November 20, 2012

Penjelasan Isu Kalimah In Shaa Allah – Imam Muda Fakhrul

Assalamualaikum.

rasanya semua dah sedia maklum berkenaan isu kalimah “In Shaa Allah” yang ditimbulkan oleh Dr. Zakir Naik, dan tersebar luasnya informasi tersebut… kan? (sampaikan aku sendiripon terbuat jugak entri pasal ni. tapi harap maaf, pihak penganjur terpaksa menarik balik entri tersebut atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan).

makanya… bagi menambahkan lagi kepastian aku mengenai isu tersebut, pihak penganjur (iaitu aku sendiri) telah bertanyakan isu tersebut kepada Imam Muda Fakhrul. dan inilah ulasan beliau mengenai isu tersebut. harap maklum.

Ulasan Imam Muda Fakhrul

ada jugak rakan blogger yang menulis penjelasan yang dikemukakan oleh saudara Hilal Asyraf (klik sini).

selepas mendapat penjelasan dari beliau, bagi diri aku (sekarang ni), dalam kita membahaskan isu isu berkaitan agama Islam, benda utama yang perlu dititikberatkan adalah;

1. adakah isu tersebut menyentuh prinsip akidah di kalangan ummat Islam?

2. adakah isu tersebut menyentuh perkara khilaf di kalangan ummat Islam?

“Utamakan Yang Lebih Utama.” utamakan kesatuan di kalangan ummat. fokuskan perhatian kita sekarang ni pada isu isu yang lebih meruncingkan dunia Islam. jangan hanya disebabkan perkara perkara khilafiyah menjadikan kita ummat yang berpecah belah… yang menyebabkan musuh musuh Islam bertepuk tangan dan bersorak gembira melihatkan perpecahan kita.

ayuh…! bangkitlah kembali menjadi ummah yang bersatu padu di bawah panji panji Islam. elakkan persengketaan. hentikan perbalahan. singkirkan permusuhan di kalangan ummat Islam. dan berlapang dadalah terhadap perkara perkara khilafiyah. semoga ummat Islam muncul sekali lagi menjadi ummat yang berkualiti, yang bersatu padu, yang berkasih sayang dan saling menghormati di kalangan mereka tetapi sentiasa digeruni oleh puak kuffar yang memusuhi mereka.

sekian.

********

* sekadar peringatan buat diri aku sendiri… yang kadang kadang terleka sehingga memperdebatkan perkara perkara khilafiyah di kalangan sahabat sahabat aku.

* perkara utama yang perlu kita fokuskan buat masa sekarang adalah mengislahkan (mentransformasikan) diri kita ke arah kesempurnaan akidah Islam kita sendiri terlebih dahulu, dan dalam waktu yang sama membantu saudara saudara seakidah di seluruh dunia yang tengah berjihad fi sabilillah memerangi musuh musuh mereka.

save gaza by langitilahi

========================================================
“… Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakr as Siddiq radhiallahu anh-

Haryz Khairuddin sign (8)

14 comments :

fifie said...

Fie pun baru tahu semalam. Kekok jugak nak tulis cam tu awal2 nie, tapi lama2 boleh lah. hehe

Unknown said...

xpe..xsalah..tp apa salahnya kita ubah...hehe

Nick Nashram said...

baru aku tau pasal benda ni.aku dah terbiasa tulis insha allah.yg penting niat kita tu.

haryzkhairuddin said...

@fifie
asalkan niat kita betul n ikhlas kerana Allah. ;D

@Fendy
yup. perubahan memang perlu dalam hidup hoyeah! haha.. ;p

@Nick Nashram
ye ye.. niat tu yang penting. lagipon xkan la kita nak hina Allah kan??

Tengku Puteri said...

bagus entry nih...smlm ada trbaca jugak fsl masalah nih..

Anonymous said...

baru tau pasal ni. pastu xtau pasal mcd jugak. rasa kebelakang pulak

Korn Ahmad said...

ok. aku baru tau pasal ni. memang sebelum ni selalu guna InsyaAllah.. lepas ni akan cuba untuk tukar In Shaa Allah...

Rengga gps said...

Pagi sobat..
Waw nice post..
Yang post sebelum nya juga bagus tapi ini lebih baik dari yang lalu..:)
terus berkarya ya..
Haha..:D
oh ya mampir juga ya ke my blog..:)

intanfirdaus247 said...

Salam haris, terima kasih naaa follow blog Intan..mula2 mmg kekok juga sebab biasa dah nulih perkatan tu, tapi lepas n pelan2 tukaq…tapi bak kata komen Nick, bergantung pada niat kita ..:) Salam ukhuwah..:)

mieza said...

pernah gak bce kwn post psl ni..
da terbiase kan ngn ejaan lme, nk tkar baru ni mcm kekok lg.
tp insyaallah boleh..
yg pntg niat, mcm hadis nabi, "sesungguhnye setiap perbuatan tu berdasarkan niat"

Ahmad Sabree said...

nice entry

محمد رازيق said...

yerp. aku setuju bro. kadangkala kita ini termasuk aku lebih memperdebatkan perkara yg khilafiyah. sedangkan ada yang lebih utama yakni akidah. perkongsian yang baik Haryz

Mr. Doctor said...

Oh.. Ilmu baru.. Terima kasih atas perkongsian :-)

Bunda_nora said...

memang xper..tapi perlu perubahan..