March 18, 2013

Two Big News In One Week

Sekalung Penghargaan Buat Pasukan Gema ASTAR!!

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah. salam sejahtera juga hendaknya. howdy-do?

pada tanggal 16/03/2013 (sabtu) telah berlangsungnya pertandingan kompang sempena Festival Seni Universiti Malaya bagi sesi 2012/2013. sebanyak 8 buah kolej kediaman telah menghantar pasukan kompang terhebat mereka untuk berentap bagi merebut gelaran ‘Pasukan Kompang Terbaik’.

pertandingan yang diadakan di perkarangan kompleks perdana siswa (KPS) menyaksikan kesungguhan para peserta mempamerkan aksi-aksi terhebat, unik dan  bertenaga mereka.

bagi menyempurnakan aturcara pertandingan, makanya keputusan muktamat para juri diperdengarkan. dan keputusannya adalah;

juara : kolej kediaman kesembilan (juara bertahan)
tempat kedua : kolej kediaman kedua
tempat ketiga : kolej kediaman pertama (Gema ASTAR)

gema astar 2013

tahniah sekali lagi diucapkan buat para pemenang. anda adalah juara. kekalkan tradisi budaya kita~

********

* musti korang pelik kan… kenapa aku wish kat gema astar evendoh dorang dapat tempat ketiga je? sebabnya… aku dulu ex-gema astar. jadi hofkos la aku kena seleburit selebret kejayaan dorang… even dapat tempat ketiga sekalipon.

* dengan semangat juang yang tinggi, in shaa Allah tahun depan gema astar akan merebut gelaran juara sekali lagi.

================================================================

al-Fatihah Buat Pakcik Saudaraku

semalam, bersamaan dengan tarikh 17 mac 2013 (ahad), mak aku mendapat panggilan dari saudara kami di kampung menyatakan abang sulung mak aku baru je meninggal dunia. eh jap jap… wait a seken. bukan camtu jalan citer dia.

memula, pakcik aku ni memang dah lama dimasukkan ke hospital sebab diabetes. adalah dalam sebulan dua camtu. pastu dalam hari rabu (kot?) minggu lepas beliau terpaksa dipotong ibu jari kaki (yang belah mana tu Allahu a’lam) sebab dah kronik sangat. dan pagi semalam mak aku mesej la sedara kitorang kat hospital tu tanya keadaan beliau. dan tengah hari semalam sedara kitorang tu bagitau beliau tengah tenat. makanya mak aku pon berkira-kira la nak datang melawat pada petangnya. tapi tak sampai beberapa jam lepas dibagitau tu, mak aku dapat lagi satu panggilan mengatakan beliau telahpon kembali ke rahmatullah.

makanya mak aku menyuruh aku dan abang aku bersiap-siap untuk pulang ke kampung (sebab keluarga arwah mahukan beliau dikuburkan di kampung) seberapa segera yang mungkin.

dipendekkan citer, jenazah tiba di rumah beliau selepas maghrib. dan setelah selesai ‘upacara’ melihat jenazah buat kali terakhir dan disolatkan, maka jenazah dihantar ke perkuburan pada malam tersebut (selepas isya’). dan kamipun bergegas pulang kembali ke kolumpo… sebabnya kami kerja pada esoknya.

sekian.

********

* buat arwah pakcik aku, kami sekeluarga sedekahkan al-fatihah… dan takziah juga buat keluarga arwah.

* dua berita dalam dua hari yang berturut… hurm…?

Haryz Khairuddin (5)

16 comments :

wani ezryl * said...

wahh kalau kat ofis, blog ni kena blocked sebab katanya under social networking. may be sbb lepas tukar URL to .my, diorg filter. kalau .blogspot semua masih dapat view.

Hans said...

al-fatihah

Anonymous said...

Eradicate any skin items you may possibly [url=http://ywashst.com]cost of lifecell[/url] which were as soon as normally offered to the entire body. life cell When you are able to remove it http://ywashst.com occasionally, keep away from unpleasant beauty products and adhere to meticulously picked deep anti wrinkle cream to suit your skin.

4feet8 said...

takziah hariz pada keluarga makcik kamu.
err.. ayat yg dash tu mcm lari je dari stail kamu.

zatul_yayah said...

al-fatihah..
:'l

Nick Nashram said...

abg ensem belah kanan sekali..hahah
betul ke dak??

Haryz Khairuddin said...

@wani ezryl *
oh.. social network? abis tu, ni dapat view pulak? err...

Haryz Khairuddin said...

@4feet8
oh.. terbaca blog orang lain.. rasa cam kelakar pulak term tu. ok, nanti saya guna balik stail saya.. btw, camne stail saya tu...???

Haryz Khairuddin said...

@Nick Nashram
err.. err.. entah. haha. ;P

Carlos Santiago said...

condolence...

Haryz Khairuddin said...

@Hans, @zatul_yayah, @Carlos Santiago
semua yang hidup pasti mati kan? at least he can finally rest in peace. Allahu a'lam.

Aien Alien said...

takziah buat keluarga arwah.

al-fatihah


Aien Alien said...

tahniah buat semua pemenang...tak kisah la tempat keberapa. bagi aku yg masuk tu semua kira menang...menang berusaha dari duduk saje...macam aku. haha. rindu nak main kompang...berkubur sudah Kompang Ezhar TRD tempat aku pas sorang-sorang berhijrah :(

Encik H said...

al-fatihah..

Mr. Doctor said...

Pewiiit aweks main kompang.. Hehe

Alfatihah untuk arwah.. Takziah..

fadh leyanie said...

dlm gmbar tu paling kanan kot.takziah buat keluarga arwah, Al-Fatihah.