April 15, 2012

BATTLESHIP Dan Kempen Derma Dara… Eh, Darah.

Assalamualaikum…

rasanya takyah aku nak buat intro panjang-panjang kot. korang musti dah tau citer ape aku nak kongsi kan? kan?

Battleship Movie

memang macam semua orang cakap… BATTLESHIP MEMANG AWESOME!!! (wootwoot~)

suka dengan part dorang pinpoint kapal-kapal perang alien tu guna pelampung. memang dah kata dorang ikut sebijik game battleship tu kan?

pastu suka part dorang guna battleship dekat muzium tu. dengan kelasi-kelasi veteran turun padang balik. guna battleship tu pergi serang alien main battleship pulak. taktik yang dorang gune memang… pergh~ terbaik!

memang terbaik giler citer ni… puas hati sangat-sangat tengok kat wayang. nak bagi bintang pon rasanya tak cukup kot. (ok… aku over. tapi, memang best… nak cakap apa lagi?)

kempen derma darah kawasaki

oh, sebelum tu… lupa lak aku nak bagitau. aku ada join kempen derma dara…h. biasa la, orang darah pemurah macam aku ni… kena la selalu derma kan? kata penderma universal kan? kalau tak susah la orang-orang sakit yang perlukan darah aku ni. (cheis… bajet macam bagus je mamat ni kan? huhu…)

lagipon, bila lagi masanye aku nak recycle darah dalam badan aku ni… ya tak? ni lah salah satu cara dia. aku bukannye boleh recycle setiap bulan pon… kan? kuikuikui.

********

* sekarang ni tengah menghitung hari je… dah x sabar nak tengok citer terhebat di alam semesta seterusnya. which is… THE AVENGERS. (hopefully x mengecewakan…)

HK sign (9)

April 12, 2012

My Ambition…??? What You Guys Wanna Be?

Assalamualaikum… n good day to you guys. (ceyh… cakap mat salleh pulak dia. hewhew. ;P)

bercakap pasal ‘ambition’ ni atau ambisi kata orang zaman sekarang & cita–cita kata orang dolu–dolu… aku rasa korang semua masa kanak–kanak ribena dolupon musti ada cita–cita gak kan? tak banyak satu musti ada kan? jangan nak boraklah… macam tu jugak dengan aku.

ambition this cute and adorable kitty was drawn by Miao & WafuPafu Comic Blog | Cuteness Overdose!

percaya atau tak, dulu time aku kanak-kanak ribena cita-cita ooppss… amibisi aku nak jadi doktor. wakakaka… mau gelak-guling-guling-pecah-perut aku. ada ke muka aku layak jadi doktor? (kalau xtau, tengok je gambar profile aku tu. tu la aku… percayalah~) tak layak sungguh. huhuhu~

sebab utama aku nak jadik doktor adalah… aku suka sangat main ‘bedah-bedah’. (ye la, orang duduk rumah burung apa lagi boleh main kan? nak keluar depan belakang kiri kanan semua jalan raya.) habis semua patung kat rumah aku bedah. dah tu, masukkan kapas banyak-banyak, takpon buang ‘isi perut’ patung tu. then, jahit sesuka hati balik. hasilnye, korang fikir-fikir la sendiri…

tapi bila aku dah besar sikit… dah masuk Form 4, baru aku sedar subjek Biologi is not one of my favorite subject. memang tak minat kaw-kaw punyer. kira tahap dewa ultra langit ketujuh la gamaknye. jadi, setiap kali exam kalau lulus tu dah kira bertuah sangat la… walaupon benda tu sangat rare. (tapi nasib baik tak merosakkan result SPM aku. alhamdulillah~) so, nak xnak kena la tukar ambisi aku. what to do…?

jadi, sekarang ni aku nak tanya kat korang semua… apa ambisi korang time kecik-kecik dolu? n masih sama ke sampai korang dah besar bagak sekarang ni? jawab, jangan tak jawab… huhu~

sekian.

********

* aku sekarang ni masih cloudy lagi apa aku nak buat bila abis belajar nanti. mungkin aku belum masuk dunia pekerjaan sebenar kot. so masih tak berapa nak clear lagi view aku.

* cute tak miao-miao tu? sebab beliau cute sangat la makanye aku buat entri ni.

* ok. nak gi tengok Liga Ilmu. debat antara Imam Muda & Ustazah Pilihan…

HK sign (5)

April 9, 2012

Lihatlah Betapa Baiknya ALLAH…

Assalamualaikum korang. sebelum korang semua bising, baik aku ngaku siap – siap… aku memang dah lama tak ngapdet blog ni. hampir sepurnama jugak kot… dah lama terbengkalai buatkan aku jadi takde mood pulak nak bukak. huhuhuu~

tapi baru – baru ni aku terjumpa satu doodle yang sungguh kiut – miut. jadinya aku terasa la nak mengongsi dengan korang semua. (aku  dah edit sikit – sikit lukisan asal tu… tapi mesej dia tetap sama.) jom layanz sekejap~

baiknya Allah

********

* kadang – kadang kita terlupa… dan kadang – kadang kita terlepas pandang. sebab kita terlalu sibuk merungut dan mengeluh tak puas hati dengan rezeki yang ALLAH bagi dekat orang lain. sedangkan rezeki dan rahmat yang ALLAH bagi dekat kita sentiasa melimpah – ruah.

* seboleh mungkin, amik masa sekejap untuk renung ke dalam diri… timbang dan nilai apa balasan yang kita dah buat untuk setiap kebaikan yang ALLAH berikan?

* memang kalau nak hitung setiap nikmat yang ALLAH kurniakan kita takkan mampu nak hitung. sebab terlampau banyak yang ALLAH dah bagi. jadi korang pikir – pikirla sendiri…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (10)

March 29, 2012

Who Are These Guys? Do You Know Them…???

Assalamualaikum korang.

pertama – tama aku nak bagitau untuk beberapa hari yang lepas ni aku tak update blog aku bukan sebab aku malas (macam biasa), tapi… sebabnye… sebabnye… sebabnye… aku dah terjumpa satu (ke banyak?) lagi lubuk harta karun waktu aku blog running ari tu (sebab internet laju, jadi buleh la aku berlari berkejaran. muahahaha…)

ok. fine. aku exaggerate je kat atas tu. takde la lubuk mana pon. sebenarnya aku baru je terjumpa beberapa lagi comic blog yang ‘super duper whooper burger’ cute dan best. (bak kata salah sorang blog owner tu… nak tau siapa cari sendiri.)

pertemuan aku dengan mereka bermula bila mana aku dengan tak sengaja terbaca satu blog ni. blog dia sebenarnya dah well – known jugak la… cuma aku je yang baru tergerak nak baca. (sebab aku selalu nampak nama dia kat blog – blog yang lain.) haish… slow poke betul aku ni.

lanun ranggiLanun Ranggi (aujinz.blogspot.com)

then suddenly, aku terbaca pulak (berapa banyak ‘ter’ la kau ni?) satu entri dia yang mengumpulkan ratusan puluhan comic blogger yang lain. so disebabkan entri tu, aku dah terstuck pulak dengan beberapa lagi comic blog yang ‘super duper whooper burger’ cute yang lain.

miao & wafupafu Miao & WafuPafu Comic Blog | Cuteness Overdosed! (www.akiraceo.com)

bro don't like that la bro Bro, Don’t Like That La, Bro (dontlikethatbro.blogspot.com)

burung robin Nama Saya Robin (burungrobin.blogspot.com)

jadi buat masa sekarang ni, aku tengah nak habiskan semua entri dalam blog – blog ni pulak. biasa la kan… kalau dah jumpa blog ‘super duper whooper burger’ best kan, apa lagi yang akan kita buat? nanti lain – lain kali kalau aku dah habis baca n ada masa free, aku explain lagi kenapa aku suka blog – blog ni. siyes best wa cakap lu.

sekian, terima kasih.

********

HK sign (5)

March 25, 2012

TAHNIAH GEMA ASTAR!!! Anda Adalah Juara… Buat Kami! Terbaik~!!

Assalamualaikum korang sekali lagi…

gema astar 10/11

Sekalung tahniah buat pasukan GEMA ASTAR kerana telah berjaya merangkul NAIB JUARA untuk PERTANDINGAN FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA dalam acara KOMPANG (Selawat). usaha korang semua selama ni tak sia – sia. tangan korang yang dah pecah – pecah n keras macam kertas pasir tu pon dah membuahkan hasil yang terhebat. anda dah tunjukkan persembahan terbaik dekat kitorang semua. TAHNIAH SEKALI LAGI~!

********

nerd * kalau sebelum ni aku post entri pasal emo – emo, tapi hari ni aku betul – betul happy dengan performance dari pasukan gema astar. diorang dah tunjukkan bakat – bakat terhebat diorang. I’m so proud with them… bangga pakai baju gema astar pergi mana – mana. (haha… melampau giler cakap kan?)

* kalau ada yang tak tau gema astar tu apa, ekceli tu nama pasukan kompang kolej aku dekat UM.

* kalau korang perasan, yang word ‘selawat’ tu aku ada letak bracket… kan? sebabnye tu hanya TEMA pertandingan kompang untuk tahun ni. pertandingan kompang dekat UM spesel sikit. sebab kitorang kena berselawat @ menyanyi, berkompang (dah wajib la kan. kata pertandingan kompang…) n membuat formasi @ ada gerak tari. unik tak? unik kan… (haha… kalau korang cakap tak unik pon aku pedulik hape.)

proud * tak tau nak wish apa lagi. sebabnye… aku sangat – sangat – sangat hepi dengan persembahan tadi n beta amat berbangga dengan pasukan gema astar tahun ni. tahniah lagi dan lagi buat korang semua.

* perbaiki semua kesilapan kita n tingkatkan lagi prestasi untuk tahun depan. terima hakikat yang kolej – kolej lain pon hebat – hebat jugak. belajar la jugak dari skill dorang tu. hopefully buleh membantu dalam naikkan lagi kualiti gema astar tahun depan. ;D

HK sign (11)