang sahabat yang sejati? untuk sahabat-sahabat kita?
* buat sahabat-sahabat aku kat luar sana, yang dah lama tak berhubung, yang mana dah lama lost contact, yang mana dah terputus n memutuskan hubungan persahabatan kita… selagi mana korang sahabat aku, secara jujurnya aku akan sentiasa hormatkan persahabatan yang kita bina buat selamanya. semoga persahabatan ini akan sentiasa berkekalan… ukhuwah fillah abadan abada. ;D
* ukhuwah itu bukan terletak pada sebuah pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir… akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya. (imam al-Ghazali)
* tiada perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangnya…
========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
4 comments :
Sahabat. peneman segala suka dan duka.
@syAzAnA
betul. sahabat adalah adik beradik kita yang x seayah n seibu.
point untuk gulingkan pemimpin yg teruk
@Edy Fee
gulingkan pemimpin? ada kaitan ke?? huhu.. :)
Post a Comment