May 4, 2015

Binatangpun Dah Pandai Guna Wi-Fi Sekarang…

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

sudah lama gilak aku menyepi. bukan takde idea untuk merepek ataupun malas tahap dewata raya… tapi ada beberapa masalah dalaman yang aku perlu selesaikan sendiri. makanya aku telah menyepi seorang diri dalam bilik yang sunyi bertemankan cengkerik (krik… krik… krik…) dalam usaha aku mengembalikan diri aku ke arah perangai aku yang sedia kala. (ye ke…? ok, cukuplah dulu kot aku merepek.)

ok, baru-baru ni (baru tak baru jugak la) tempat kerja aku ada organize satu event… ekceli lebih kepada kursus la. tempat kursus tu kat hotel bangi-putrajaya sana, dulunya hotel ni dikenali sebagai hotel equatorial. jadinya, bila kursus kitorang ni nak break untuk lunch, makanya peserta-peserta kursus yang gadget-geek sangat ni mulalah bertanyakan pada organizer tentang password wi-fi hotel tersebut. ye la, maunya tak menggelabah semua orang sebab dah hampir setengah hari kitorang terputus hubungan dengan ‘dunia luar’ kan? tapi… ada tapinya. kitorang tak dapat password wi-fi on the spot. kitorang akan dibagitau dalam sesi kedua kitorang petang nanti. jadinya lepas lunch la baru buleh main internet. terpaksalah kitorang bersabar untuk tunggu sampai petang nanti.

dipendekkan cerita yang tak berapa panjang ni, masuk je dalam dewan kursus… organizer akuhirnya memberitahu jugak password wi-fi hotel tersebut. makanya, terpancarlah wajah-wajah keriangan kanak-kanak ribena dari setiap wajah peserta kursus tersebut. yang konon-konon gadget-geek tu lagi la meleret senyuman dorang sampai ke telinga. tapinya kan… yang aku nak ceritakan kat sini bukan pasal password wi-fi hotel bangi tersebut (sebab password dia normal lagi), tapi salah satu wi-fi connection yang aku jumpa. yang mana bagi aku agak unik (baca : kelakar gilak) bagi aku. nak tau kenapa? sebabnya…

wildlife wifi
cuba korang perhatikan apa nama wi-fi connection yang kat bawah hotel bangi-guest tu? siyesly bagi aku nama tu sangat unik. ‘boghuk’… (baca : beruk)

cuba korang bayangkan… kalau memang sungguh binatang tersebut ada wi-fi dorang sendiri, macam mana la gamaknya cara dorang main internet agaknya…??? Thinking smile

beruk main internet

ok, sekadar berlawak jenaka tak kelakar di malam hari. wassalam.

4 comments :

Zyra Roxx said...

hahahaha, sekrang mmg org letak nama pepelik kat wifi dengan harapan orang lain tak menumpang sama kot ><

cEro said...

Haha.
Aku pon selalu terhibur bila baca nama-nama pelik wifi dekat tempat awam.
Paling pelik aku pernah nampak ialah 'Siapa Curi Dia B*bi'

ana said...

beruk dah advance skrg..hahahaha

fadh leyanie said...

hahaa..macam2 nama pelik pernah jumpa jugak