March 1, 2013

Ekspedisi Mencari Strawberi yang Hilang…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum warahmatullah fellas. howdy-do?

travelcerita ni sebenarnya dah lama terjadi. time CNY ari tu. tapi baru sekarang aku gatal tangan nak masukkan dalam blog. sebabnya…?? biarlah rahsia. hahaha… time CNY ari tu, kitorang satu family had a day trip to salah satu tanah tinggi kat malaysiaku yang terchenta ini. (rasanya korang dah buleh teka kat mana kan?)

ok, bermula kisah dia camni. kitorang gerak-gerak khas dari rumah sebelum Subuh lagi. keadaan jalan memang clean & clear kata orang. ye la, dah kitorang keluar rumah subuh adam… memanglah kurang kenderaan yang bergerak atas jalan kan? kalau ada pon sama ada dorang sama-sama seksaited macam kitorang nak pegi ‘mengembara’ atau ada hal penting yang nak kena buat… time cuti tu.

dipendekkan citer, perjalanan kitorang memakan masa hampir 5 jam untuk sampai ke destinasi tujuan. (sepatutnya 3 jam lebih dah buleh sampai. sebabnya lebih kurang 3 –  4 kali kitorang terpaksa singgah RnR. dah bawak penumpang yang ‘empangan’ dia asyik pecah je… nak buat camne kan?) dan sepanjang pengembaraan kitorang tu, ada insiden ‘menarik’ yang berlaku sepanjang perjalanan kitorang. antaranya… aku ternampak kereta yang bergerak tanpa driver. tak tau la sama ada betul-betul kejadian atau halusinasi aku semata-mata kan. tapi aku memang nampak kereta tu takde driver. kalau korang x caya, nah aku tunjuk bukti dia…

ghost car

ok, episod ekspedisi kitorang diteruskan lagi. dipendekkan lagi citer yang tak best ni, sesampai je kitorang kat kawasan tanah tinggi tu sekali lagi kitorang terkujat. rupa-rupanya jalan clean & clear yang kitorang nampak kat bawah tadi hanyalah sandiwara lakonan dunia semata-mata. kat atas ni, kereta dia maik aih… punyalah berderet-deret. memang jammed gilak sepanjang jalan. nasib baik la kereta yang kitorang naik tu kereta auto. cer try bayangkan kalau kereta manual yang menapak naik atas tu. dah tu pulak, jammed sepanjang-panjang alam. mau cramped kaki driver camtu… ye tak? disebabkan jalan yang tersangat jammed dengan kereta yang bersesak-sesak taknak beralah antara satu sama lain, makanya tak banyak la tempat menarik yang sempat kitorang singgah. (lagipon tujuan asal kitorang datang sebab nak survey tempat je dulu kan? pergh… alasan beliau.) antaranya…

highlands tea farm

ye… kami hanya mampu bergambar kat tepi jalan je. (ekceli dalam kawasan parking tepi jalan.) tu pon sebab nak pegi beli ‘buah tangan’ kat kedai yang jugak berada di tepi jalan ‘utama’. seterusnya, lepas dah puas bergambar ria kat tepi jalan, kitorang teruskan lagi ekspedisi. kali ni tempat tujuan kitorang adalah ladang buah yang buleh dimakan. (ada ke orang tanam buah yang tak buleh makan? errr…) selepas penat bersesak-sesak dalam himpunan ribuan kereta yang memiliki agenda mereka yang tersendiri, akhirnya dengan semangat juang yang tinggi, kitorang berjaya jugak menjejakkan kaki di ladang buah yang buleh dimakan tersebut.

healthy strawberry farm

kat sini pon ada jugak la sikit buah tangan yang kitorang bawak balik. sebagai kenang-kenangan kata orang, sebab dah sampai tempat ni. (sempat jugak kitorang cilok ‘buah tangan’ spesel dari tempat ni. hehe…)

present for someone

lepas puas berjimba-jimba la sangat dalam kereta kat atas jalan yang jammed, dalam pukul 4 lebih petang kitorang mula bergerak untuk balik. sekali lagi berlaku insiden penuh mendebarkan hati kitorang waktu turun dari tanah tinggi tersebut. nak tau insiden apa? cuba korang imagine… dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok, down the hill dan struktur jalan yang tak berapa nak rata… apa akan terjadi pada nasib seluruh isi kereta kalau driver buleh terlelap waktu tu? terlelap even untuk sekelip mata je. dah dapat bayangkan? so, apa reaksi korang kalau korang yang berada dalam kereta waktu tu? memang lepas kitorang ‘selamat’ dari keterkujatan tu, on the spot kitorang suruh tukar driver. dan akulah yang ditugaskan memikul tanggungjawab driver tersebut. dan bagi aku secara peribadi, aku lagi seronok bawak kereta turun bukit dari bawak atas highway. sebab lagi mencabar dan menguji keupayaan pemanduan aku. (walaupon hanya sekadar kereta auto je.)

akhirnya, selepas lama meredah perjalanan pulang, kitorang selamat jugak sampai ke rumah… dalam lebih kurang pukul 11 malam camtu. lama kan? sebabnya lebih kurang macam waktu pergi tadi jugak. terpaksa berenti banyak kali kat RnR.

sekian saja ekspedisi kitorang sempena CNY yang lepas. walaupon tak berapa menarik tapi ada beberapa kejadian yang betul-betul melekat dalam kotak memori kitorang. dan hopefully, kitorang berpeluang mendaki semula tanah tinggi tersebut untuk ekspedisi yang seterusnya. wassalam.

********

* ada 1 masjid yang sempat kitorang singgah solat ada kedai wakaf. kiranya jemaah masjid yang singgah kat kedai tu buleh makan minum secara percuma. secara percuma? ye… betul tu. PERCUMA! FREE! (walaupon semuanya instant… dan DIY.) dan sesiapa yang berhati mulia, dorang buleh la bersedekah untuk tabung kedai tu.

* sebab tempat ni femes dengan teh dan strawberi, makanya dua benda nilah yang kitorang beli secara pukal untuk bawak balik.

* siapa kat sini yang pernah tengok buah tampoi? yang tau pasal kewujudan buah tampoi? dan pernah makan buah tampoi? sebabnya… dalam ekspedisi ni, baru aku tau pasal kewujudan buah tampoi ni. (noob kan aku?) sebab setau aku tampoi tu nama hospital yang femes kat mesia ni je.

Haryz Khairuddin (9)

23 comments :

Nao Mei said...

wah..comle stawbery tu...cik akak nak mintak..huhu...minat...huhu

Haryz Khairuddin said...

@Nao Mei
oh.. stroberi tu dah ada yang berpunya. saya cuma bergambar je.. hehe. ;P

Gee GTG said...

salam..

perkenal ..aku sebagai follower baru ..kikiki..

p/s: haritu aku pergi cameron pon sama juga.. macam landasan keretapi panjang jam tu.. adeh..~~

Haryz Khairuddin said...

@Gee GTG
ada yang kata kalau nak pegi cameron pegi time hari kerja. orang x ramai sangat.. ntah la..

Anak Pak Muin said...

haritu pi cameron, time cuti pulak,die punye jem..pehh..siap kene saman lagi

moral: pegi hari selain hari cuti ;)

Haryz Khairuddin said...

@Anak Pak Muin
pasni kalau nak gi sana memang nak plan time weekdays. hazab duduk dalam keta lama2..

Nick Nashram said...

betul r takde driver.takkan guna remote control pulak..hahah..

buah tampoi tu sedap r tgk..cam buah langsat yg beso pulak..

Hasri Anis said...

sedap buah tampoi tu.. selalu jugak makan.. kat kpg ni orang tua2 selalu jemur kulit buah tu sampai betul2 kering.. tak tau la pulak apa kegunaan kulitnya tu.. malas nak bertanya.. hehe

4feet8 said...

buah tampoi tu mcm buah setor kan..?

Haryz Khairuddin said...

@Nick Nashram
hebat kan? tu la keta viva advance namanya. siap ada remote control. hahaa~ ;P

sedap tu memang sedap. tapi biji dia besar sangat.. isi sikit je.

Haryz Khairuddin said...

@Hasri Anis
oh.. baru first time tengok buah tu. haha.. selalu yang tau hospital tampoi je. ;)

Haryz Khairuddin said...

@4feet8
buah setor?? buah apa tuh??

Nana Liena said...

kenapa malu2 nak tunjuk muka..huhu..ayoo..buah tampoi..baru tau.

Encik H said...

ohoii..aku syak driver tu lupa nak bawak tangga..kahkahkah

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya pergi malas nak beli belah sangat kat sana.. byk buah sayur bunga.. yelah, kita ni nak masak baru beli. kalau beli kang tak masak rugi.. jd kita laki bini juga anak suka jenjalan jer. nak shopping ke bagai.. kt kl melambak.kecuali tempat tu betul2 ada special price yg sgt2 berbaloi.. :D

Haryz Khairuddin said...

@Nana Liena
superhero ramai je yang pakai mask sebab nak tutup identiti sebenar. hoho.. ;P

Haryz Khairuddin said...

@Encik H
tangga? apa kaitan..??

Haryz Khairuddin said...

@THE LEKAT LEKIT STORY
ari tu beli pon saje je sebagai kenang2an.. x sempat nak borong pon. (hoho.. ada hati nak borong kan?) ;P

Meyra John said...

Hai. :) Salam perkenalan. Mari join sini. ^^

http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

Untuk tingkatkan pageview, followers and traffic korang meningkat hingga tahap AWESOME!!

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/segment-lick-exchange-affie-by.html

Thanks dear!!

Cik Pensil said...

cuba teka apa rasa strawberi selain masam dan manis?

mesti tak boleh jawap :p

Haryz Khairuddin said...

@Cik Pensil
rasa strawberi la.. huhu. ;P

Mr. Doctor said...

Seriously kereta tanpa driver? Ada kot pakcik ketot dalam tu..

Haryz Khairuddin said...

@Mr. Doctor
ada yang berkenan ke..? hoho~