October 26, 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera semua. hawau yu ol? ada baik ka tada baik?

Dalam diam tak diam, rupanya dah setahun masa berlalu. Cepat betul sampaikan langsung tak terasa kita semua dah semakin matang... kan? Dan sepanjang setahun yang tak berapa nak produktif bagi aku, banyak jugak peristiwa-peristiwa 'bersejarah' yang terjadi dalam hidup aku. Cumanya bila tak direkodkan dengan bebaik, maka hilang lenyapnya 'tinggalan sejarah' tersebut. (Dah macam tulis esei sejarah je la pulak?)

Ekceli, perkara utama dan terutama yang menyebabkan aku menyepikan diri semenjak dua menjak kebelakangan ni disebabkan beberapa penyebab. Yang paling utama adalah laptop aku dah rosak. Ya, betul tu. Laptop aku tetiba je rosak. sobsob... 😭😭😭 Dan lebih malangnya lagi, semua draf entri aku telah selamat 'berkubur' bersama dengan laptop aku. Makanya dapat tak korang bayangkan perasaan aku pada waktu dan ketika itu? ('Itu' merujuk kepada waktu laptop aku tetiba rosak depan mata aku tengah aku syok-syok updet entri blog aku. Padahal tengah buat 'benda' lain. 😳)

Kalaupon ada yang tanya kenapa tak draf balik idea-idea untuk entri blog aku, jawapan aku "A man brilliant idea, once gone is lost forever." 😝
Tapi takpe, dengan azam dan semangat baru di tahun hijrah yang baru ni, semoga saja aku mampu untuk mengekalkan semangat yang jitu dan padu untuk terus mengarang dan mengupdet dalam blog aku yang tak seberapa adanya ini. (nampaknya harapan tinggal harapan je la... macam tahun-tahun lepas.)



Sekian dulu dari saya di tv sepuluhbelas (baca : tv20). Kembali ke studio.

posted from Bloggeroid

No comments :