November 30, 2011

Hanya Orang Yang Berani Je Mampu Mintak Maaf. Jadi… Ade Bran?

assalamualaikum geng-geng seangkatanku sekalian. hawau yu (how are you)? tadi kan ada kawan aku post satu status kat fesbuk. (biase la… katne lagi kan?) post dia bunyik lebih kurang camni (lebih kurang konon. padahal kopipes sebijik-sebijik kot. takleh blah…);

Mengucapkan Maaf hanya mampu dilakukan oleh orang-orang yang berani. “ Amacam korang, ade bran? ” :D

jadi, kalau korang ditanya soalan camni… apa korang nak jawab? atau… jawapan korang macam salah satu dari situasi-situasi kat bawah ni???

 memaafkan dan dimaafkan jadi, yang mana satu korang pilih? jawab. jangan tak jawab.

kadang-kadang kita taknak maafkan sesorang tu atas sebab-sebab tertentu. atau mungkin sebabnye kita rasa apa yang orang tu buat dekat kita dah melampaui batas aura langit peringkat ketujuh. dan mungkin jugak kita anggap orang tu tak layak untuk dimaafkan. tapi sebelum korang bagi jawapan korang kat kotak komen bawah nun, perhati dulu temubual ke? kat bawah ni.

status facebookaku tak la sebaik tu ye. sila jangan terpedaya. muahahaha… (gelak seth tan)

jadi, guys. dah ada jawapan dia??? takyah pikir panjang. bukannye soalan exam pon. letak je dalam kotak komen. sekian.

********

* sebelum kita pikir orang yang banyak buat salah dekat kita, pernah tak sekali kita terpikir berapa banyak salah kita dekat Allah?  n berapa banyak nikmat yang Allah masih bagi dekat kita evendoh kita buat salah dekat DIA??

* aku tak mungkin hidup untuk sehari dengan tak buat silap langsung. tapi, at least aku sepatutnya bersyukur sebab kesilapan-kesilapan tu yang akan jadikan aku lebih matang (hopefully)… n ada benda yang dapat aku belajar daripadanya. (eiceh… bajet pakar motivasi lak. huhu.)

* I may not be the most perfect person ever lived on Earth. cause I’m just a human. a normal being. therefore, I sincerely ask for you guys to forgive me. yes… you! I’m asking for your forgiveness. will you forgive me??? (ceh… cakap omputih lak. dah tu, nak mintak maap pon macam nak carik gaduh.)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (8)

November 28, 2011

Tolonglah Jangan Keluarkan Fatwa Sesuka Hati.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (sekali-sekala bagi salam panjang-panjang cara jugak kan?)

*sebelum korang mula baca, aku nak kasi ingat siap-siap. entri ni berkemungkinan besar lengthy. jadi, harap bersabar. sekian*

kebelakangan ni dah makin ramai blogger (ke aku je yang rasa camtu??) yang makin terbuka pemikiran untuk mengeluarkan dan membahaskan entri-entri berbentuk islamik. TAHNIAH & SYABAS aku ucapkan atas usaha suci murni kalian. alhamdulillah… sekurang-kurangnya makin banyak tempat yang boleh diblogwalking dalam mencari info-info terbaru berkaitan agama (general knowledge pon bagus jugak). memang satu perkongsian ilmu yang sangat bagus. (aku tak kate korang-korang yang tulis pasal experience sendiri tu tak baguih. jangan dok salah paham pulak.)

tetapi… sayangnya, ada segelintir blogger yang menganggap persoalan agama (lebih-lebih lagi Islam) ni macam isu-isu dunia yang lain. dan ada yang memandang golongan-golongan yang memperjuangkan Islam sebagai golongan konservatif. (weyh… korang millenium sangat ke?? nyawa pon Allah yang bagi pinjam. lagi ada hati nak persoalkan hukum Islam. ok, rilex haris. tenangkan diri balik… kawal emosi. kool2…)

(terus masuk isi penting je la. intro takyah panjang-panjang. bukan ada orang suka baca pon. haha…) kenapa aku cakap camtu? sebab tadi tengah blogwalking, terjumpa satu blog yang unik. (takyah bagi link la kot.) owner blog sorang Islam yang membela anjing-anjing. siyesly, aku tak kisah beliau nak bela anjing dalam kuantiti yang banyak (menurut kata beliau la kan), tapi yang membuatkan aku rasa TERBAKAR nak tulis entri ni bila beliau menghuraikan hukum-hukum Islam guna logik akal n hujah-hujah dangkal semata-mata (sempat check kamus dewan bahasa dan pustaka kot). antara hujah yang beliau n pengomen blog beliau keluarkan;

1. (hujah utama) ‘malaikat takkan masuk rumah yang ada bela anjing.’ bukan semua malaikat yang takkan masuk. mungkin malaikat yang tak masuk sebab anjing tu busuk, kotor & tak divaksinasi. lagipun tu zaman dulu la, very likely zaman sekarang ada malaikat yang BERANI MASUK RUMAH ORANG ISLAM YANG BELA ANJING. (malaikat tu macam manusia ke yang takut kotor & penyakit? malaikat bukan penakut. takde soal ada malaikat berani, malaikat takut, malaikat zaman dulu, malaikat millenium.  bila Allah perintahkan sesuatu pada malaikat, dorang terus buat. tak pernah bantah. patuh je. tak macam manusia ni.)

2. saya tak kisah kalau malaikat Jibril taknak masuk rumah saya. tak mungkin Jibril ada apa-apa wahyu atau pesanan nak sampaikan pada saya. saya tak kecil hati pun. (Jibril diutus berjumpa Nabi Muhammad SAW sebab beliau ketua para malaikat. dah tentulah ketua malaikat yang diutus berjumpa penghulu sekalian manusia. pernah ke rakyat biasa yang dihantar berjumpa ketua negara lain? dah semestinya duta besar negara yang akan dihantar? jangan persoalkan tugas para malaikat. walau wahyu dah lebih 1400 tahun terputus, pasti ada tugas yang diberikan Allah dekat malaikat-malaikatNYA. jangan kita yang cetek ilmu nak persoalkan.)

3. rezeki saya bertambah murah bila semakin banyak anjing saya pelihara. saya rasa malaikat rahmat tetap melawat saya dan membawa rezeki. (alhamdulillah, rezeki makin banyak. mungkin sebab kau selalu buat ihsan dengan makhluk-makhluk Allah. tapi… berapa banyak kaum-kaum dulu yang Allah binasakan walaupun harta mereka melimpah-ruah? bukan ke sebelum Allah binasakan sesuatu kaum, dikayakan dulu orang-orang kaya di kalangan mereka. pastu Allah utus para rasul untuk seru mereka ikut ajaran Islam. kalau mereka ingkar, maka layaklah mereka dibinasakan. jangan kita selalu anggap bila Allah bagi rezeki yang banyak dekat kita, Allah sayang sangat dekat kita. sebenarnya tu 1 ujian besar untuk kita. kalau kita bersyukur, barulah layak kita digelar hamba Allah yang beriman & bertaqwa.)

4. dalam al-Qur’an, disebut pemuda-pemuda Kahfi pon bela anjing? jadi tak salah la kalau nak bela anjing? kenapa nak prejudis sangat dengan anjing. (anjing boleh dibela atas beberapa syarat. (nak tau lebih lanjut, tanya ulama’.)  yang dihukum najis berat bukan haiwan tu tapi cecair yang keluar dari haiwan tersebut. kalau tak kenapa ada orang yang buat baik dengan anjing pon dapat masuk syurga? PADA PENDAPAT AKU (aku caps lock n boldkan maksudnye ni pendapat personal aku semata-mata), setiap zaman syariat berubah. hanya pokok syariat utama yang takkan berubah sampai akhir zaman. tapi apapon rujuk para ulama’ untuk jawapan lebih konkrit. allahu a’lam.)

5. (salah-satu komen pembaca) macam la dia orang nampak malaikat masuk ke tidak dalam rumah. malaikat bukan kira rumah ada anjing ke tidak, ada gambar ke tidak, yang penting hati ada Allah. kalau macam tu susah la kerja malaikat nak cabut nyawa. rujuk quran je, jangan rujuk kitab tulisan manusia. hadis banyak tokok tambahnya. kalau dah takde dalam quran dah la. asalkan tak langgar peraturan dalam quran. (berapa banyak golongan yang dah sesat sebab berpegang pada al-Qur’an semata-mata? memang ada golongan-golongan yang memalsukan hadith, tapi bukan semua. kalau nak ikut al-Qur’an sangat, Allah suruh berpegang pada al-Kitab (al-Qur’an) dan al-Hikmah (Sunnah Rasul SAW). jadi mana dalil yang cakap Allah suruh ikut al-Qur’an semata-mata? lagi satu, kerja malaikat Izrail bukan untuk kita pertikaikan. walau susah n teruk mana tempat tu nak dimasuki, bila Allah perintahkan malaikat Izrail untuk cabut nyawa, so tunggu je la saatnya. n jangan tulis ikut sedap rasa je.)

ada banyak lagi hujah-hujah (alasan tu macam sinis sangat) yang beliau bagi untuk merelevankan beliau bela anjing banyak-banyak. sekali lagi aku cakap, aku tak kisah kalau ada orang yang nak bela anjing sepenuh rumah sekalipon. itu hal korang. TAPI, bila korang cakap pasal Islam tak guna sumber n saluran yang betul, tu yang kita semua KENA tegur.

INGAT!

Islam bukan bergantung pada logik akal semata-mata. bila Allah SWT turunkan perintah n larangan melalui perantaraan Rasul SAW, kita ikut je la. tapi pastikan bersumberkan dalil-dalil yang shahih n terbukti tepat. jangan main hentam keroro keromo je. sekian.

********

* sebab tu mana-mana hadith yang dimasukkan dalam satu-satu entri kita kena double-triple check (bak kata sorang blogger) dari sumber yang diperakui shahih n tepat.

* n mana-mana ayat al-Qur’an tidak boleh ditafsirkan sesuka hati je. perlu bersandarkan tafsiran yang tepat. (contohnya dari tafsiran Ibnu Abbas RA ke, Ibnu Katsir RA ke). kalau tak, jadilah kita macam golongan ahli kitab yang menafsir kitab mereka (Taurat n Injil) ikut suka-suki hati dorang je. n setiap ayat al-Qur’an ada asbabul nuzulnya (sebab-sebab penurunan) yang tersendiri. jangan main tibai keroro keromo je.

* ikut urutan sumber rujukan dalam menetapkan sesuatu hukum tu dipatuhi. bermula dari merujuk kepada al-Qur’an (berserta tafsiran yang tepat), pastu hadith-hadith riwayat Imam Bukhari n Muslim RA, hadith riwayat Imam Bukhari RA, hadith riwayat Imam Muslim RA, hadith hassan yang diriwayatkan imam-imam hadith, ijmak para ulama’ n last sekali qias. jangan main langkau sesuka-suki hati.

* ilmu berkaitan Islam perlu diteliti sebaik mungkin sebelum disebarkan. sebab takut ada golongan-golongan yang tersalah tafsir n menyebabkan dorang terpesong akidah.

* fatwa = pendapat. (betul ke? any correction guys…)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (6)

November 26, 2011

Jendela Baru Telah Dibuka, Salam Maal Hijrah 1433

assalamualaikum kawan-kawan. bersempena 1 Muharram yang baru menjelma, aku sure korang musti pernah dengar lagu ni kan? alah… lagu maal hijrah tu. memang evergreen kan lagu tu? kiranye kalau aku tak dengar lagu tu time sambutan maal hijrah macam tak lengkap hidup. haha… (gile exaggerate aku ni). rase macam makan ketupat takde rendang tok wan time raye. (ade persamaan ke?) ape-ape pon, aku nak share lagu evergreen tu dengan korang.

lagi satu, aku nak share jugak dengan korang satu puisi yang aku cipta sendiri. pergh…! gilak la lu! buat puisi pulak sekarang neh. (tapi… kalau ada yang mana-mana pihak yang terasa aku tercurik hak cipta korang, aku mintak maap sangat-sangat. mungkin secara kebetulan n secara tak disengajakan je. gomenasai~) so, sila enjoy n hayatinya…

hijrah perjuangan hasil nukilan saudara Haris Khairuddin yang bertajuk Hijrah Satu Perjuangan. (ada gaya macam segmen dalam ikim.fm tak? huhu…)

“Bukan mudah untuk berubah; dari tak tentu arah kepada sujud di tikar sejadah. Dari Islam pada nama kepada Islam akidah. Namun ada DIA untuk kita berserah. Seluruh jiwa dan raga, memohon diteguhkan iman dan diberikan hidayah.” (Hazwani Rosli)

********

* komunikasi – cara korang bercakap, berdakwah dan yang berkaitan dengan cara pergaulan korang.

* gerak amali – tingkah laku korang, amal kebajikan korang dan yang sewaktu dengannye.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (10)

Selamat Kembali… Wahai Panda-Pandaku Sekalian.

assalamualaikum dan hola~ dina nazir di sini… (bukan ke dia suke cakap camtu???) ;p

macam yang korang semua perasan (atau terbuat-buat perasan), hampir semua entri aku dah terhilang dari poket saku aku. huhu… entri-entri tu hilang like gone with the wind kate omputih (padahal just klik butang ‘delete’ je pon).

korang nak tau tak pasal apa entri-entri aku buleh hilang? (kalau taknak pon buat-buat nak tau gak. tak kira… hahaha.) sebabnye entri-entri aku tu hilang… sebabnye… sebab ada teknikal problem dengan entri-entri tu. apa problem dia tu korang takyah tau kot. sebabnye (sebab lagi) aku dah setelkan… dengan men‘delete’ entri-entri tersebut. hahaha… kalau nak cakap tak sayang kat entri-entri tu, memang tipu la kan. sape tak sayang kalau dah tulis banyak-banyak pastu terpaksa delete kan? tapi takpe… let bygone be bygone. hapuskan kesan degil… lupakan yang lain. yang penting aku masih ada blog tempat aku luahkan rasa hati. eyceh… dan sebagai salah satu medium untuk sebarkan informasi dan dakwah. tak gitu guys???

so, taknak mengarut panjang-panjang. korang bukannye baca pon. hahaha… jadi, sampai ketemu lagi. tapi tak tau bile la kan. sebab aku kalau dah post 1 entri kena tunggu lagi sepurnama baru keluar idea baru. hehe… ok guys… till then. assalamualaikum…

cute panda bila panda itam putih try belajar cakap melayu. (just a joke…)

********

* perkara sebenar biarlah aku sorang je yang tau. yang pasti, aku akan cuba mengikhlaskan tulisan-tulisan aku pasni. ;D

* kita takkan mungkin dapat puaskan hati semua pihak. sebagai blogger, jangan dok pening-pening kepala pikirkan cara yang terbaik untuk puaskan hati setiap pembaca. biar kita ada identiti tersendiri. (kata-kata yang aku pinjam dari blogger-blogger otai)

* sayangnye pada entri-entri lama aku. apepon selamat tinggal aku ucapkan~ ;p

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (1)

November 6, 2011

Just Let People Go…

assalamualaikum guys. a short entry for you…

letpeoplego_thumb3

********
* if two hearts are meant to be friend, no matter how long it takes, how far they go, how tough it seems, fate will bring them together to share friendship forever… (the same thing you can implement on lovers. i guess so… I've never been into one. hahaha…)

HK sign (6)

November 5, 2011

Always Forgive And Have NO Regret…

assalamualaikum guys. a nice short entry I've created just for you…

thankstoyou_thumb6[4]

********

* you cannot do anything about the length of your life, but… you can do something about its width & depth. (shira tehrani)

* life is too short; grudges are waste product of perfect happiness. so… just laugh when you can, apologize when you should and let go of what you can't change. love deeply and forgive quickly. take chances, give everything and have no regrets. life is too short to be unhappy. you have to take the good with the bad, smile when you are sad, love what you got and always remember what you had. always forgive but never forget. learn from your mistake but never regret. people change, and things go wrong. but always remember… LIFE MUST GO ON!!! (I’ve taken this from another Syazwan Che Deraman’s blog. i hope he’s fine with it. “are we okay bro… we cool rite?? ;p”)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (5)