February 14, 2012

3 Buku Dalam Sehari… Korang Mampu???

Assalamualaikum…

dah lama aku tak menulis dalam blog ni kan? rasanye takde yang rindu kot… huhu. ekceli bukan taknak tulis, tapi… lately semangat menulis aku tu macam dah terbang melayang dibawa bayu petang… (eiceh. berpuitis pulak aku. haha…) semuanye gara-gara kejadian tak diingini that happen to me a few days back. buleh dikatekan benda yang agak penting dalam hidup aku jugak la. oh, how I wish I could just turn back time n change my history. (sigh… … …)

facepalm

tapi pastu aku sedar balik, even if aku dok merungut, dok teriak nak patah balik masa… the same thing will happen. or perhaps maybe different things would occur, but with the same effect. or not… I don’t know myself. semua tu termasuk dalam rahsia Allah SWT, betul tak? so, siape la aku sebagai sorang hamba n manusia kat atas dunia ni nak pertikaikan? better for me to just stop whining, stop complaining n forget bout the past. am I rite… guys? tak guna kita dok merungut n komplen pasal masa lepas kita, tapi tak buat apa-apa untuk perbetulkan masa sekarang kita untuk dapat masa depan yang lebih best! peace… (=.=)v

ok. taknak merepek panjang-panjang pasal benda-benda tak best yang dah lepas tu. tapi nak citer pasal kisah semalam aku. kira best jugak la. aku n my fren lepaking kat mid veli… bukan lepak saje-saje, tapi lepak dalam kedai buku tu. kiranye lebih educated la kalau dok melepak dalam kedai buku kan? (macam haram…)

so dalam kitorang tengah melepak-lepak tu, sambil pilih-pilih buku untuk dibaca (kalau best buleh beli terus… tak gitu?)… aku pon terjumpa la buku-buku macam gambar kat bawah ni.

buku-buku pilihan 3 buku pilihan hati; Bukan Susah Nak Faham, Senyumlah n Ingatlah Mati, Maka Engkau akan Maju & Bahagia!

jadinye… inilah dia 3 buku yang aku cakap tu. aku beli sekaligus dalam sehari. (bukannye abis baca dalam sehari… sebab aku bukan prof. diraja ungku aziz.) harge buku-buu ni tak mahal. tu yang aku buleh beli serentak. lagipun aku beli gune voucher kupon 1 mesia tu. takde la rase terkeluar banyak sangat duit kan? (voucher tu kalau tak gune membazir pulak kan? baik beli buku-buku yang berpekdah untuk dibace… ye tak?)

********

* ok. nak sambung bace 2nd buku pulak. semalam beli-beli je terus abiskan bace da 1st book. guess which one my 1st n 2nd book? (kalau betul aku bagitau sinopsis buku-buku ni. muahahaha…)

* susah jugak sebenarnya nak lupakan benda silam ni. especially the worst part. but that’s life rite?

HK sign (6)

6 comments :

Unknown said...

setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye kan? mungkin awak akan jd lebih cekal dan tabah dalam menongkah arus kehidupan? (adess, ayat xbleh blah ~.~)

selamat membaca. ganbatte ne. ;3

Syafiq Ahadin said...

nak pinjam!!! jumpe kat cafe KK12 hehe!!! #LOL

haryzkhairuddin said...

@nanabyte
arigato nana chan~ ;p

@Syafiq Ahadin
nak pinjam? sure..inform je la. ;D

Hans Hanis said...

seronok la dapat beli guna voucher
aku tak sempat ambil
sedih tul


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

haryzkhairuddin said...

@Hans
x sempat amik? camne lak tu? dah abis belajar ke?

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membeli dan membaca buku tulisan saya. Semoga saudara dirahmati Allah, semoga jua buku tersebut memberikan manfaat kepada ummah, amin ya Rabbal alamin.