December 31, 2012

Disebabkan Keluhan Mak Cik KiRAN & Pak Mat DOM, Maka Tercetuslah Random Updates…

Assalamualaikum warahmatullah geng bas sekolah semua. salam sejahtera. howdy-do?

1. dah berminggu-minggu berhari-hari aku tak updet blog. sebabnya… setiap kali aku bukak blog, tetiba je idea dalam otak aku kena sembelit. susah gilak mau keluar. lagi hazab sembelit idea aku tu bila aku tekan butang ‘New Post’. malangnya, bila aku shut down je laptop, dan-dan time tu jugak la baru nak mencurah-curah idea datang. macam orang kencing tak lawas pula. mencurah-curah bagaikan air terjun Niagara. (kenapa entri aku berbaur unsur-unsur kurang senonoh ni? dah la nak tutup kalendar tahun 2012. haih…) idea-idea nak tulis entri ni pon aku conteng-conteng dulu atas kertas, lepas aku dah shut down laptop. makanya, terpaksa la aku buat dua kali kerja. tapi, takpe… asalkan aku puas dan dapat updet balik semula blog aku ni. hoho~

2. semenjak kebelakangan ni, mood aku selalu waver. kejap je naik tapi selalu sangat turunnya. tambah pulak aku asyik dok sibuk terpikir segala macam kenangan pahit dan memori silam (eiceh… dah nak tutup buku lama kan?) yang tak best dolu-dolu. rasa menyesal sangat-sangat sebab pernah buat semua benda tu. (ditegaskan kat sini, aku takde la sampai buat benda-benda yang tak senonoh & melampaui batas. setakat pedajal kawan, cakap tak pikir panjang sampai orang kecik hati berbulan-bulan, buat lawak kasar yang tak lawak langsung dan tak fokus dalam hidup. tu je…) tapi, bila dipertemukan dengan ayat al-Qur’an dari surah al-Hadid, terasa damai dan tenang balik qalbu ni. nak tau ayat apa…?

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di Bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan ingatlah, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, lagi membanggakan diri.

(Surah al-Hadid : ayat 22 & 23)

3. ada sorang kawan aku ni (memang betul ni kawan aku punya citer. bukan aku sendiri tapi malu nak ngaku)… beliau suka sangat-sangat compare diri beliau dengan orang lain. unfortunately, not in a good way. dan bila dah compare tu, maka mula la beliau nak rasa down. pastu kutuk-kutuk diri beliau. sampai aku naik rimas nak dengar (nasib baik aku tak sampai kena nyanyi lagu Rimas tu). last-last aku bagitau kat beliau… “Why must you compare yourself with others? Don’t you know that each one of us is unique… in our own way? There’re no 2 people alike. Even twins will have different characters. All you have to do is be YOU! Embrace you strengths… your positive qualities. At the same moment, overcome your negative values. It’s not that easy, I know, but nothing is impossible… right?” bagi aku ada beberapa perkara yang kita buleh compare dengan orang lain, dan ada perkara-perkara yang kita dilarang. sebab takut bukan kita salahkan diri sendiri, tapi menghina ciptaan Allah. sebabnya, kita anggap Allah tak reti nak cipta makhluk DIA dengan sebaik-baik kejadian. nauzubillahu min zalik…

4. baru setel mengecat pintu rumah aku semalam. tu pon nasib baik hanya 1 daun pintu je. kenapa nasib baik? sebabnya, aku terpaksa habiskan lebih 7 jam semata-mata nak menyempurnakan tugasan aku tu. (ye… orang lain mampu siapkan lagi cepat dari aku. nak buat camne, aku noob lagi dalam bidang mengecat ni. nak bagi kemas cat tu bukannnya senang.) dan aku tersangat exhausted semalam. siap dah nak give up lagi. tapi bila kenangkan aku nak buat surprise dekat mak aku, aku kuatkan jugak semangat dan gagahkan jugak usaha aku untuk sambung semula mengecat. sebab idea nak tukar warna cat pintu rumah adalah idea mak aku.
dan bila tengok hasil kerja aku tu, buatkan aku terpikir pasal pekerja-pekerja buruh binaan. ekceli aku lagi kagum sebenarnya… dari mana dorang dapat tenanga dorang tu? nak siapkan kerja-kerja yang bapak lagi penat dari yang aku siapkan semalam. adakah dorang minum kopi Super Power…? atau mungkin dorang minum Ali Cafe…? atau sememangnya dorang adalah makhluk Super saiya yang bersembunyi di Bumi…? (hohoho… aku dah mula merepek balik.)
ok, balik ke topik asal. mungkin korang ada yang taktau kenapa aku terpaksa habiskan banyak masa untuk siapkan hanya sebuah pintu? agak-agak korang berapa layer diperlukan untuk tukar…

dark and white front door maunya tak berlapis-lapis dan berjam-jam aku kena cat? nak tukar dari warna dark coklat ke warna putih. kalau tak betul catnya dan tak tebal lapisan dia, memang bercapuk la warna cat tu kan?

5. bila aku dok perhati kipas-kipas susah mati kelab bola sepak, aku jadi ‘kagum’ dengan dorang. sebabnya, dorang mampu menghafal setiap nama pemain kelab bola sepak yang dorang sokong. sekali dengan nama pemain kelab bola sepak yang dorang tak sokong. dan tahu setiap updet terkini kelab dan pemain kelab masing-masing. setiap profail, skill, posisi dan pencapaian para pemain dah tersimpan dalam hard drive otak masing-masing… dengan detailnya. dan kebiasaannya, setiap keputusan perlawanan kelab yang disokong, sama ada kalah atau menang akan mempengaruhi mood harian masing-masing.
cuma yang aku musykilkan… adakah effort yang sama ditunjukkan dalam memahami Islam? untuk mengetahui dengan sirah yang shahih perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan kalimah tauhid? dan kisah hidup para sahabat RA dalam usaha mereka menyebar-luaskan dakwah yang tergalas di atas bahu mereka.
jadi, adakah kesungguhan yang sama diletakkan dalam kedua-dua urusan ni? dan aku tak cakap perangai kipas-kipas susah mati kelab bola sepak semuanya sama macam tu. mungkin hanya sekelumit je… dan apa yang aku cakap ni pon berdasarkan pemerhatian aku samata-mata. sebabnya bagi aku, kalau kita mampu put a lot of effort dalam urusan dunia yang macam ni, mungkin kita buleh tunjukkan effort yang sama untuk urusan akhirat kita jugak… betul tak? tempat yang akan kita tuju suatu hari nanti. untuk kita berehat buat selama-lamanya… atau diseksa selama-lamanya?

sekian… assalamualaikum.

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

********

* aku admit entri ni ada unsur-unsur skeptism. maaf kalau ada yang tak sependapat. terutama untuk point yang terakhir. sekali lagi aku nak jelaskan, benda tu hanya sekadar pemerhatian aku yang tak seberapa. dan aku yakin masih ramai kipas-kipas susah mati kat luar sana yang lagi baik dari situasi yang aku cakap tu dan terlebih lagi baik dari aku. mungkin korang ada pendapat tersendiri yang nak dikongsikan? kalau ada, buleh la share-share kat sini. aku takde hal punya… positif negatif aku kasi balun semua.

* sebelum 2012 melabuhkan tirai, terasa jugak hati ni nak mengucapkan “Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita pada tahun ni… dan mengampunkan segala kesilapan kita yang telah lalu.” dan untuk tahun hadapan…

“SELAMAT MEMUNCULKAN DIRI ANDA… 2013!!!”

Haryz Khairuddin (4)

5 comments :

Encik H said...

agak2 aku 1st ke tidak? macam tidak jer..hahaha

Encik H said...

panjang gila kot entry ni..jap aku baca sambil komen satu2..:D

1. sama macam aku jugak la..sebenarnya banyak kot idea aku nak update..tapi bila aku bukak New Post jer, aku blur and xtau nak taip cerita apa..cuma apa yg aku perasan, akhir tahun ni memang banyak benda yg aku nak taip tapi terpaksa aku tunda..

2. mood aku quite okey kot kebelakangan ni..rasa macam tak ada apa yg buat aku down or terasa..buat lawak kasar tu biasa gak, tapi harap2 la takde org yg terasa..hehehe

p/s: eh apa kata kau buang energy saving mode ni..aku tengah taip sambil baca entry, tiba2 gelap gulita..:p

3. pehh..hebat gila kau speaking..heheh..pada aku, tak salah nak compare diri kita dengan org lain..tapi kena amik dari surut positif la..bukan compare pastu down sendiri..sebab compare dgn org lain ni kadang2 buat kita cuba utk jadi lebih baik, better berbanding diri kita sekarang..

4. mula2 masa aku baca, dalam hati aku "gila ke apa cat pintu sampai 7jam? hahaha"..tapi bila kau kata nak buat suprise utk mak, quite interesting jugak..happy kot kalau dapat buat org tua kita happy ye tak? part super saiya tu memang mengarut..hehehe. cat pintu dari ceklat ke putih tu berapa layer kau buat? 7 layer ke? :D

5. terus terang cakap, aku memang antara fans yg amik tau pasal perkembangan kelab and player pasukan yg aku minat..termasuk pasukan yg aku tak minat..heheh..itu jer komen aku utk yg ni..part bawah2 dia tu, aku insaf..:|

kacau betul la energy saving mode ni..aaa..hopefully hidup kita semua diberkati..insyaAllah..

p/s: dah macam entry tambahan pulak..kahkah

Panda Warrior said...

@Encik H
tahniah.. ko yang pertama, H. tapi xde hadiah. haha~

ok, aku dah buang energy saver.

ekceli aku xde la speaking bagai. ada certain part je aku tibai cakap omputih. hoho~

pintu tu aku baru cat 3 layers. kalau kuat semangat, nak tambah lagi dalam 1-2 layer.

sebenarnya bukan salah pon nak amik tau pasal kelab masing2. cuma jangan dilupakan urusan yang lebih penting.. tu je.

entri ni panjang gilak sebab nak balas dendam x updet2 dah lama.

Encik H said...

bukan2..maksud aku, komen aku tu dah macam entry tambahan..hahaha

Panda Warrior said...

@Encik H
siyesly, aku x kisah langsung orang nak komen panjang2.. lagi seronok aku baca ada la. haha.. ;D