April 21, 2014

Selangkah ke Dunia Baru…

assalamualaikum warahmatullah n salam sejahtera.

hari ini bersamaan dengan 21/04/2014, bermulanya sebuah lagi episod baru dalam kehidupan aku. permulaan yang diharapkan bakal membuahkan hasil yang positif dalam perjalanan hidup aku. walaupun aku tidak punya pengalaman yang mendalam dalam bidang tersebut, namun berbekalkan keyakinan bahawa segala sesuatu yang telah ditakdirkanNYA punya hikmah dan rahsia yang tersendiri, aku cuba untuk berusaha mengorak langkahku satu persatu dalam dunia baruku ini.