November 14, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H…

Assalamualaikum warahmatullah geng.

hijrah suatu perjuanganhasil nukilan oleh saudara Haris Khairuddin

memang di zaman Rasulullah SAW tak disambut awal muharram. tapi para sahabat radhiallahu anhum setiap masa mereka berhijrah. sepanjang waktu berusaha memperbaiki diri masing-masing… dari keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik. setiap hari. setiap masa. mereka tak pernah menunggu awal tahun untuk meletakkan azam yang baru. mereka tak pernah menunggu masa yang sesuai untuk berubah. dan mereka tak pernah jemu dan penat untuk menghijrahkan diri mereka ke arah kebaikan.

makanya, tunggu apa lagi wahai kawan. hijrahkanlah jugak diri kita ke arah kebaikan. hijrahkanlah diri kita ke arah kemenangan. jangan sekadar ditunggu datangnya seru untuk kita berubah. jangan hanya menunggu masa yang sesuai untuk kita mulakan perubahan. berubahlah hari ini. berhijrahlah sekarang! kerna kita hanya punya masa sekarang untuk kita melakukan perubahan terhadap diri kita. hidup kita.

semalam pastinya telah berlalu. esok belum pasti akan tiba. hanya masa sekarang yang kita miliki untuk berubah. jadi… ayuh kita berubah. mari kita berhijrah…! semoga penghijrahan kita mendapat barakah dan redha Ilahi… insya Allah.

*********

* orang yang pertama-tama aku tujukan kata-kata ni tak lain dan tak bukan is to myself. diri aku sendiri. sorang makhluk yang selalu buat silap, yang tak mungkin sempurna… dan yang sentiasa malas. so kena la aku berhijrah dari sifat yang super malas kepada kurang malas. hohoho~

* Abdullah ibn Mas'ud RA berkata, “Aku tidak pernah menyesali sesuatu sepertimana penyesalanku apabila terbenamnya matahari yang mengurangkan umurku sedangkan amalanku tidak bertambah.”

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (3)

3 comments :

mieza said...

"berhijrah dari sifat super malas kepada kurang malas"..
maksudnye malasnye masih ade laa kan. haaha

Haris Khairuddin said...

@mieza
nak berhijrah kena berperingkat. mana buleh sekaligus.. huhu. ;p

Nick Nashram said...

dan aku rasa penyakit malas aku ni suka tangguh keje..asyik bagi alasan takpa esok nak buat la..pastu esok2 pun tak siap lagi..hahah..insha allah, pasni nak buang la penyakit ni.