January 25, 2016

Terbiar Sepi Tanpa Penghuni…

assalamualaikum dan salam sejahtera. hawau yu gais…?

sedar tak sedar, awal bulan 5 nanti genaplah setahun blog usang tak berpenghuni aku ni secara rasminya tak berupdate. muahaha... ~masa berlalu tanpaku menyedari~
tapi, entah kenapa tadi bila aku buka blog aku ternampaklah satu komen dari cik puan fadh leyanie berkenaan entri terakhir aku. makanya, timbullah satu keinsafan yang tak tergambar dalam diri untuk aku merenung sejenak blog usang aku yang tak berupdate ni. arigato gozaimasu...


cumanya kawan2, bila dah lama sangat menyepi (ye ke? takde la lama mana sebenarnya), jari jemari aku terasa kaku dan menggerutu untuk menari-nari di atas papan kekunci bagi mencipta bait-bait kata yang selayaknya digabungkan menjadi sebuah entri. (pergh…! intro tak menahan)

bukannya takde idea untuk aku curahkan dalam bentuk kata-kata. bukan jugak sebab takde masa. ye la, setiap manusia hatta segala makhluk yang hidup dalam dunia ni dikurniakan 24 jam sehari. makanya, berbohong dan berdustalah aku kalau nak kata aku takde masa dan bizi semedang kan? (bajet aku PM negara antah berantah yang kalut pikirkan soal politik dan ekonomi negara beliau…?)

makanya sekali lagi aku ingatkan, entri kali ni sekadar untuk aku meregangkan semula ulas-ulas jari-jemari aku untuk aku lebih berleluasa mengupdate blog usang ini kemudian hari. dan aku berharap sekurang-kurangnya aku dapat menghapdet satu entri untuk setiap minggu. doakan semoga menjadi kenyataan azam aku untuk blog usang tak berpenghuni ini.


sekian, adios amigos. wassalam~

4 comments :

Nick Nashram said...

2015 4 entri je update??memang lama tu bro..huhu

Haryz Khairuddin said...

nick: tihihi... idea banyak je sebenarnya. tapi asal bukak blog, terus mental block. pastu segan nanti apa org cakap pasal post2 tu. sudahnya, 4 je la entri yg mampu upload. huhu.. ^.^'

Tukang Karut said...

sepi itu indah... kadang2 la...

Lee-kun said...

Lama betul tak dengar cerita..! Manenye update? XP


Please come back, dude.. UvUd