January 25, 2013

A Friend In Need Is A Friend Indeed.

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. howdy-do?

ada 2 ekor orang budak tengah leka bermain-main, tetiba salah sorang budak tersebut bertanya pada sahabat baiknya yang sorang lagi tu;

Adam : Apa tu persahabatan? Green with envy
Shah : Persahabatan tu bila kau curik cekelat (baca : coklat) dari beg aku setiap hari… tapi aku masih letak dekat tempat yang sama. Hot smile
Adam : Oh… maaf pasal tu. Dah tu, apa pulak sahabat sejati? Embarrassed smile
Shah : Oh, yang tu lebih kurang sama je. Cumanya, aku letakkan cekelat yang dah tamat tempoh… biar ‘pencurik’ tu kena ceri-beri (baca : diarrhea). Sarcastic smile
Adam : Apa…!? Biar betuL…!!?? Surprised smile
Shah : Tak la. Aku gurau je. Rolling on the floor laughing

panda helping panda

selalunya waktu kita senang, memang ramai yang akan ‘melekat’ dekat kita kununnya mereka adalah kawan2 kita. tapi kebiasaannya waktu kita dalam kesusahan… berapa ramai yang masih setia berada di samping kita?

fake friends

makanya, berusahalah untuk menjadi seorang sahabat yang memungkinkan kehidupan sahabatnya menjadi yang terbaik… bukannya seorang sahabat yang membuatkan hidup sahabatnya terbalik.

sekian, wassalam.

********

* persahabatan adalah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. [link]

* sahabat sejati pulak sangat luas tafsirannya. cumanya bak kata seorang teman, “sahabat sejati adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT. yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.” [link]

* bak kata pujangga; ‘sahabat sejati takkan membeku di kala sejuk, takkan cair di musim panas, takkan gugur di musim luruh tapi sentiasa mekar seperti tibanya musim bunga.’

* andai seorang sahabat membuat kebajikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah. dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan.

* tiada perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangnya.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin (12)

7 comments :

Anonymous said...

Sahabat. Kadang kadang biar kuantiti nya sedikit, asalkan berkualiti. :)

Nick Nashram said...

nak cari kawan time nangis dan susah memang payah.
tapi kalo nak cari time enjoy ramai je.
bro,pinjam rm100..xde duit skg ni..hahaha

4feet8 said...

susah juga hariz. bila kita sorg je beria nak jadi kawan dia. buat sehabis baik. tapi dia, mcmtu jugak. kawan-kawan mcm hariz ckp kan tu, kawan2 yg wujud zaman study je. dah kerja, susah nak jumpa..

cydayf said...

ye, lebih baik ada seorang sahabat yang baik, dari punya sahabat yg ramaiiiiii tp tak membantu..

haryzkhairuddin said...

@Ninja
sahabat x perlu ramai.. cukup sekadar mampu memimpin sahabatnya menuju redha Ilahi.. kan?

@Nick Nashram
kau mintak kat salah orang la bro.. hahaha

@4feet8
sebab tu bila makin dewasa kita baru kita tau siapa kawan sebenar siapa lawan. yang penting hargai sahabat2 yang sentiasa ada di samping kita..

@Cik Syida
betul3.. buat sakitkan hati ada la.

Liyaa Mf said...

Tapi kan, setiap orang takleh nak jadik sahabat untuk semua orang. Ada ke org yg leh jadi sahabat sejati utk setiap org yg dijumpanya? Bagusnya org tu. Kalau aku, ngan org ni boleh kawan, ngan org ni pulak cam takleh ngam. Haaa camtu laa :D

haryzkhairuddin said...

@Liyaa Mf
memang kita takkan mampu untuk jadi sahabat dengan semua orang. nampak benor nipunye kalau ada yang cakap camtu.
cumanya, hargai betul2 kawan yang sanggup susah payah dengan kita. yang muncul bukan waktu kita tenganh senang or waktu dia perlukan bantuan je.