November 26, 2012

Film Review : Rise of the Guardians (3D)

Assalamualaikum. n howdy-do geng…?

minggu lepas, otak aku sebenarnya tak berapa nak betul sikit. (bukan hari-hari ke otak kau tak betul?) ada short circuit or fius terbakar rasanya kat celah-celah otak aku tu. (nauzubillah… aku tak mintak.) sebab tu la aku tak berapa nak updet sangat  blog aku. (hohoho… lame excuse.)

tapi berjaya dibetulkan balik bila my cute, adorable n beloved sister ajak tengok wayang ari wiken ari tu. aku pon tanpa berfikir terus set je dengan idea tu. cerita kartun Rise of the Guardians yang jadi pilihan. sebabnya, cerita kartun tak memberatkan otak aku n sesuai ditonton oleh semua peringkat hieraki masyarakat. (ayat nak gempak…) tak caya cuba try test masuk tengok cerita ni. dari sekecik-kecik budak sampaikan setua-tua pakcik makcik pon ada yang join tengok.

Rise of the Guardians Rise of the Guardians (3D)

ceritanya berkisarkan watak-watak lagenda Barat yang menjadi kepercayaan masyarakat Eropah. dan untuk menambahkan perisa dalam cerita ni, mustilah ada watak baik n watak jahat kan? so… watak jahatnya dipegang oleh Pitch Black a.k.a Boogeyman. (sebab gambar beliau takde dalam poster.) misi beliau… cuba menawan dunia (omputih kan? tak abis-abis nak tawan dunia je…) dengan memasukkan ketakutan dalam hidup bebudak n nightmare waktu mereka tidur. (kenapa bebudak? hah… yang tu korang kena la tengok sendiri.) makanya, tugas wira-wira lagenda kepercayaan bebudak ni adalah untuk menghalang niat ‘murni’ Pitch Black tersebut. (nak tau lebih detail, korang buleh baca kat SINI)

dan yang lebih menariknya lagi, bila cerita ni aku tengok dalam 3D. sebabnya… efek-efek beliau sangatlah real. n gempak! (mungkin bagi aku je la kan… sebab bila ada salji berterbangan memang nampak 1 hall penuh dengan benda tu. tu baru satu. ada banyak lagi efek beliau.) kiranya, tak membazir la duit aku (padahal kakak aku yang sponsor… haha) untuk tengok cerita ni dalam 3D. memang tak menguciwakan hati aku.

overall rating : 8 / 10

********

* dah lama tak buat review filem. tapi citer ni memang aku enjoy sesangat. rasa macam nak tengok balik je. (tapi beli DVD je la. sebab tak puas kalau nak tengok ulang-ulang nanti.)

* watak paling aku suka dalam cerita ni… Sandman. evendoh beliau bisu, tapi cute gilak.

Haryz Khairuddin sign (11)

14 comments :

nazha anua said...

cgi kesan khas watak semua ok..cuma cerita dia ok-ok je..its kool, but not as WOW as "how to train your dragon":)

KorN said...

dah lama x tgk cterkartun kat wayang... last tgk hari tu cter ice age,, bulan bape ntah x ingt...

8/10? not bad la...tp xde geng nak ajak gi nonton

Haris Khairuddin said...

@nazha anua
HTTYD aku tak tengok kat wayang.. so, xleh nak compare. aku suka part snow tu. huhu.. ;D

@KorN
bagi aku la..kan? orang lain xtau la.
takde kaki nak tengok? aih.. ajak la geng2 battle royale tu. ;p

intanfirdaus247 said...

da lama x tengok citer animasi..last tgk puss in boots...tapi animated story banyak yg bagus dan tidak menghampakan

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

aku tengok yang 2D je.. xde yang snow2.... tengok sorang2 jer tak best...tp cite ni memang best..

bukankosong said...

actually cerita nih predictable storyline sbb tu dia cerita bebudak

tapi aku masing2 punyer power

Haris Khairuddin said...

@intanfirdaus247
yup. memang tak menghampakan. n nowadays, semua citer animation akan ada 3D.

@MUHAMMAD IQBAL Abdullah
sorang2? bukan ko kata ada kawan ke?? x kisah la.. janji layan~ hoho.. ;p

@bukankosong
ekceli every citer bebudak storyline dia predictable. but apa yang penting, mesej yg dorang nak sampaikan.. tu yg seronok tengok tu. ;D

Hairul Hafiz Karim said...

dah lama tak tgk wayang sejak dah ada anak

Haris Khairuddin said...

@Hairul Hafiz Karim
tengok ni pon sebab ada orang belanje. haha.. ;p

محمد رازيق said...

wah, nampak gaya cam best haris. aku tak smpt tgk lagi. bz memanjang. hehe

Ammelia Yusoff said...

boleh tengok ni nanti. 8/10 ? wow!!

Haris Khairuddin said...

@محمد رازيق , @Ammelia Yusoff
mungkin bagi aku je la best. dunno what other people perception.

Nick Nashram said...

cite ni aku ngah tggu kuar dvd baru nak download..skng ni baru ade versi cam..malas nak pegi tgk kat wayang..huhu

Haris Khairuddin said...

@Nick Nashram
aku pon banyak gak muvi yg aku donlod. ni pon sebab ada orang belanje. huhu.. ;P