February 5, 2012

Antara Sunnah Rasulullah SAW Yang Mudah Dilakukan Tapi Besar Ganjarannya.

assalamualaikum warahmatullah korang. apa khabar korang semua? dah ada plan untuk hari ni dah. nak sambut Maulidur Rasul kat masjid mana? rasanye memang banyak kan program2 yang dah dirancang untuk sambutan Maulidur Rasul nanti. even kat tibi pon dah berlambak. siap bersusun rapi lagi dalam setiap channel Islamik… ye tak? alhamdulillah syukur… dah makin banyak program2 berbentuk islamik sekarang ni. ;D

bila bercakap soal Sunnah Rasulullah SAW ni memang banyak kan? ada yang besar, ada yang kecik. so, untuk permulaan (permulaan ker???) ni aku nak share pasal satu sunnah yang ramai orang dah buat dah. siap ada cipta lagu lagi. sunnah tu tak lain tak bukan ialah SENYUM. (betul tak ramai yang dah buat? rakyat Mesia ni memang peramah n suka tersenyum. asal jangan senyum sorang2 dah…)

Senyum paling mudah dilakukan, paling cepat kesannye ke atas diri sendiri n orang ramai serta menyamai pahala sedekah. tak ke seronok camtu? kita senyum sekali je dah dapat pahala sedekah. n kena tau jugak, senyum ada banyak jenis tau. antara contoh2 senyuman yang buleh kita apply dalam daily life kita macam kat bawah ni. jadi, tunggu apa lagi. jom skodeng… ;p

smiley face* kalau tak sure make up apa yang sesuai dengan kulit muka kita, hias je dengan sekuntum senyuman yang ikhlas. dijamin free n terbaik dari ladang~ * ;p

n aku jugak ada dengar yang ‘sebaik2 ilmu yang dipelajari ialah yang diamalkan’ serta merta… tak gitu? jadi, aku pon cer try la untuk senyum sentiasa. kata orang ganu, ‘senyum sokmo’. tapi hasilnye macam gambar kat bawah ni…

senyum itu sunnahsememangnye realiti tak seindah yang disangkakan. ada ke dikatanye muka aku pelik bile senyum. sabo je la… :j

tujuan sebenar entri ini : ekceli terjumpa gambar doodle cute pasal smilies ni kat page Doodle Dakwah (kot…). rasa seronok n eksaited (tak sama ke?) nak share. tu yang buat satu entri pasal tajuk senyum. end of story. kbai~

********

* Nabi Muhammad SAW merupakan antara penduduk Madinah yang miskin tapi wajah Baginda sentiasa berseri dengan senyuman.

* tunjukkan la rasa kecintaan n kasih sayang kita kepada Rasulullah SAW dengan cara sambutan yang betul n selari dengan syarak. bukan dengan bakar mercun n meriam buluh pulak. (ingat nak sambut Chinese New Year ke apa? watder la korang ni…)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (9)

3 comments :

pandan said...

heheheh,,nice post,,ok pasnie nk senyum jela,,,=)

Hakimy Zamri said...

singgah dan baca entri. nice. suka part "senyum" tu..hehe..salam maulidur rasul bro.

Hans said...

betul2
bab2 dakwah orang punya muka selalu tak senyum
nice entri


P/S : Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 ->

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html