January 8, 2013

Babyku… Ke Manakah Dikau Menghilang???

Assalamualaikum. salam sejahtera jugak diucapkan. howdy-do?

‘baby’…!? siapa ‘baby’? anybody know who is this ‘baby’ that I mentioned? (tetiba jadi amnesia pulak kan.) kenapakah… ini bisa terjadi? apakah… artinya semua ini? katakan padaku. di manakah… beliau ketika ini? mengapakah… baru sekarang isu beliau baru timbul? dan… siapakah beliau, ‘baby’ yang dimaksudkan itu? kalau korang betul – betul nak tau siapakah beliau, bulehlah korang klik link berikut. dan bagi sesiapa yang malas, maka di bawah inilah beliau.

(=.=)

(=.=)

(=.=)

(=.=)

(=.=)

(=.=)

(=.=)

kucing jantan 3 warnainilah dia ‘baby’ a.k.a kechik yang aku maksudkan… (sebab tu je nama yang dia nak respon bila orang panggil.)

yang sebenar – benarnya aku nak khabarkan bahawa beliau dah sebulan lebih menghilang tanpa khabar berita. tak tinggalkan jejak dan bau langsung. hilang ghaib bagaikan disorok hantu tuuuutt… je. memang M.I.A. terus. makanya, kitorang sekeluarga dah pakat – pakat nak isytiharkan yang beliau dah kembali ke ‘dunia asal’ beliau. (tapi kucin ada ke ‘dunia’ kedua tu? erm… musykil betul?)

penguin cryingnak cakap lelebih pon aku takde mood. sob sob sob… (muahahaha~ bajet nak sedih – sedih sangat la kan?) tapi apa yang aku perasan dari pengalaman kitorang sekeluarga dengan kucin – kucin yang terdahulu, setiap kali kucin kitorang nak ‘pergi tak kembali’, memang dorang taknak duduk dalam rumah. sebuleh mungkin dorang cuba nak lari keluar. dan esok punya esok punya esok harinya, kitorang akan jumpa dorang ‘tidur’ dalam keadaan aman tenteram la sangat.

thinking mungkin ada yang kata, “alah… mungkin kebetulan je tu. normal la, binatang kan.” tapi, apa yang buatkan aku ‘ter’yakin dengan mitos ni sebab dulu pernah ada sekor kucin aku, manja yang teramat sangat. dah tu memang tak pernah langsung nak jejak kaki keluar rumah. kira kucin ‘melayu terakhir’ la gamaknya. bukan kitorang tak suruh beliau keluar bermesra – mesraan dengan kucin – kucin lain, tapi beliau yang tak rela. sampai la ke malam sebelum beliau nak ‘pergi tak kembali’ tu, tetiba je beliau mengiau – ngiau (betul eh bunyi kucin camtu?) dan mencakar – cakar pintu depan nak mintak keluar. pastu ada la salah sorang ahli keluarga kitorang dengan ‘baik hati’nya menunaikan permintaan beliau. dan keesokan harinya, kitorang jumpa beliau dah ‘tidur’ dekat sekitar kawasan rumah kitorang. siap ada kesan kena gigit anjing lagi. (jadi kepada sesiapa yang ada bela kucin dan pernah nampak kucin korang nak ‘pergi tak kembali’ (kecuali nahas eksiden), pernah tak korang perasan perkara ni?)

kucin yang aku ceritakan tu bukan the only kitty yang buat perangai camtu bila nak ‘pergi tak kembali’. buleh dikatakan kebanyakannya buat perangai yang sama. nak pulak kitorang sekeluarga dulu penternak kucin yang agak berjaya. cumanya sekarang ni dah kepupusan baka kucin dalam rumah kitorang, sebabnya… mak aku bengang dengan ‘sampah – sarap’ yang beliau hasilkan.

ok. tu je yang terdaya aku sampaikan. sekian, wassalam.

********

* evendoh beliau garang dan ganaz, tapi bila dah hilang ni terasa la jugak kehilangan beliau. ye la, dah dibela kan? dari kecik macam anak tikus sampai besar macam anak rimau, maunya tak sayang kan? *sobsob*

* malam sebelum baby menghilangkan diri, beliau jugak buat perangai yang sama. menggelupur dua tiga kali asyik keluar masuk rumah. so, adakah suatu kebetulan…? atau sebuah kenyataan…?

* tajuk nak jiwang je kan? bajet dalam hati ada taman pulak kan? huhu… lol.

Haryz Khairuddin (9)

16 comments :

Nick Nashram said...

bro, pe kata beli kucing parsi pulak..bulu tebal tu..syok buat bantal..huhu..tapi makan pun kena jaga jugak.

mieza said...

hamboi. siap ade kucing melayu terakhir..

kucing2 tu ade terasa hati kot ngan tuan dy..
tu yg lari membawa hari yg lara..
haha

SysOp said...

Bhai Haryz...

Untuk pengetahuan lu... berdasarkan pengalaman gua membela kucin (gua memang rapat ngan kucin) selama 35 tahun lebih nih... memang itulah perangai kucin... kalu nak meninggal dunia yang fana nih.. dier akan blah jauh dari tempat dier biasa lepak... sebab dier takmo orang yang bela dier sedih...

By the way... gua memang "hantu kucin" pasai gua boleh leraikan kucin tengah gaduh tahap gila kucin tanpa cedera... kalu pon tangan gua kena cakar berdarah... biasanyer takkan ader jangkitan... sebab dah alah... hahaha

P/S: Lu orang Perak ker bhai???

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

merahandbiru said...

nk lma bela kura2 atau penyu

KLIK definisi malaysia dalam urban dictionary

Tengku Puteri said...

kucing sy pun dh dekat sebulan kluar rumah tak balik2... mungkin terima nasib yg sama...huhuhu

Haryz Khairuddin said...

@Nick Nashram
best gak ada kucing siam. tapi kalau buleh nak hybrid dgn kucing parsi. hahaha~

@mieza
terasa hati? kitorang jaga dgn 'penuh' kasih sayang kot.. tapi kalau dah ajal kan? terima je seadanya.. ;)

@SysOp
oh.. kira mmg fakta la eh? bukan hanya mitos semata-mata. ok, thanks for the info.
p/s : perak tang mana la tuh? hoho. ;P

@merahandbiru
xnak.. sebab nanti xleh nak manja2. pastu xleh peluk time tido. haha~

@Tengku Puteri
jom nyanyi "kita serupa.." lalala~

nazha anua said...

jangan orang buat aniaya kat kucing2 tu sudah

Haryz Khairuddin said...

@nazha anua
tu pon pernah gak. tau2 perut kucing jantan aku dah bengkak je. dua minggu pastu 'pergi tak kembali' jugak..
kalau betina aku x heran sangat. sebab nanti tau2 dah kempis je balik.. hoho~ ;P

Encik H said...

hahaha..tajuk kemain lagi..

aku ni bukan tak suka kucing..aku suka jer..selalu jugak main2 dgn kucing..tapi somehow, aku tak selesa bila dengar kucing memekak..rasa macam nak lempang jer sekor2..

lagi 1, aku tak suka kucing gesel2 kepala dia kat kaku aku..geli kot..nak makan pun tak senang..:D

Haryz Khairuddin said...

@Encik H
memekak?? selalunya time dorang tengah tuuttt tu memang bising semacam. hehe..

aku kalau dorang gesel2 xpe lagi.. jangan sampai gigit. memang aku sepak sampai terangkat meja.

Cik Pensil said...

lahh . secomel babyku :p

manja eh baby ni :D

Haryz Khairuddin said...

@Cik Pensil
a'ah.. 'manja' sangat. pantang dekat, abis dicekaunya. kadang2 dia yang saje gesel2 dekat kaki kita, pastu x pasal2 dia gigit lak.

KorN said...

pergi tak kembali yer.. kucing aku dlu pon ade bberapa ekor yg 'pergi tak kembali' dan aku syaki telah ikut kucing jantan lain... Ini lah yg terjadi bila kucing tak di didik.. dari kecik jaga, sudah nya lari ikut jantan.. haishhh

Haryz Khairuddin said...

@KorN
kucing aku ni jantan.. so x mungkin beliau ikut kucing jantan yang lain. unless...??? hahaha~

kucing dgn manusia perangai dah lebih kurang je kan.. so how? ;P

Edy Fee said...

hahahaha kucing ni kalau bab manje ok..tp bila dia berak je terus aku tak suka

Cik Syida said...

sama! kucin kte pun gitu jugak.. ada tu, siap suruh kte bukakkan rantai dia dulu sebelum dia pergi.. T_T
sedih pulak :(