September 29, 2012

Antara Super Power Yang Aku Idamkan. Tapi Bukannya Kopi Super Power Tu.

Assalamualaikum… geng bas sekolah semua.

tadi tengah syok2 blogwalking… sekali tu terjumpa satu lagi blog kartun terbaru. nama blog beliau adalah are You a cErolian? (kalau salah tolong sesiapa betulkan? arigato) dan dalam entri terbaru beliau, ada dimuatkan kisah 6 super power yang beliau idam-idamkan. (klik sini)

jadi, bercakap soal super power ni… aku rasa semua orang musti ada cita-cita kan? if only this thing really exist. same goes to me. so… to make things short, aku nak perkenalkan beberapa super power yang aku idamkan dalam hidup aku.

1. Invisibility a.k.a halimunan. (hehehe… drooling.)

invisible manamat berguna time-time kritikal… di mana aku terpaksa bersembunyi dari ah long ceti haram. dalam masa yang sama dapat keluar jalan2 tanpa rasa takut ditangkap. hahaha~ (sesiapa yang dapat nampak orang dalam gambar tu maknanya korang pon ada kuasa invisible. huhu…)

2. Mata Mangekyou Sharingan & Rinnegan (nasib baik mata ada dua je. kalau ada tiga, dengan Byakugan aku nak sekali.)

obito sharingan & rinnegansesiape yang ada kedua-dua jenis mata ni kira dah tahap unbeatable lagi. (ye ke?) dan aku mampu meniru semua teknik dalam dunia ni. termasuk jugak dapat meniru semasa exam tanpa dikesan. muahahaha…

3. Kage Bunshin No Jutsu (di mana pilihan bukan lagi satu keperluan…)

kage bunshin no jutsubila tersekat dalam multiple choices scenarios, aku hanya perlu summon klon-klon aku untuk buat semua kerja tu. jadi, tak perlu pening kepala pikirkan pasal ‘opportunity cost’.

op·por·tu·ni·ty cost

Noun : The loss of potential gain from other alternatives when one alternative is chosen.

4. Self-Healing (sama ada macam Claire Bennet or Tsunade-sama)

senang, kalau luka ke cedera parah ke… teruk otomatik buleh heal diri sendiri. takyah kecoh2 nak carik hospital. jimat kos perubatan. (gambar tak disertakan sebab tak jumpa yang sesuai.)

.

.

.

.

.

ekceli ada banyak lagi… tapi tak elok la tamak2 sangat kan? kalau buleh aku nak ada kuasa psychic a.k.a telekinesis macam Jean Grey a.k.a Phoenix. pastu ada kuasa terbang or dapat teleport untuk memudahkan aku mengembara ke seluruh dunia tanpa perlu risau kos pengangkutan. and banyak lagi…

nanti ada masa, aku kasi story sampai habis. cuma setakat ni, memang 4 kuasa ni yang aku paling suka. sama ada kuasa yang memang semula jadi dah ada atau yang kena belajar, yang penting keempat-empat kuasa tu memang awesome!!!

sekian.

********

* tapi bila difikir-fikirkan balik… itu semua hanyalah dongengan purba kala, makanya aku pon kembalilah berpijak ke bumi yang nyata. mana mungkin ada super power dalam dunia ni… kan?

* kita semua adalah istimewa dan hebat… dengan cara yang tersendiri. sama ada kita nak kembangkan kehebatan tu atau tak, itu semua terpulang pada diri sendiri.

Haryz Khairuddin sign (5)

September 27, 2012

Sai, The Emotionless Elite Ninja…

Sai of ANBU

korang baca Naruto tak? mesti tau pasal Sai kan? sorang ninja elit dalam skuad ANBU ni? dengan kemahiran mengghidupkan lukisan2 beliau? so… apa lagi pasal beliau yang korang-korang kipas susah mati Naruto buleh kongsikan dengan aku?

********

* most of the times, I feel like Sai is a reflection of myself… an emotionless soul.

* maybe the different between us is that are I’m not a ninja, & definitely my drawing techniques & quality is like heaven & earth compared to him. huhuhu…

HK sign (10)

September 18, 2012

Pandainya Bagi Nasihat, Tapi Bila Kena Batang Hidung Sendiri…???

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

funny

betul tak? kita kadang2 dalam memberikan nasihat, pergh…!! udah macam pakar rotibasi motivasi yang selalu kuar kat tibi tu. cakap berdegar2 x mau kalah. rasa2 macam semua yang dicakapkan betul belaka. tepat semata.

tapi, bila kena tang batang hidung sendiri… apa macam? bila orang mula bersuara bagi pendapat, ditengkingnya suruh diam. katanye orang sekeliling tak paham apa yang bergolak dalam hati dia. mulalah menyalahkan keadaan, orang sekeliling, diri sendiri… sampaikan ke tahap menyalahkan takdir Ilahi.

kesan daripada buat macam ni aku rasa takyah la explain panjang lebar. korang sendiri dah buleh bayangkan. apa perasaan orang sekeliling yang mendengar. especially orang yang tengah diceramahkan tu. betul tak?

********

* pertama-tamanye entri ni ditulis bukan bermaksud nak menyindir sesiapa. takde maknanye aku buat macam tu. diri aku pon bukannye betul. senget semata. hohoho~

* hanya peringatan untuk diri sendiri. tersangat2 takut kalau terbuat perkara serupa. tapi, kadang2 tu tergelincir jugak kan? so, harap maaf la ye.

* kalau betul pon ada manusia2 macam ni kat luar sana, tak ramai mana sangat kan? kan? tak ramai mana pon… kan? tapi kalau terjumpa sekalipon dengan spesis camni, pandai2 kita la bawak diri.

* seronok kan bila ada sahabat2 yang tersangat prihatin dengan keadaan diri kita. yang dapat menegur kesilapan n keterlanjuran kita dengan cara yang sangat berhikmah n tak mengaibkan kita. lepas tu kita dilayan seolah2 kita tak pernah buat salah sikitpon sebelumnya.

good advisor

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

HK sign (5)

September 17, 2012

Is God Merciful…???

Assalamualaikum and good day… to all.

“apa benar Allah SWT itu Maha Mengasihani (ar-Rahim)?” kalau kita la ditembak dengan soalan ni, agak-agaknye apa jawapan yang akan keluar dari mulut kita? dan dalam keadaan macam mana jawapan itu kita nak sampaikan…? hah… cer pikir.

god is merciful(kredit diberikan kepada fanikartun.com site… silakan menerjah blog beliau.)

takyah nak borak panjang. kita perhati n teliti baik2 diri kita ni. ‘sudahkah kita menyempurnakan JANJI yang selalu kita ikrarkan pada Yang Maha Esa?’ kalau belum, masih belum terlambat untuk kita berubah… betul tak?

********

* gerakkan akal mereka yang bertanya untuk berfikir. sebabnye, Islam adalah cara hidup yang menggerakkan manusia berfikir menggunakan akal.

* persembahkan Islam kepada masyarakat dengan sebaik mungkin. first impression masyarakat tentang Islam bermula dari peribadi umatnya sendiri. so, berusahalah untuk jadikan Islam dipandang mulia bukan sebaliknya.

* sebelum kita bertanya tentang Sang Pencipta dan segala sifatNYA, tanya dulu tentang diri sendiri. adakah kita sorang hamba yang sedar diri? tak gitu. (^_^)v

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

HK sign (11)

September 16, 2012

Kids Say the Darndest Things…

Assalamualaikum. geng bas sekolah semua. SELAMAT HARI MALAYSIA~ esok korang cuti tak? selamat berlibur bagi yang bercuti. kepada yang bekerja tu, sila kerja rajin2. tingkatkan keuntungan syarikat banyak2. hoyeah~!

kids say the darndest things

kat sini sape yang pernah terdengar, terbaca atau tertengok siri lawak dalam bentuk talk show ni suatu ketika dulu? cer kabor sikit. nak la jugak aku dengar korang kongsi2 citer sikit. tapi kan… yang aku nak kabor sebenarnye kat sini bukan pasal talk show tu, tapi lebih kepada pengalaman sendiri yang baru aku alami kejap tadi.

al kisahnya… tadi sedara aku datang. sebabnye…? jangan tanya sebab apa. mak aku just cakap sedara aku nak datang. sekian. dan bila sedara mara datang, normal la dorang musti ada bawak kanak-kanak ribena dorang sekali kan? ntah camne tengah aku syok buat keje aku, tetiba je bebudak ribena tak cukup umur tu datang masuk bilik aku sebab nak main game. tak elok la rasanya kalau aku halau bebudak tu. apa pulak kata mak bapak mereka… kan? nanti siapa yang malu. bukan ke aku dan keluarga aku jugak yang malu? jadinye, akupon biarkan je la dorang melepak atau lebih tepat lagi mengambil alih bilik aku.

nak dijadikan citernye, jeng… jeng… jeng… tengah dorang syiok main game kat laptop aku tu, buleh pulak mulut dorang yang super jujur tu dengan takde insuransnye mengutuk aku. mulanye aku takde la nak perasan sangat kan. sebab aku duduk kat belakang dorang. tapi bila dorang pandang2 aku, pastu bisik2 kat telinga walaupon orang lain buleh dengar dengan jelas, pastu gelak2 kecik, aku dah mula rasa lain macam. ‘dorang ni sah2 tengah mengutuk aku ni…’ kata hatiku. pastu dengan selamba badak takde angry pandainsuransnye lagi, dorang siap ‘announce’ pulak kat aku apa benda yang dorang kutuk2 aku tu. pastu siap ketawa besor pulak lagi. Damn…! ni yang buat darah aku mendidih di atas tahap didih ni. aku dah mula pandang dorang kecik besar kecik besar je. dah la pinjam harta orang, pastu siap kutuk2 pulak tu. ni sudah lebih ni. (apa yang dorang kutuk tu biarlah rahsia. nanti kang korang pulak yang bahan aku… hahaha.)

tapi, nasib baik la akal sihat aku masih dapat berfungsi dengan baiknye. evendoh ada gak fius yang dah terbakar n wayar yang dah putus. hohoho… makanye, aku pon amik keputusan tinggalkan je la dorang mengambil alih dan menjahanamkan laptop aku dengan game2 takde makna yang dorang main tu.

sampai dorang dah nak balik pon, masih lagi dorang pandang2 aku pastu gelak2 kecik. damn it…! tak abis2 lagi rupanye budak2 ‘terencat’ ni nak bahan aku. memang nak kena tibai sekor2 ni. ggggrrrrrr…~

********

* kalau tak pikirkan dorang tu masih kanak-kanak ribena lagi, memang dah lama aku swing tangan aku kat kepala dorang sekor2. tapi kenangkan mulut dorang yang super jujur tu la buatkan dorang ni nampak kiut je evendoh tengah kutuk aku. jadi sabar je la banyak2… kanak2 ribena belum akil baligh lagi kan? tapi kalau yang buat tu orang tua yang dah akil baligh n tumbuh bulu satu badan, aku memang tanpa segan silu dan kompromi lagi akan hayun laju2 tangan aku kat muka dorang. hohoho…

* sebenarnya takde la teruk sangat kutukan dorang tu, cumanye agak keterlaluan bila dah besar nanti… tu pon kalau tak dikawal mulut dorang sejak dari kecik lagi. dan kalau aku layankan perangai dorang tu, maknanye aku pon sama level je la dengan budak2 tu kan? sungguh tak matang aku nampaknye nanti.

HK sign (4)

 

 

 

p/s : apa dorang kutuk aku tadi? “bang, tangan abang ni penuh bulu la. dahtu hidung kembang je. pastu misai (janggut sebenarnye) panjang sampai ke telinga. pastu mulut (bibir sebenarnye) abang pink macam pakai lipstik. macam dot dot dot.” mana aku x bengang gila dengan dorang.

September 15, 2012

Kau Ni Skematik Diagram Betullah…!

Assalamualaikum geng bas sekolah sekalian. hawau yu?

alkisahnye… beberapa hari lepas tengah aku dok bersembang2 dengan kawan aku, tetibe je beliau tercakap lagu ni… “aku tengok kau ni skema sangat la. tengok orang lain, xde la skema sangat cam kau ni. bla bla bla…” aku terdiam jap dengarkan dia cakap camtu. (lari kejap dari tajuk yang kitorang tengah diskas waktu tu.) tapi siyesly, benda yang beliau cakapkan tu buatkan aku berpikir masak2 pasal diri aku.

tapi bila dipikir2 balik, kadang2 tu tak semua cakap2 orang sekitar kita ni betul. tak semestinya apa yang kita dengar kita kena terima bulat2 n ikut. sebabnye kita kena kaji dulu cakap2 orang sekitar kita kan? timbang tengok logik n relevan ke pendapat dorang tu untuk diri kita?

dan hasilnya… lepas puas aku serabutkan kepala pikir pasal ni (walaupon aku rasa tak berbaloi pon pikirkan benda camni), aku dapat buat satu kesimpulan. bagi aku la kan secara personally…

be concerned with your character

paham kan? maksudnya kat sini, aku bukan taknak berterima kasih kat kawan2 aku yang suka menegur aku untuk kebaikan aku. aku tersangat-sangat-sangat berterima kasih sebenarnya. especially kawan2 aku yang jenis mulut takde insurans. (at least dorang jujur kan?)

cumanye, aku akan tapis setiap benda yang aku dengar or perhatikan. kalau benda tu baik untuk KARAKTER aku, aku akan ikut dan praktikkan. kalau tak, jawabnye aku akan right click –> delete –> pastu klik ikon recycle bin –> empty recycle bin. sebabnye, tak guna pon kalau benda tu hanya untuk naikkan reputasi aku. untuk aku dapat diterima orang lain. betul tak?

summary of the entry :- kawan aku cakap aku skema. aku teliti betul2 cakap beliau. tapi aku rasakan benda tu tak membantu pembentukan KARAKTER aku. so, aku masukkan dalam shredder pendapat beliau. sekian.

********

* “B-S-U-S-I-C-U-B-4” kata2 penuh makna dari sorang sahabat yang aku masih pegang sampai sekarang.

* walau aku tak kisah dengan orang yang mulut takde insurans sekalipon, tapi hormatlah perasaan orang lain jugak ye. manusia ni diciptakan dengan perasaan. hati dorang tu mudah terasa. bukannye macam patung tanah liat yang takde perasaan.

* I was born original, I don’t think I’m going to die as a copy.

HK sign (6)

September 9, 2012

Cepatnya Masa Berlalu… Kan?

Assalamualaikum… geng.

pejam celik pejam celik pejam celik. tau tau… eh, dah 2 bulan la. biar betik betul dah 2 bulan? siyes ke sekarang ni dah bulan september??? bukan masih bulan julai ke? takkan la kot cepat sangat. mana mungkin… tak percaya la. someone tell me it’s a lie! please tell me, it’s a lie… right? please… please… pretty please…!!!

muahahaha… takde la. aku memain je. aku masih sedar yang sekarang ni dah pon masuk bulan sembilan a.k.a september. ekceli saje je aku nak kabor kat korang semua, yang aku baru je selamat menamatkan internship a.k.a praktikal aku jumaat lepas.  maka, secara rasminya berakhirlah kisah hidup aku sebagai seorang budak praktikal di sebuah syarikat multinasional di bandar metropolitan Kuala Lumpur ni. eiceh ayat aku… takbleh blah. muohohoho~

don't cry over the past

kalau korang tanya apa plan aku lepas ni? hurm… mungkin… hurm… mungkin aku… hurm… mungkin aku akan rahsiakan. muahahaha. (ayat mintak penerajang sulung. berapa banyak hurm… daa.) tapi memang betul pon… aku tak pikirkan lagi. tengok je la mana hala tuju aku lepas ni. mana arus sungai nak bawak aku nanti. memang tak pikirkan lagi secara detail dan terperinci buat masa sekarang. (tak sama kan detail ngan terperinci???)

ok. tamat sudah sinopsis cerita untuk minggu ni. lain kali sambung lagi eh? tu pon kalau ada yang sudi baca la… (ayat mintak penerajang sekali lagi).

daa~

********

* mungkin ada masa nanti aku kabor pulak pengalaman2 aku sepanjang aku praktikal ari tu.

* aku tak kabor kat mana aku praktikal sebab dah ada dalam agreemenet yang kitorang memang tak boleh nak kaborkan. kalau tak nanti dorang boleh amik tindakan… hah gitew… (yo-oh je nak amik tindakan bagai kan?)

HK sign (5)

September 2, 2012

Woit Mood Blogging? Mana Kau Menyorok Hah…???

Assalamualaikum & salam sejahtera. salam kemerdekaan jugak buat rakyat malaysia. dah 55 tahun dah kita merdeka rupanye. MENDEKA!! MENDEKA!!

don't judge me

1. jangan tanya apa kaitannya gambar kat atas ni dengan tajuk entri aku ni? aku pon tak pasti sebenarnya. hoho… tapi kan, aku macam dapat rasa ada ‘chemistry’ antara diorang berdua ni. so aku letak je la kan. (ok x reason aku ni? pffffttt…)

2. ada sesapa boleh bagi idea tak macam mana nak carik balik mood blogging? ntah mana la dia dok menyorok. puasa aku carik… habis satu rumah aku tunggang-langgangkan. tapi tak jumpa jugak. any suggestion?

3. hanya sebab hidup kita berbeza dari orang lain, jangan terus2 kita kutuk dia. kita tak pernah tau perasaan orang walaupon kita ni best french forever atau suami isteri yang bahagia. (itu bagi aku la…) sebabnya perasaan kita semua adalah rahsia Ilahi. betul tak?

4. seronok kadang2 tengok orang yang sentiasa happy. tak tergugat sikitpon dengan masalah yang diorang hadapi. only God knows how suffer they are to endure the pain. but yet, they can still put a big smile on their face. how I wish to learn from them… (aku kena berguru dgn dorang ni. please master… lemme be your apprentice.)

5. orang bijak pandai pernah cakap, berkata jujurlah biarpon ianya pahit. tapi, dalam dunia sekarang ni aku tak pasti masih relevan ke tidak pepatah ni? bila mana kita cuba jujur, orang akan amik kesempatan atas kita. entah la… mungkin aku saja yang belum ketemu. kadang2 Tuhan memang sengaja letakkan kita di tempat yang salah, pada masa yang salah dengan orang yang salah kan?

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

HK sign (8)