June 30, 2012

Bermulanya Episod Baru Dalam Hidupku…

Asslamualaikum warahmatullah kawan2… selamat malam semua. hangpa semua apa habaq??

hari ni merupakan last day dalam bulan jun. dan esok mai dah bulan baru. membuatkan aku teringat balik kenangan setahun yang lepas. kenangan yang amat bermakna buat kami sekeluarga. dan harapnya moga kenangan itu sentiasa berkekalan buat selama-lamanya… nak tau apa dia ni, kena la tunggu esok. hahaha~

ok. cukup la kot aku rasa dengan part mengimbau2 kenangan lama ni kan? setiap hari kita melangkah ke depan kan… bukan dok melanguk lagi pikir masa silam kita. so… cerita aku ni pon pasal masa depan aku jugak. saje taknak lari tema.

cerita yang aku nak kasi story ni memang hampir semua orang pernah alami. especially makhluk2 bernama manusia yang sedang menghabiskan masa muda dorang kat unibersiti. benda yang dorang buat time dorang dah nak dekat2 final year dorang. syarat untuk dorang dikatakan layak bergelar sorang graduan. haaa… aku rasa dah cukup kot clue yang aku bagi. banyak2 nanti korang senang nak teka. (so, dah tau jawapan dia tak? nanti hari isnin aku kasi tau jawapan dia.)

nantikan

sekian, arigato. moshi moshi… hahaha.

********

* insya Allah esok aku bagitau peristiwa yang berlaku setahun yang lepas. aku tak berani nak janji kat korang, nanti jadi munafik pulak. bukan orang yang bernama mun dan afik ye.

* tak tau la apa perasaan aku sekarang ni. tak pernah buat benda tu sebelum ni. harap semuanya berjalan lancar dekat tempat baru ni…

HK sign (2)

June 27, 2012

Sahabat Sejati? Siapakah Sahabat Sejati Itu?

Assalamualaikum n good morning guyzzz…

sahabat sejati

********

* bahagia sangat kan kalau kita dapat berjumpa dengan sahabat sejati? tak payah ramai pon takpe. biar sikit asal bermakna persahabatan kita. cumanya… yang jadi persoalan sekarang ni, adakah kita salah seorang sahabat yang sejati? untuk sahabat-sahabat kita?

* buat sahabat-sahabat aku kat luar sana, yang dah lama tak berhubung, yang mana dah lama lost contact, yang mana dah terputus n memutuskan hubungan persahabatan kita… selagi mana korang sahabat aku, secara jujurnya aku akan sentiasa hormatkan persahabatan yang kita bina buat selamanya. semoga persahabatan ini akan sentiasa berkekalan… ukhuwah fillah abadan abada. ;D

49-10

* ukhuwah itu bukan terletak pada sebuah pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir… akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya. (imam al-Ghazali)

* tiada perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya biarpun tanpa bayangnya…

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (3)

June 23, 2012

Jadilah Seperti Mata Lebah, Bukannya Mata Lalat…

Assalamualaikum kawan2…

mata lebah @ mata lalat (dipetik dari buku Tuhan Sedang Menguji Kita. dapatkan segera di pasaran…)

jadi yang mana satu idaman kalbu? yang pertamakah? atauyang keduakah?

tapi walau apapun pilihan korang, satu je yang kita semua kena ingat… ubahlah dan perbetulkan persepsi diri kita terlebih dulu sebelum kita berusaha membetulkan dan mengubah persepsi masyarakat sekeliling kita. sebabnye… cara termudah untuk kita mengubah persepsi orang lain adalah dengan mengubah dulu persepsi kita terhadap orang lain.

sekian.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (5)

June 22, 2012

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata… Sendiri Pikir La.

Assalamualaikum n salam sejahtera bloggerians semua (haha… memandai je aku bagi term tu).

habis sudah semua exam aku…! hoyeah!!! ooopsss… tersasul pulak. sepatutnya kena la ucap, “Alhamdulillah.” (ekceli hari selasa hari tu dah abis. tapi baru la ni terbukak hati nak update.) evendoh agak kabur n kelam masa depan rasanya mengenangkan jawapan2 yang aku tulis ari tu. tapi… nak buat lagu mana kan? nak merayu sembah sujud kat lecturer yang bagi markah pon dah takde gune. kertas jawapan dah siap kena pangkah besar2 dah pon sekarang ni. dah takde benda buleh ditolong lagi. tinggal sekarang ni masa untuk meronggeng je… weeehuuu~ (haha… banyak la ko punye meronggeng. keje dah banyak bersusun tu, tunggu nak disetelkan je. haish…)

*******

ada masanya, apa yang keluar dari mulut aku ni disalah-ertikan. ada yang tersinggung perasaan dengan tutur kata aku. ada yang terasa hati dengan lawak2 tak kelakar aku. n ada yang ‘makan dalam’ dengan percakapan jujur a.k.a sindiran2 aku. tak campur lagi dengan perasaan bengkek (bengang kot) dengan perangai aku kan? tapi, nak buat macam mana kan… dah mungkin camtu cara aku dibesarkan. (nak salahkan didikan mak bapak pulak. hehehe…) atau mungkin aku terpengaruh dengan persekitaran. (ye la, banyak sangat kan anasir2 luar yang tak berapa nak sihat.) atau mungkin jugak memang sebab silap aku sendiri. (tapi normal la kan, manusia mana yang tak buat silap.)

dalam kebanyakan masa, ada jugak kawan2 n orang2 kat sekeliling aku yang tersalah tafsir nada percakapan aku. ada yang kata aku cepat naik marah. ada pulak yang kata kenapa aku suka menengking (menjerit)? ekceli guys, I’m not a bad-tempered toby person. dah memang Tuhan jadikan volume suara aku besar. kotak suara aku ni pon bukannnye boleh adjust macam volume radio tu. so, harap faham la kalau aku terkuat suara pasni kan. mungkin sebab aku ter-over-eksaited kot. (macam lecturer aku pernah cakap… sebab suara dia pon memang macam guruh.)

jadinye… kepada kawan2 aku yang memang terasa hati dengan semua yang aku highlightkan kat atas nun, aku nak mintak ampun, mintak maap kat korang banyak2. aku harap takde yang simpan dalam hati. (dalam jantung, limpa, peparu n perut pon taknak jugak. huhu~) aku tak berniat pon nak sakitkan hati korang semua. tak kira la ahli keluarga aku ke, kawan2 rapat aku ke, kawan2 aku ke… hatta orang2 yang tak berapa ngam dengan aku sekalipon.

*******

own purpose

*******

terjumpa buku ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ hasil curahan ilmu dari Ustaz Muhammad Kazim Elias al-Hafiz n diterbitkan oleh Karangkraf. makanye aku pon terbeli la jugak. n sekarang dalam proses mengkhatamkannya n cuba mengaplikasikannya. moga2 terserlah manfaatnya dengan izin Allah SWT. insya Allah… (korang pon patut dapatkan satu. aku baru je baca tapi macam seronok pulak. tak sabar nak baca sampai penghujung buku.)

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

HK sign (7)

June 12, 2012

The Puzzle Of Friendship… Or Should It Be Relationship???

assalamualaikum sekali lagi aku ucapkan… korang pe kabor? ada baik? ka tada baik? kalau tada baik pon kasi baik juga… hoho.

baru-baru ni aku terjumpa satu poster yang dibuat rakan blogger jugak… pasal ‘Puzzle of Muamalat’ (hubungan sesama manusia).

puzzle of muamalat(diculik dari blog Temeterity… blog beliau best~!! sila la terjah…)

* dalam kehidupan ni, ada ramai orang yang aku jumpa. ada masanya, orang tu buleh ‘CLICK’ dengan aku. (kira jadi member kamceng la.) tapi ada jugak yang sebaliknya… (but they’re still a part of my life.)

* walaupun KELUARGA adalah tunjang dalam hidup aku, tapi SAHABAT (best friend) adalah pelengkap kehidupan aku. siapalah aku tanpa mereka-mereka ni. eiceh… (sebab tu, dua-dua golongan ni terlampau istimewa buat aku. jangan ada sesapa yang berani kacau… aku tembak kang. hohoho~)

* tapi ada masanya (ke setiap masa???), aku terlukakan jugak hati mereka-mereka ni. cause I’m just a mere human. a normal human being. aku-ini-manusia-biasa. (sebut macam kris dayanti dalam lagu aku wanita biasa.) just like the rest of us. selalu terbuat salah. selalu terbuat silap. selalu terlepas cakap. selalu kadanga2 ‘ter’mengumpat. makanye, aku memang takkan terlepas dari buat salah yang menyakitkan hati orang2 kat sekeliling aku. jadinye, aku nak mintak maap banyak2. walaupon ada yang taknak maapkan aku. (ada aku kesah?) aku memang sentiasa dalam proses untuk berubah. tapi jangan mengharapkan aku dapat berubah sekelip mata, macam tukar baju dalam filem hindustan tu. dapat tukar beratus kali dalam sekelip mata… ye tak? n aku jugak bukan malaikat… so, jangan expect melampau dari aku. nanti aku bagi tamparan menganak kang. (peace~)

itu je dari aku buat masa ni. ada idea lagi, nanti aku tambah. sekian, arigato~

HK sign (3)

June 9, 2012

Aku Demam Lagi…? Maksudnya Exam Aku Dah Dekat La Tuh.

Assalamualaikum geng…

studyingmacam yang aku tulis kat atas tu, ada dua benda aku nak habaq kat sini. yang pertamanye… macam yang korang sedia maklum, starting minggu ni dan minggu depan dan minggu depan dia lagi, universitas aku tengah adakan minggu exam secara besar-besaran. (macam event apa je kan? tapi… kalau nak ikut, memang pon event rasmi universiti aku. even universiti-universiti seluruh dunia pon konfem ada exam weeks dorang kan? jangan nak membongak kalau korang kate takde exam.) dan korang jangan tanya nape lambat sangat kitorang exam? orang lain dah lama abis, kitorang baru nak mula? kang melayang je lempangan tak berbayang aku nanti… hohoho~

cold yang keduanye, aku perasan setiap kali aku nak jawab exam aku, atau dah nak dekat dengan exam aku… musti aku akan demam dulu. tak kisah la berapa hari pon… yang penting musti demam punya. dari aku sekolah rendah dulu kot. tapi… aku nak jelaskan kat sini. bukanlah aku tak terima demam ni untuk attack aku… ye tak? siapa la aku nak tolak kalau Allah nak bagi demam ni kat aku… kan? aku terima je. dah nama pon hamba kan? cumanye… yang aku nak khabar kat sini, badan aku ni macam ada controller. bila dah nak exam je, badan aku akan adjust steady-state error badan aku untuk aku tetiba demam. (saper amek control engineering tau la kot.)

jadinye, aku seperti kawan-kawan blogger mahupun realiti aku yang lain… mengharapkan agar exam aku kali ni dapat dijawab dengan lancar dan tepat. biar semua perkara dapat setel dengan jayanya. n aku jugak mengharapkan doa kalian semua. doakan aku berjaya dengan cemerlang untuk exam kali ni. (orang kata kalau 40 orang doakan benda yang sama, insya Allah makbul doa tu. so, apa tunggu lagi guys? doakan aku n kawan-kawan aku moga berjaya jawab exam kitorang nanti.) ;D

sekian.

********

* bukan aku tak bersyukur diberi demam, hanya  nak bagi tambah perisa je dalam entri kali ni.

* even setiap sem konfem aku kena jawab final exam, tapi still… perasaan nebes ni takmo hilang. (Ya Allah, berilah aku kuat daya hafalan dan ketenangan jiwa bagi menghadapi salah satu ujian duniaku ini. Aaaamiiin…)

HK sign (6)

June 7, 2012

Pelanduk Satu Serupa…? Pokemon Apakah Itu!?

Assalamualaikum korang semua…

kelmarin dulu ade la kawan aku bagitau kat aku, katanya beliau nampak aku tengah dinner kat kafe hostel beliau. aku dengan penuh konfiusnye tanya la balik, betul ke yang dia jumpa tu aku? betul ke dia tak salah tengok orang? sebabnye aku memang dah lama gile x jejakkan kaki kat kafe tu. kali terakhir aku pergi ade la waktu zaman penjajahan jepang dolu. (nampak benor nipunye… ko dah hidup ke time tu?)

tapi beliau sungguh-sungguh cakap memang dia nampak aku kat kafe tu. kata beliau, bukan mirip-mirip lagi… dah macam pelanduk satu serupa dah. (eh… bukan pelanduk dua serupa ke?) cumanya beliau segan nak tegur. takut tersalah orang. kang tak pasal-pasal sebulan tak turun kafe… sebab nak kaver malu.

makanye… disebabkan kenyataan kawan aku tu, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya… siapakah pokemon misteri yang kawan aku tu nampak? sebabnye, memang sohih dan terang lagi bersuluh aku takde kat tempat kejadian waktu berlakunye kejadian tersebut. cumanye, aku takde alibi je yang dapat buktikan ketidak-beradaannya aku kat tempat kejadian tersebut. (unless kalau driver-driver ‘berhemah’ mesia kat atas jalan time tu sudi buktikan… huhu.)

siapakah beliau…? (can anyone help me solve this mystery…?) sebabnye setau aku, mak aku tak pernah pulak citer aku ada adik kembar time lahir dulu. n aku konfem-konfem takde bela ‘haiwan belaan’. n pokemon pulak hanyalah suatu dongengan bebudak nippon (jepun). jadi… adakah ianya suatu misteri…? atau sekadar fantasi?

sekian, trimas.

dua serupa mungkin macam ni kot pelanduk satu serupa tu? hohoho… XD (ok, ignore this silly joke.)

*******

* nak cakap banyak pon tak guna. anggap je la makhluk tu sekadar sekor pokemon yang berkeliaran dekat bandar ni.

* best jugak kan ada orang muka sama ni. lagi best kalau beliau sorang genius. buleh la mintak tolong beliau jawabkan paper-paper final exam aku. hoho…

HK sign (10)

June 4, 2012

Selamat Kembali Dunia… Bloggingku.

Assalamualaikum geng bas sekolah semua… apa atas (what’s up)???

1. lepas lebih sebulan rumah kedua aku ni berpuaka bunga tanjung tak berpenghuni, akhirnya aku bukak n masuk balik dalam rumah ni. hohoho… gua kangen sama kamu. hahaha… dan biasak la kan, bila dah lama sangat tinggalkan rumah ni… malas pulak rasanya nak start penuhkan balik isi dalam rumah ni. nak bersihkan habuk n sarang labah2 yang dok penuh bergayut2 kat rumah ni. tak gitu?

2. laptop yang aku guna sekarang ni adalah hasil pinjaman dari kakak aku. n last month, beliau ada kerosus (kursus) selama sebulan. lama gila kan? biasa la… orang gomen, memang macam tu. so, tu sebab aku x berdaya nak updet. (haha… alasan kemain.)

3. akhir bulan mei lepas, time tu budak2 dah mula nak cuti sekolah kan? so, aku n family (padahal mak n kakak aku je) telah di‘invite’ ke majlis kawin kazen aku kat gelang patah, johor bahru. (tu dia… jauh kemain. kitorang pergi pon sebab family pengantin dah ajak untuk ikut menghantar pengantin lelaki je. kalau saje suka suki pegi, memang tobat kitorang takkan pegi. jauh woo…) tapi on the way tu, sempat gak kitorang singgah kat KLUANG. (cuma tak sempat jumpa keluangman je). sebab nak pekena kopi spesel dorang… ‘Kluang Rail Coffee’ nama beliau. ramai yang kata kopi tu faymes. 1 mesia dah tahu. (orang kluang, sila komen. betul ke stetmen ni?) pastu pekena pulak ‘Cendol Bakar’. (kau mampu nak bakar cendol tu… tapi hasilnya still sama dengan cendol mamak tepi jalan yang kau selalu minum @ makan tu?) tapi tu la specialty Cendol Bakar tu. (pada yang dah tau, sila diam… hahaha.)

4. sekarang ni dah masuk balik musim yang akan buatkan semua student U akan pening kepala, migrain, pitam n the worst case… ada yang jadi Hulk. sebabnye… nilah masanya lecturer2 nak perdajalkan budak2 beliau. (kepada pensyarah2 saya, saya hanya bergurau kasar saja. tak terniatpun nak berfikir camtu. haha…) yup. dat’s rite. musim final exam. so, di akhir musim ni… akan ramai lagilah budak2 U yang akan evolve jadi pandamaran. so, kepada yang akan duduki final exam… aku ucapkan “Selamat Menghadapi Kertas Peperiksaan Korang!!! Buat Yang Terbaik!! Kalau Tak Buleh… Usahakan Sampai Buleh!” (jangan buat2 lupa, hang pon ada paper nak kasi setel jugak.)

5. tu je lepas sebulan aku memeram idea. last2 semuanya dok ilang lesap jadi asap. tu yang makin malas nak updet. (haha… takyah dok gebang la. hang memang pemalas, cakap je la…) ok, sekian.

be thankful

********

HK sign (5)