November 10, 2012

Ni Kain Apa Kau Bagi Aku Ni…???

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat berhujung minggu kawan-kawanku sekalian.

apa plan cuti hujung minggu korang kali ni? ada sesapa ke yang akan sambung cuti sampai minggu depan? ye la… dah minggu depan kerja pon 3 hari je kan? so… alang2 dah camtu, baik cuti panjang terus kan? kan? (kenyataan ini hanya tertakluk kepada pekerja-pekerja sahaja. kepada bebudak sekolah dan chekgu-chekgi, korang memang tengah cuti kan sekarang ni? so, jangan lupa penuhi cuti korang dengan kem-kem motivasi.) muohohoho.

untuk pembuka tirai cuti ‘panjang’ korang kali ni, aku nak kisahkan satu lawak dari kawan aku. entah la… aku pon tak berapa sure nak kata benda ni lawak ke tak? so… pandai2 la korang nilai sendiri ye. ayuh~

kain apa ni kapan = kafan

siyesly, kalau korang berdepan dengan kawan camni… apa reaksi korang? adakah buleh dipanggil lawak biasa? atau lawak sentap? ataupon lawak mintak penerajang? ke acaner? cer kabor?

sekian, wassalam.

********

* rumet aku time kat sekolah asrama dulu memang suka tido pakai selimut putih, pastu tutup sampai ke muka (abis kelubung satu badan). lagi best katil dia pulak betul2 sebelah pintu. (kira bukak2 pintu je memang nampak katil dia dulu). so, cuba korang bayangkan kalau ada member yang masuk bilik kitorang tengah2 malam… apa first reaction dorang?

* aku sekarang ni pon suka tido pakai selimut putih. (ekceli aku ‘curik’ kain ihram ayah aku. dia ada 4 helai… jadi, aku amik la 1.) rasa tenang je bila tido. tapi takde la sampai tutup muka. nanti tak bernafas pulak aku. hoho…

* aku ada habit akan panggil semua kain putih yang aku pegang as ‘kain kafan’. ntah la… rasa kelakar lak bila cakap camtu. tapi… ramai tak gemar lawak camtu. so, rasanya kena buang tabiat ni. mungkin terpengaruh dengan kawan aku tu tak? hahaha…

Haryz Khairuddin sign (2)

22 comments :

Fendy said...

haha...lawak tidor...

Al Kisah said...

dulu masa kat hostel. kalau time tunggu magrib ke isya.. budak2 akan lepak kat dalam surau dan ada yang ambil kesempatan untuk baring..

apa lagi, kitaorang kumpul ramai ramai, baca yasin.. confirm dia terus bangun..

Nick Nashram said...

kalo pakai camni konpem mintak terajang..masa study dulu ade la jugak diorang pakai kain putih ngan topeng hantu tu..sape yg kuar dari lif konpem terkejut giler kena sergah..hahah

Haris Khairuddin said...

@Fendy
tido pon buleh melawak ke?? oh.. rasanye buleh je. ada story gak pasal tu. huhu. ;p

@Al Kisah
pernah buat gak. nak pulak kalau time bangun subuh. memang 2-3 bilik dengar baca yaasiin. kadang2 tu siap qiamkan tangan kawan tu. pastu tutup abis dengan selimut. lol. XD

@Nick Nashram
tu kejam weyh.. mau kalau sape ada heart attack, mau innalillah time tu gak. hoho.. ;p

fifie said...

Buat lawak macam tu dekat hostel memang scary. haha

Haris Khairuddin said...

@fifie
memang scary.. n biasanya rumet tu memang kena belasah keesokkan paginye dgn budak2 yg terkejut tu.. hoho. ;p

Hishyamuddin said...

hahaha.. memang lemah segala pundi dalaman bila bukakk2 pintu tengok ada benda putih kt atas katil.

FarhanahAdzlan said...

klau bukak2 pintu tiba2 nmpak orang selubung dngan kain putih di pagi bute yang tak hening tu memey sengaja nak menjadikan orang mengeluarkan suaranya untuk menjadi lebih kuat..hahaha~

boleh jugak selalu ckap kain kapan..teringat jugak orang akan mati dan mula mnambahkan pahalanya:)

Haris Khairuddin said...

@Hishyamuddin
tapi kawan kitorang bila dah lama2 dah imune.. tapi selalu gak rumet aku kena sekeh kepala. hoho.. :P

@FarhanahAdzlan
betul gak kan? etlis kita selalu ingat pada mati. so.. xyah la buang habit ni. huhu.. ;p

aiEz said...

bagi aie okeh jer,sebab dia nak tolong ingatkan tentang mati..kan harus tu,ehehe...

nazha anua said...

peringatan yang sentap dan berkesan..

Haris Khairuddin said...

@aiEz, @nazha anua
harus memang harus.. cuma ada yang xleh dengar. ;)

محمد رازيق said...

haha. terigat part pocong, btw bagus juga. bila tngok kain putih, akan ingat saat kematian bro.

Haris Khairuddin said...

@محمد رازيق
sama ada ingat pada mati atau ingat nak buat haji.. ;D

Cik Pensil said...

sensitif dengan kain kafan.

aku tidur dengan selimuat apa pun tak pa janji tebal , warna tak kisah pun :p

hehe

Haris Khairuddin said...

@Cik Pensil
sebab tu cilok kain ihram ayah aku. tebal n selesa dibuat selimut. cuba la try.. hoho. ;P

mieza said...

eh, sme plak habit ngn kwn tu haa..
suka tdo tutup muka ngn selimut..
haa..ntah pape...

nini said...

sebut pasai kain kapan...dulu pernah ikut kem, then tanya member ada selimut lebih dak..dia cakap tak dak, p kain batik lepas ada lah.....pastu dia bagi kat aku...tapi bukan kain batik lepas tu orang tutup mayat ka...terus aku bagi balik, takmo guna..takut..ahaha

محمد رازيق said...

tq bro, singgah blog aku. jgn serik dtg lagi.

Edy Fee said...

haha kalau gurauan kain kapan mmg kasar la,.hehehehe

Haris Khairuddin said...

@mieza
tak baik tido tutup muka. nanti peparu mudah sakit. sebab asyik sedut habuk selimut je.. :]

@nini
lebih rela tido tahan sejuk dari guna kain batik lepas eh?? huhu.. ;D

@محمد رازيق
insya Allah.. tak serik pasni. hehe.. ;p

@Edy Fee
oh.. kasar eh? ok, pasni aku lawak kain ihram haji la pulak. huhu.. ;p

Tengku Puteri said...

tajuk pun dh mencuit atiku...hehehe...