August 19, 2012

Raya, Raya Jugak… Keselamatan Jangan Lupakan.

Assalamualaikum geng. harapnya korang semua tengah bergumbira di kampung memasing. yang tak balik beraya tu pulak janganlah dok bersedih sangat. dengar je lagu2 raya yang super ohsem n evergreen tu. especially lagu dendang perantau. huhuhu…

di kesempatan ni, macam biasa la kan… aku kalau buleh nak jugak la mintak maaf kat kawan2 aku semua. mana la tau kot-kot ada terkasar bahasa, tersilap kata… moga-moga korang semua sudilah apa kiranya memaafkan aku. (eiceh… bajet retis pulak. haha)

selamat hari raya aidilfitri diamik ‘tanpa izin’ dari blog enciknakal.com. hope tak marah la… hari raya kot. hehe…

dan tak lupa jugak aku nak berpesan kat korang semua, termasuk diri aku sekali… pastikan keselamatan menjadi keutamaan sepanjang masa, tak kira di mana kita berada. jadikan sambutan hari raya kali ni yang paling meriah, paling best n penuh bermakna.

Patuhi Peraturan Jalan Raya & Utamakan Keselamatan Diri Tak Kira Di Mana Anda Berada. “Anda Mampu Mengubahnya!” hohoho…

balik kampungdiamik dari blog IntaNBerliaN (selamat hari raya jugak. maaf amik tanpa izin. hehe…)

sekian… Selamat hari Raya Aidil Fitri sekali lagi. mohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki.

********

HK sign (3)

August 12, 2012

Rukun-rukun Kekufuran…???

Assalamualaikum… ya akhi, ya ukhti. (nyanyi macam lagu opick tu. hahah…)

maaf la ye kawan2 sekalian. sejak beberapa menjak yang lepas ni, memang aku busy yang teramat-amat sangat. (yo yo oh je la aku ni. padahal alasan lapuk ni dah tak relevan dah.) tapi kan… nak khabor la jugak ni, kenapa aku tak updet lama ni. lepas aku setel je dari ke‘busy’an melampau kat tempat kerja aku tu, entah kenapa la kan tetiba je kan mood aku nak menulis n mengapdet blog ni terpadam rasanye… kan? (hohoho… alasan basi lagi. what ever la haris~) tapi kan, bila aku mula balik blog walking (blog marathon pon boleh…) sepurnama dua kebelakangan ni, tetiba terpancar balik percikan mood untuk aku mengapdet blog ni. hohoh… (rasa2nye dah takde kot yang nak singgah dekat blog bersawang n berpuaka bunga tanjung aku ni. huhu… sedih jap.)

ok. tamat mukadimah merepek lagi merapu aku ni. baik start masuk terus ke isi utama entri ni. (hohoh… cam siyes la sangat kan?)

----- <(=.=)> -----

menurut al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah, rukun-rukun kekufuran ada empat (4) perkara. sesiapa yang ada dalam dirinya salah satu atau kesemua perkara tersebut, maka berusahalah untuk menghilangkannya. 4 perkara tersebut adalah;

prouda) al-kibr (sombong, takabbur)

akan mencegah makhluk untuk tunduk merendahkan diri di hadapan Penciptanya. (biasak la kan… pantang dipuji sikit, pantang terasa diri lagi mulia dari orang lain, pantang ada gelaran2 penting kat depan nama, mula la lubang hidung tu nak kembang tak kuncup2. mula la jalan nak berkepak, nak mendabik dada je… kan?) dan takabbur adalah kekufuran pertama yang dilakukan makhluk terhadap Penciptanya.

revenge b) al-hasad (dengki, khianat)

akan menghalangi seseorang untuk menerima nasihat yang berhikmah. (bila nampak orang lain lebih sikit dari kita, mula la kita panas punggung. mula la tak sedap hati. mula la tetiba jadi detektif Conan tak bertauliah. cuba nak selongkar kelemahan n kekurangan ‘musuh’ kita. mula la tabur bunga2 fitnah n cerita2 buruk pasal ‘musuh’ kita tu. tak cukup setakat tu, mula la dok berhabis duit n tenaga carik ahlil nujum marang perapu kepunden parang sekeper yang buleh ‘hancur’kan n rosakkan hidup ‘musuh’ kita tu.)

stress c) al-ghadab (marah, panas baran)

akan membentengi manusia dari berlaku adil. (pantang salah sikit, pantang silap sikit… mula la nak meninggi suara tak memasal. mula la nak menengking mengherdik orang lain sesuka hati. terasa macam diri tu dah cukup sempurna. macam tak pernah buat silap. mula la nak menuding jari dekat semua orang.)

ate too muchd) syahwat (terlalu mengikutkan nafsu)

akan mengurangkan tumpuan dan fokus dalam mengerjakan ibadah. (orang dolu2 kan pernah kata, jangan biarkan nafsu sampai beraja di mata, bersultan di hati… mau binasa diri nanti. lagi satu orang cakap, kalau ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa, ikut hati mati. jadi pandai2 la menjaga diri. akal yang diberi tu gunakanlah sebaik mungkin. jangan setakat ada tapi tak berfungsi… ye tak?)

sifat mazmumah

semoga semua kita terhindar dari semua sifat mazmumah. memang bukan mudah untuk berubah dalam sekelip mata, tapi tak juga mustahil… betul tak? pikir-pikirkanlah. mana yang baik, mana yang buruk? sekian. ;D

********

* mungkin teknik menulis aku untuk kali ni dah makin tumpul n tak menentu. biasak la… dah lama tak menulis kan? cuba nak mengasah balik. harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan.

* isi entri ni aku dapat dari Ustaz Norhamizi dalam Motivasi Pagi. so, apa2 hal berbangkit, korang boleh tanya beliau sendiri.

* maaf kalau ada tersilap kata, tersalah bicara dalam entri ni dan sebelumnya. aku hanyalah insan lemah dan tak berdaya. (hohoh… yo yo oh je aku ni.)

* kenapa sifat2 keji lagi terkutuk dalam gambar tu lagi banyak dari entri aku? aku tengok sama je… cumanya dihuraikan dengan lebih detail la. cer korang try check. hohoh.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

HK sign (10)