March 29, 2012

Who Are These Guys? Do You Know Them…???

Assalamualaikum korang.

pertama – tama aku nak bagitau untuk beberapa hari yang lepas ni aku tak update blog aku bukan sebab aku malas (macam biasa), tapi… sebabnye… sebabnye… sebabnye… aku dah terjumpa satu (ke banyak?) lagi lubuk harta karun waktu aku blog running ari tu (sebab internet laju, jadi buleh la aku berlari berkejaran. muahahaha…)

ok. fine. aku exaggerate je kat atas tu. takde la lubuk mana pon. sebenarnya aku baru je terjumpa beberapa lagi comic blog yang ‘super duper whooper burger’ cute dan best. (bak kata salah sorang blog owner tu… nak tau siapa cari sendiri.)

pertemuan aku dengan mereka bermula bila mana aku dengan tak sengaja terbaca satu blog ni. blog dia sebenarnya dah well – known jugak la… cuma aku je yang baru tergerak nak baca. (sebab aku selalu nampak nama dia kat blog – blog yang lain.) haish… slow poke betul aku ni.

lanun ranggiLanun Ranggi (aujinz.blogspot.com)

then suddenly, aku terbaca pulak (berapa banyak ‘ter’ la kau ni?) satu entri dia yang mengumpulkan ratusan puluhan comic blogger yang lain. so disebabkan entri tu, aku dah terstuck pulak dengan beberapa lagi comic blog yang ‘super duper whooper burger’ cute yang lain.

miao & wafupafu Miao & WafuPafu Comic Blog | Cuteness Overdosed! (www.akiraceo.com)

bro don't like that la bro Bro, Don’t Like That La, Bro (dontlikethatbro.blogspot.com)

burung robin Nama Saya Robin (burungrobin.blogspot.com)

jadi buat masa sekarang ni, aku tengah nak habiskan semua entri dalam blog – blog ni pulak. biasa la kan… kalau dah jumpa blog ‘super duper whooper burger’ best kan, apa lagi yang akan kita buat? nanti lain – lain kali kalau aku dah habis baca n ada masa free, aku explain lagi kenapa aku suka blog – blog ni. siyes best wa cakap lu.

sekian, terima kasih.

********

HK sign (5)

March 25, 2012

TAHNIAH GEMA ASTAR!!! Anda Adalah Juara… Buat Kami! Terbaik~!!

Assalamualaikum korang sekali lagi…

gema astar 10/11

Sekalung tahniah buat pasukan GEMA ASTAR kerana telah berjaya merangkul NAIB JUARA untuk PERTANDINGAN FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA dalam acara KOMPANG (Selawat). usaha korang semua selama ni tak sia – sia. tangan korang yang dah pecah – pecah n keras macam kertas pasir tu pon dah membuahkan hasil yang terhebat. anda dah tunjukkan persembahan terbaik dekat kitorang semua. TAHNIAH SEKALI LAGI~!

********

nerd * kalau sebelum ni aku post entri pasal emo – emo, tapi hari ni aku betul – betul happy dengan performance dari pasukan gema astar. diorang dah tunjukkan bakat – bakat terhebat diorang. I’m so proud with them… bangga pakai baju gema astar pergi mana – mana. (haha… melampau giler cakap kan?)

* kalau ada yang tak tau gema astar tu apa, ekceli tu nama pasukan kompang kolej aku dekat UM.

* kalau korang perasan, yang word ‘selawat’ tu aku ada letak bracket… kan? sebabnye tu hanya TEMA pertandingan kompang untuk tahun ni. pertandingan kompang dekat UM spesel sikit. sebab kitorang kena berselawat @ menyanyi, berkompang (dah wajib la kan. kata pertandingan kompang…) n membuat formasi @ ada gerak tari. unik tak? unik kan… (haha… kalau korang cakap tak unik pon aku pedulik hape.)

proud * tak tau nak wish apa lagi. sebabnye… aku sangat – sangat – sangat hepi dengan persembahan tadi n beta amat berbangga dengan pasukan gema astar tahun ni. tahniah lagi dan lagi buat korang semua.

* perbaiki semua kesilapan kita n tingkatkan lagi prestasi untuk tahun depan. terima hakikat yang kolej – kolej lain pon hebat – hebat jugak. belajar la jugak dari skill dorang tu. hopefully buleh membantu dalam naikkan lagi kualiti gema astar tahun depan. ;D

HK sign (11)

March 19, 2012

Why Can’t This World Be A Better Place… To Live???

quick update.

hype guys… assalamualaikum. have you guys ever be friend with someone so emotional? (hish… ape lak aku nak cakap omputih memalam camni ni. dah buang tebiat ape?)

ok guys. soalan sama, bahasa je lain. pernah tak korang berkenalan atau berkawan dengan seseorang yang agak terlalu emotional? yang sentiasa rasa dunia ni tempat yang tak best? tak seronok nak tinggal. dalam kepala otak dia asyik pikir benda negatif je pasal dunia ni. asyik pikir pasal masalah yang berlaku dalam dunia ni. yang berlaku dekat sekeliling dia?

emotional what do you want? I’m an emotional being. leave me alone…

so, pernah tak? atau adakah korang termasuk dalam golongan ni? kenapa aku tanya? ada la sebab dia… nanti lain kali aku kasi story sikit. but not now…

sekian, wassalam.

********

HK sign (11)

March 18, 2012

Roses Are Red, Violets Are Blue…

Assalamualaikum geng… lama tak dengar kabar berita? sihat lagi tak? huhu. ;p

roses are red, violets are bluemacam haram je kan. tapi kalau ada orang gunakan poem ni kat aku, aku akan balas balik macam ni…

roses are red ok tak jawapan aku? lol. aku main – main je la. takkan nak amik siyes kot. aku tak sampai hati nak bunuh sekor kucin pon. apatah lagi manusia… kan? kan? muohohoho~

********

* sebenarnya aku malas gilerrrr nak updet. biasalah penyakit orang zaman sekarang, kan? tapi sebab taknak hampakan otak aku, yang asyik suruh aku upload… so, aku terpaksa la updet jugak. biar beliau puas hati. (hah… hepi sekarang???)

HK sign (8)

March 15, 2012

Arghh! Arghhh!! Muka Kau Macam Hantu…!!! Arghh!!!

Assalamualaikum korang.

pernah tak korang terkejut yang melampau (ingat ye… keyword dia MELAMPAU) disebabkan jeritan orang lain yang maha kuat? dan pernah tak orang lain terkejut beruk makyeh disebabkan terpandang kelibat korang melintas depan mereka?

kenapa aku tanya? sebabnya tadi ada satu insiden yang berlaku depan mata aku sebijik macam soalan – soalan aku tu. tak tau la aku nak cakap kelakar ke seram pasal kejadian tu. tapi nak bagi senang cerita, let me mulakan camni… kawan aku Aminah tengah syiok tidur time maghrib. n waktu tu pulak kawan aku Milah baru je balik dari kerja. macam biasa, Milah kalau balik musti target bilik air dulu. nak lepaskan hajat. lepas dah setel misi dia, Milah pon berjalan melintas depan Aminah nak ke bilik beliau. nak dijadikan cerita, Aminah buleh pulak terbangun time Milah betul – betul ada kat depan mata dia. apa lagi, terpekik kaw – kaw la Aminah macam nampak hantu… pekikan Aminah tu menyebabkan Milah pon menjerit kaw – kaw sama.

hantu gemuk rasanya korang tau kot mana satu Aminah n Milah? tau kan?

kalau korang la yang jadi Milah, apa perasaan korang time tu? dipanggil hantu demuk kuat – kuat oleh kawan korang yang tengah mamai? n sampai sudah, dua – dua menggigil ketakutan. sorang takut sebab ternampak ‘hantu demuk’ n sorang lagi terperanjat sebab kena pekik kaw – kaw kat depan muka dia. tak tau la demam ke tak budak – budak dua orang tu esok…

(nama sebenar mangsa dan lokasi kejadian terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan nama baik mereka tercemar. haha…) sekian.

********

* kan orang tua pernah pesan, jangan tidur time maghrib. nanti otak jadi bebal.

* time maghrib kan setan tengah berkeliaran. ada la tu sekor dua ke? yang termauk dalam rumah tu n ‘ter’kacau kawan aku.

* camne nak pulihkan semangat orang yang terperanjat teruk camtu?

HK sign (1)

March 11, 2012

The WORST Day of My Life… Was It?

Assalamualaikum guys…

punca headache

********

* ok. fine! aku exaggerate je.

* dulu pernah jugak aku rasa camni… time aku kerja part time. lebih kurang 3 bulan jugak la. bayangkan setiap hari aku kena tahan sakit kepala… sebabnya masa tidur aku berubah. (aku pulak jenis memang tak buleh ubah masa tidur). jadi, kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan perangai aku time tu, buang jauh – jauh je la rasa tu. muohohoho…

* so guys, korang pernah rasa tak? ada nak komen apa – apa?

* oh oh… by the way, today’s my birthday!!! (nak jugak cakap tu, attention wh**e~) and thanks to all my friends yang wish…

HK sign (10)