December 12, 2012

12.12.12 dan Rumah Baruku…???

Assalamualaikum warahmatullah wahai sahabat bloggerku sekalian. eiceh…

dalam diam tak diam, tanggal ‘12.12.12’ memunculkan diri beliau sekali lagi. ‘tarikh berulang terakhir’ yang hadir hanya sekali dalam 100 tahun kata orang ramai. makanya dalam kesempatan berharga sebegini, moleklah apa kiranya aku ingin mengkhaborkan yang tak lama lagi aku bakal berpindah ke rumah baru. woot woot~

hah!? apa!?? pindah rumah baru!!??

Exterior of home with 'for sale' sign in front yardthat’s rite… ni lah rumah baru aku. chantek tak…???

haha… ekceli aku bukan cakap pasal rumah betul pon. (aku mana la mampu lagi nak beli rumah sendiri. sekarang ni pon duduk dalam bilik bawah bumbung je. sobsob~)

sebenarnya baru-baru ni, kawan aku Innanie Ariffin ada promote untuk buat domain sendiri anjuran agensi di bawah MOSTI… bawah program 1MYID. ada 1500 domain yang ditawarkan sampai 25 disember 2012 ni. kiranya sape cepat beliau dapat la kan?

kenapa aku buleh terpikat dengan tawaran bonanza camni? sebabnya… caj untuk tahun pertama adalah PERCUMA!!! dan caj untuk tahun-tahun berikutnya (renewal charges) adalah sebanyak RM20.00 sahaja. tak ke berbaloi-baloi harganya tu?

proud menurut cik Nanie lagi, korang takyah risau pasal coding, widget, bloglist, website iklan dan segala makhluk yang menetap dalam blog korang tu sebab domain baru ni takkan bagi side-efek pada blog korang. dan satu lagi, korang hanya perlu ikut a few simple steps untuk sesi pendaftaran… dan voila! korang dah mampu untuk memiliki domain sendiri. jadi, apa tunggu lagi? daftar sekarang sementara stok masih ada! (sekiranya korang inginkan keterangan lanjut, bulehlah klik di sini dan klik di sinun.)

sekian. tu je yang aku nak kaborkan. hehe…

********

* aku akan updet dari semasa ke semasa pasal link rumah baru aku ni. takut-takut nanti ada yang tak dapat terjah blog aku pulak pasni. (bajet belog retis la sangat!)

* tak salah rasanya nak cuba merasa ada domain sendiri kan? (belum terai belum tau… ye tak?)

* nasib baik la 12.12.12 tak jatuh hujung minggu. kalau tak, ntah berapa banyak la wedding invitation yang korang akan dapat kan? dah la sekarang ni tengah musim cuti sekolah… lagi la?

Haryz Khairuddin sign (9)

15 comments :

fifie said...

Goodluck awak. Domain nie terhad kepada 1500 peserta terawal je kan. Hope awak dapat :)

deq noor said...

bagus ambil peluang ini... :)

wani ezryl * said...

mcm best je.. balik rumah nanti nak try la (kalau ada lg kuota tu haha). thanks for sharing!

nazha anua said...

domain sendiri?hehehe..

Haris Khairuddin said...

@fifie
hopefully. terasa gak nak ada domain sendiri.. hehe~ ;p

@deq noor
peluang bukan datang selalu.. ye x?

@wani ezryl *
sharing is caring ma..?? huhu. ;p

@nazha anua
yup. sekarang ni tinggal nak dapat confirmation je dari dorang. hehe..

محمد رازيق said...

gud luck bro. amik peluang tu. menarik. 12.12.12 tu cantik. nak tggu 13.13.13 tak daptlah. haha

Abhamz SSU said...

assalam, selamat berpindah ke 'rumah' baru...

Fendy said...

tengah tunggu respon je skrg ni..bila nak tukar..ermm

Edy Fee said...

igt dah beli umah jugak.hehehehe

Nadia Elena said...

belanja pliz..wkwkwkw~! =D

WZ said...

that was cheap. Good luck menjadi antara 1500 org tu. ^-^

Haris Khairuddin said...

@محمد رازيق
memang menarik. tu yang saje nak jadikan kenangan. huhu..

@Abhamz SSU
assalam. terima kasih. x sabar nak masuk rumah baru ni. hahaha..

@Fendy
sama la. tengah tunggu respon gak.. nanti ramai la blogger yang dotmy nanti.

@Edy Fee
tak mampu lagi bang. hahaha.. XD

@Nadia Elena
errr... buleh. untuk tahun pertama je la. tapi utk tahun2 berikutnya sila bayar sendiri. hehehe.. ;p

@WZ
yup. that's the reason that attracted me to change..

Nick Nashram said...

heheh..ingatkan nak beli rumah baru betol2..nati kalo nak beli rumah baru jangan lupa open table sekali..hehehe

Haris Khairuddin said...

@Nick Nashram
in shaa Allah.. tapi tu kena tunggu cikgu open table dulu. haha.. XD

Sunah Sakura said...

ooo...sebab under 1MYID ye...percuma eks..bagus2...tapi malas la nak tukar..biar la dotcom tu..haha