July 18, 2012

Stages of Sleepiness…

Assalamualaikum & good day to you guys.

stages of sleepiness

have you guys ever encountered this situation?

********

well, I do. but not till knock out though…

HK sign (5)

July 15, 2012

Mintak Nyawa… Mintak Nyawa…

Assalamualaikum kawan2 dan geng bas sekolah semua. apa khabar hari minggu korang?

diam tak diam, dah 2 minggu rupanye aku berpraktikal di syarikat giligasi (gergasi ker???) kat area shopping mall ni… kan? walaupon ada masa kerja datang tanpa hentinya n bertimbun2 (bukan untuk aku sorang je tapi kat semua pekerja2 senior team aku jugak), tapi… ada jugak masanya sampai takde kerja langsung. (membohong la takde kerja kan, bangkrap la jawabnya syarikat tu kalau dah takde kerja.) sampai aku jadi buhsan menghadap kat skrin kompite tapi tak tau nak buat apa. nak bukak fesbuk n twitter, dah kena blocked pulak. n bila tanya dengan supervisor, dia pon tak tau nak bagi kerja apa kat aku.

exhaustedtapi yang aku peliknya, even tak banyak kerja yang aku buat sampai ke petang, still aku tetap akan rasa penat yang melampau. walaupon tak sepenat masa time aku study dulu. dulu masa study memang la penat menghadap buku je kan…? kan…? tapi masih ada energy lagi nak berjimba sakan. nak berjogging ke. tapi time kerja ni aku rasa lain macam. rasa exhausted. penat sangat2. bila balik kerja je rasa nak terus pegi cari tilam, hempas badan sampai bunyik nak patah katil (bukan disebabkan badan aku yang makin tough)… pastu terus lena diulit mimpi.

makanya, walaupon idea dalam kepala otak aku agak banyak nak dikeluarkan n diisi dalam blog ni… tapi disebabkan kekurangan tenaga sebab tak makan biskut tiger biskuat, aku terpaksa memilih antara dua… tido @ mengupdate blog.

jadinya, sampai kita berjumpa lagi. sekian. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dapat terbang juga (sebab berkapel dengan sugar glider).

(marah la orang2 dpb dekat aku tengok peribahasa ni. hik hik hik…)

********

* aku bukannya tak bersyukur dapat tempat internship yang ohsem macam tu. aku seronok sebenarnya. ye la… mana nak dapat kan internship dekat dengan shopping mall. selalunya orang pergi shopping mall sekali sekala, tapi aku pergi haghi haghi… cumanya, mungkin badan aku masih tak dapat adjust lagi dengan kondisi sekarang ni. insya Allah, lama2 ok la kan?

* aku sangat respek dengan orang2 yang dah bekerja ni. (yang curik tulang, yang tak buat kerja, yang mengulor sepanjang hari dikecualikan. hohohoh…) sebabnya… evendoh dah seharian letih buat kerja, mana nak kejar datelinenya, kena marah dengan boss n customer, dengan traffic jammed lagi, but then esoknya diorang masih lagi gagah pegi kerja n mengahdap benda yang sama. bukan untuk sehari dua, but for the rest of their life. sampai diorang pencen. (n aku pon akan hadapi benda2 tu tak lama lagi… oh God.)

HK sign (9)

July 6, 2012

Minggu Pertama Di Tempat Baru…

Assalamualaikum n salam perpaduan geng… (peace) (=.=)v

working senang cerita, aku sebenarnya baru je start internship a.k.a praktikal n aku dimasukkan under logistics department. kat satu syarikat yang bertempat di area key ell jugak. di salah satu kompleks beli belah terbesar kat mesia ni. (musti korang pelik kan? boleh ke praktikal kat shopping mall??? haaaa… lu orang try carik sendiri. ;D)

dizzy sebab kenapa aku tak updet awal2 padahal aku dah janji ari tu? sebelum tu aku nak mintak maap dulu siap2. hal ini disebabkan baru first time aku berpeluang merasakan kehidupan orang2 yang dah bekerja. n baru aku faham sefaham-fahamnya kenapa setiap kali my brother n sisters balik rumah, muka dorang sangat kepenatan n keletihan. ada tu yang sampai2 rumah je terus tidur. penat gile weyh. siyesly, first day aku masuk kerja ari tu, balik2 rumah je aku dah rasa otak aku weng @ bengong jap. rasa cam bengong tahap gaban la kiranya. lagi teruk dari yang aku rasa setiap kali habis jawab exam paper aku.

sleepy lagi satu, yang kelakarnya… boleh pulak aku tertidur time kerja. ye la, biasa time student dulu aku musti akan tidur after zohor. boleh pulak terbawak2 dalam dunia pekerjaan. hoho…

n terkini, baru aku tersedar yang kebanyakan ‘seluar kerja’ aku dah makin mengecil. ada yang senak bila aku pakai. hehe… adakah seluar2 tersebut ada mekanisma yang boleh mengecutkan diri masing2? hurm… I wonder. (hoho… taknak mengaku dah gemuk tu. haha… bukan gemuk la, tapi makin membesar je.)

ate too much

sekian dulu dari aku. bila aku tak penat or… tak bizi aku tulis lagi panjang2. kalau tak terpaksa la aku biarkan bersawang blog aku ni. huhu.

doakan aku berjaya teruskan kehidupan bekerja a.k.a berpraktikal aku ni sampai ke hujungnya.

********

HK sign (10)