January 24, 2015

My Precious! Buasir Otak: The Komik

[105th]

assalamualaikum dan salam sejahtera. aku tanya apa khabar? aku tanya apa khabar? aku tanya apa khabar… semua? #juaraajl29

1. tiga empat hari kebelakangan ni kecoh dalam dunia blog dan social network (gempak sangat bunyi dia) tentang 13 komikus blogger kaki conteng yang telah berkolaborasi untuk menghasilkan sebuah komik terbaru mereka berjudul; BUASIR OTAK : THE KOMIK.

buasir otak the komik

(mintak maaf kepada owner komik, aku edit cover comic. nak nampak rare sikit. hoho…)

2. keterangan lanjut mengenai cara pembelian komik ni boleh dirujuk terus ke agen pengedar sah komik (rujuk sini). or perhaps kalau korang terlampau ‘penat’ sangat untuk klik link tu, boleh jugak rujuk pada info kata bawah ni:

BOTK - 15

3. disebabkan aku membeli komik ni secara tunai semasa penghantaran (baca : cash on delivery a.k.a C.O.D), maka berpeluanglah aku berjumpa dengan tuan punya blog Buasir Otak.

4. first time meeting face-to-face dengan mana-mana blogger, yang mana selama ni aku hanya follow tulisan-tulisan diorang dalam blog saja. dan reaksi aku waktu tu… sangat-sangat awkward.

5. secara keseluruhannya, komik ni sangat menarik. memang sangat berbaloi–baloi untuk korang dapatkannya. jadi, tunggu apa lagi!?? dapatkannya SEGERA! sementara stok masih ada. (aku tolong promosikan ni. katanya stok dah makin berkurang. huhuhu…)

sekian.