April 21, 2014

Selangkah ke Dunia Baru…

assalamualaikum warahmatullah n salam sejahtera.

hari ini bersamaan dengan 21/04/2014, bermulanya sebuah lagi episod baru dalam kehidupan aku. permulaan yang diharapkan bakal membuahkan hasil yang positif dalam perjalanan hidup aku. walaupun aku tidak punya pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut, namun berbekalkan keyakinan bahawa segala sesuatu yang telah ditakdirkanNYA punya hikmah dan rahsia yang tersendiri, aku cuba untuk berusaha mengorak langkahku satu persatu dalam dunia baruku ini.

April 14, 2014

IMPORTANT REMINDER : Pertukaran Domain.

salam alaikum n salam sejahtera.

dua tiga menjak kebelakangan ni baru aku terperasan yang domain lama aku (http://www.haryzkhairuddin.my/) ada problem. sebab setiap kali bila aku klik ‘View Blog’ dia tulis ada error.

404.error.url not found

haa… natang ni la yang selalu keluar tiap kali aku nak tengok blog aku. jadi nak tak nak terpaksa la aku tukar balik ke domain lama (http://haryzkhairuddin.blogspot.com/). harapnya keadaan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya.

sekian, berita jam 2.

* takpon mungkin aku terus je guna balik domain blogspot ni. free pon free. aku bukannya selalu mengupdet ye tak?

* ada tak korang encounter problem yang sama macam ni? apa mau buat kalau jadi camni?? any suggestion???

haryz signature

April 10, 2014

Mental Age Test : How Mature Are You?

[100th]

assalamualaikum n good day peeps. hawau yu?

dah lama aku tak menjolok menjenguk sarang tebuan aku ni kan? kenapa dan di mana tu takyah la korang tanya… rasa-rasanya jawapan dia korang dah buleh teka. hohoho…

ok, dalam perjumpaan kita kali ni, aku tergatal tekak pulak nak bercakap pasal usia minda (baca : mental age) aku. sebabnya… aku ada terbuat satu ujikaji makmal test berkaitan usia sebenar minda aku ni. test ni dikatakan berasal dari negara matahari terbit. [link] korang taknak try ke??

#kelipmatagatal

ada lebih kurang 31 soalan yang aku perlu jawab. dan hasilnya akan menunjukkan ‘usia’ sebenar minda aku (menurut kata pereka test tu la kan?). nak dipendekkan citer yang tak berapa nak panjang ni, sebabnya soalan-soalan tu korang buleh jawab sendiri dari link yang aku bagi tu. makanya, result test yang aku dapat tu adalah (jeng jeng jeng…)